22.12.06

Bukan rutin biasa #2

Destinasi ketiga aku adalah di dalam bangunan yang sama tapi aras yang berbeza.

"Saya nak submit pelan kat sini ke?" Aku saja bertanya walaupun aku dah tahu memang sini tempatnya.

"Untuk pelan apa ni?" Dia yang tak tahu.

"Layout plan. Pelan susunatur."Aku jawab ringkas saja tapi dalam dua bahasa.

"Oh.. Aras bawah dik" Dia kata penuh yakin dan menggelarkan aku adik.
Oh ya, aku baru trim misai, patut nampak macam adik. Barangkali adik dia tak ada misai atas. Tapi aku ada misai bawah macam lalang terbakar.

Woo.. Kau mahu memperkotak-katikkan aku lagi ya. Dalam hati aku.
Lalu aku beredar. Ternyata mereka tak mahir lagi dalam hal ini. Aku keluar sekejap untuk menyedapkan hatinya dan aku datang semula.

Penyambut tetamu di depan kaunter itu mukanya merah padam bila melihat aku datang semula dengan muka yang bengis. Dalam hati aku dah sedia satu ayat. Hoi, inilah kaunternya. kau bagi direction yang salah kepada pelanggan!

"Jumpa tak?" Dia tanya aku dengan tersipu-sipu.

"Orang tu kata hantar sini. Betul lah!" Aku sambil senyum tawar.

"Akak! Ni pelan submit sini ye" Dia menjerit kononnya mahu menutup kesalahannya yang dah aku ketahui.

"Tolong cop sini. Sign sekali. Tulis tarikh." Aku kata serius.

Dia buat apa yang aku suruh dengan tangan terketar-ketar. Mukanya yang penuh dengan bedak Kutikura terserlah ketidakrataannya. Badannya yang gempal, lebih elok aku mempercepatkan urusan. Ha hah... Aku serah apa yang patut dan aku ambil semula apa yang patut. Lalu aku berambus meninggalakan kaunter itu yang tak berapa mesra terhadap penggunanya. Nasib baik tak ada tahi kucing. Nak saja aku bubuh di depan kaunter itu. Harap saja kaunter besar dan gah. Tapi langsung tak mesra. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati. Namun malaikat masih ada bersama di dampingku untuk menenangkan.

Hujan di luar tak berhenti turun. Pintu masuk pejabat basah kerana keluar-masuk orang yang kakinya basah. Mengakibatkan pengemop lantai terpaksa kerja lebih untuk hari itu.

Aku naik ke aras lima. Depan kaunter tiada orang menunggu. Aku malas betul mahu menekan loceng kecil di atas meja. Lalu aku masuk saja ke dalam. Aku terjah! Rupanya, orang di dalam pun tiada juga. Hanya tinggal beberapa kerat yang sedang khusyuq bermain game barangkali. Aku keluar semula. Menekan loceng sekuat hati. Saja bagi dengar dengan jelas seluruh pelusuk ruang pejabat itu.

"Ya encik?" Perempuan muda itu datang sambil tangannya menyeluk saku di baju sejuk yang dipakainya. Orangnya kurus. Kulit mukanya putih mulus. Tak sempat aku melihat di dadanya. Bukan untuk melihat buahnya. Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Aku mahu melihat tag namanya.

"Nak hantar pelan ni..." Aku kata ayat penyata lalu menyerahkan semua benda tu.
Dia ambil. Dia cop. Aku beredar tanpa sebarang bicara lagi. Berat sungguh mulutnya ingin berkata terima kasih. Aku kan pelanggan dia. Dia patut anggap aku selalu betul. Utamakan pelanggan kan dah menjadi piagam jabatan dia. Barangkali aku perlu membawa jarum dan benang untuk menjahit mulutnya. Oh, nasib baik ketiak kau tidak berbau masam! Aku masih boleh memaafkan kau.

bersambung...

No comments: