15.12.06

Kedengaran bunyi menyeramkan di atas kereta.

Satu petang yang tak berapa redup. Aku memandu kereta dengan cukup laju.
Entah, aku tak pasti berapa kelajuan sebenar. Sedang kereta aku meluncur laju membelah angin lewat petang, aku tiba-tiba menjadi kaget. Kenapa? Hah, kau dengar kisah ini.

Satu-persatu kereta mewah dan cikai aku pintas. Baru puas hati aku!
Kau ingat kereta CC kecil tak laju. Mercedez, BMW, Honda, KIA, Proton kotak dan yang seangkatan dengannya. Habis aku potong.
Pendek kata semua jenis model kereta yang meluncur di atas jalan, aku sesah.
Cuba kau bayangkan! Lori empat gandar dan enam gandar juga habis aku pintas.


Dalam keseronokan aku memotong sambil memecut dengan gaya kacak, ada satu bunyi datang dari atas bumbung kereta. Aku jadi panik. Muka aku pucat (aku rasa).
Huh, bunyi apa itu? Mengapa tiba-tiba dia datang? Dalam hati aku.
Untuk pengetahun kau, kereta aku takde sun-roof.

Bunyi itu semakin kuat. Ketttak.. Taak.. Taaakk! Kelentaaang... Tungggg! Berkali-kali.
Aku pandang cermin belakang, tiada apa yang sangkut.
Aku pandang cermin tepi kiri dan kanan, tiada apa menghentam.
Aku berhenti di tepi jalan. Menghidupkan lampu kecemasan.

Tik tok tik tok (sebut banyak kali). Kereta-kereta dan lori-lori yang aku potong tadi, memotong aku semula. Aku tahu, pemandunya mentertawakan aku. Aku peduli apa!
Sejurus selepas aku memberhentikan kereta, aku meninjau-ninjau keadaan keliling dan belakang kereta. Aku tinjau, di atas bumbung juga. Manalah tahu kalau-kalau ada kucing hitam atau raksasa gaban melompat di atasnya.
Err...Ternyata tiada.

"Woh! Rupanya jalur getah yang panjang atas bumbung tu tercabut, lalu melibas-libas seperti ekor naga melibas badannya sendiri. Nasib tiada calar!"
Ha ha...

Aku pasang ke cangkuknya semula. Lalu aku beredar dan meluncur laju membelah angin di lebuhraya. Meneruskan perjalanan semula.


.

1 comment:

Suri Rahsia Abang said...

satgi pi jenguk-jenguk, ada maya karin atas bumbung. haha.. sah-sah dia je satu-satunya hantu yang muncul siang hari.