7.12.06

Batuk atuk agak teruk

Dalam kedinginan pagi yang sunyi. Sepi dipecahkan oleh batuk Atok terkokol-kokol.

"Bang bangun bang!"
"Bang bangun!.."

Mimpi indah belum sempat ke penghujungnya sudah dikejut dengan gopohnya. Apalah kesudahan si pendayung di tengah lautan yang berombak itu agaknya. Belum pendayung sampai ke tebing untuk ke tanah seberang. Terhenti pula. Aku tersentak, terus duduk menggaru-garu kepala dan sesekali menguap.

"Atok dah batuk-batuk tu."

"Kenapa?" Aku tanya lagi kemudian menguap lagi.


Kenapa pagi itu tersa mengantuk amat. Entahlah.

"Boleh tanya lagi!?. Cepat hantar Atok pergi Hospital."

Tanpa banyak bicara aku membasuh muka ala kadar, menggosok gigi dengan laju, menghidupkan enjin kereta.

Aku masuk, atok masuk juga. Hani masuk. Bertiga ke hospital

Sementara aku memandu, hani memicit-micit bahu Atok untuk menenangkan batuknya yang kronik. Aku memandu dengan lajunya tanpa memandang kiri dan kanan. Suasana masih gelap di luar.


Atok terbatuk-batuk dah sampai tahap kronik. Uhuk.. Uhuk.. Uhuk.. Arrghh!
Sesekali disedutnya alat kecil tu untuk membantu pernafasannya. Kasihan juga aku melihat. Tapi, aku hanya pandang dan berkata sabar di dalam hati.

Tanpa bual-bicara. Dalam kereta sunyi sepi, hanya kedengaran batuk atuk. Dengan penuh konsentarasi aku memandu. Terus memandu. Batuk Atuk itu telah memotivasikan aku untuk terus pergi. Kereta itu meluncur laju membelah embun pagi di kala jam 4.30 minit pagi.

Tiba di hospital, aku terus parkir di zon kecemasan. Menurunkan Atok. Atok dirawat seadanya. Pernafannya dah lega setelah diberi ubata dan gas.

Kami pun balik semula. Dalam perjalanan balik ke rumah aku ikut jalan yang sama. Tapi, dalam hati aku menjadi tertanya-tanya. Banyak betul lopak-lopak dan lubang-lubang becak di sepanjang jalan ini. Lebih-lebih lagi kereta kecil ini menghentam lubang, terhentak punggung dibuatnya. Bergegar tengkorak.


Kenapa semasa pergi tadi perjalananku begitu lancar? Seolah-olah melalui jalan yang rata.

Huish! Aku tidak bermimpi atau separa sedar ni. Aku yakin aku memang sedar, ketika memandu di kala itu. Aku tak mabuk. Aku tak berhalimunan.


.

1 comment:

~inilah saya~ said...

Memanglah waktu pegi ko ikut line lain, balik pon mesti lah ikut line lain kan. :-)