8.12.06

Tiga dalam satu

Pagi-pagi lagi telefon pejabat sudah berbunyi. Di kala sedang sibuk-sibuk begini, memang fobhia mendengar deringan telefon. Klien sedang memburu kau untuk membuat tindakan susulan ke atas pelan yang dihantar tempohari ke Putrajaya. Klien rasa resah dan mendengus apabila mendengar jawapan dari kau bahawa pelan belum siap diproses dan belum bersedia untuk diambil. Kau jadi serba salah dan serba tak kena di awal pagi. Lalu, kau 'cong' klien dengan menabur janji-janji permata dan berlian. Kau tabur kata-kata manis.

Sedang kau nak bancuh milo untuk minum pagi, telefon bimbit kau berbunyi. Klien yang satu lagi bertanya apa kemajuan laporan setakat ini. Bila nak hantar draf sebab jabatannya mahu tutup akaun. Jika tidak kau tiada bukti untuk menuntut pembayaran kerana L.O tidak dikeluarkan. Dah nak masuk tahun baru katanya memang. Jadi, kau pun 'kelentong' dan tak berjanji pada dia untuk menghantar dalam minggu depan. Dia cuba memomokkan kau dengan menyatakan kompeni lain kebanyakan dah hantar. Kau satu-satunya saja kompeni yang tinggal. Lalu, kau sekali lagi menabur kata-kata cinta kepada klien yang satu lagi kerana yang menelefon kau adalah seorang bini orang yang sudah ditebuk tupai.

Baru saja kau mahu melabuhkan punggung di kerusi pejabat kau, sambil mengacau milo yang kau bancuh tadi, kau terima SMS pula. Ini pun klien juga. Katanya dia dah sampai ke rumah dan ingin mengajak kau pergi joli dan joget-joget di JOM HEBOH bersama-sama dengannya. Lalu, kau balas SMS itu dengan menabur kata-kata yang sedap untuk dibaca. Kini, dalam fikiran kau ada macam-macam benda kau nak buat. Masing-masing ada 'due date' yang perlu kau patuhi. kau boleh jadi budak psikik!

Akhirnya, kau duduk selesa di kerusi tak berapa empuk, sambil menikmati Milo 3 dalam 1. Mengunyah roti yang sedap perisa blueberry. Dengan suasana bilik berhawa dingin, telefon tidak berbunyi lagi, sunyi sepi. Hanya kedengaran orang sedang menaip. Kau mulakan kerja lain, menghantar entri untuk mengemaskini kau punya blog. Ha ha ha!


.

1 comment:

~inilah saya~ said...

Pagi yang sungguh kewl.....