21.12.06

Bukan rutin biasa #1.

Perut aku mengalami kesenakan yang amat. Malam itu, banyak air yang keluar. Aku jadi lemah. Hajat di hati tak mahu ke pejabat, tapi klien telefon untuk minta submit dokumen ke jabatan-jebatan teknikal di Melaka pada keesokan harinya. Celaka punya klien. Maksud aku klien punya buah. Kau tahu-tahu sajalah. Kalau nak hantar dokumen, banyak persiapan awal yang perlu dibuat. Lainlah kalau opis kau dah ada semuanya. Surat la, Itu la, ini la. Sudahnya, aku terpaksa juga ke pejabat pada petangnya. Banyak betul cabarannya. Pagi itu ada satu nombor KL telefon.

"Huh! Ini macam klien je" Dalam hati aku
"Halo. Kat mana?" Dia
"Kat opis." Aku
"Opis kepala hotak hang!" Dia gelak.

Woh! Dia dah telepon opis barangkali. Dalam hati aku.

"Baru sat aku telepon opis. Hang takdak." Dia gelak lagi.
"O.. Aku baru nak pergi opis." Aku

Perbualan telepon pun diteruskan. Tak payah aku lanjutkan di sini. Dia telefon aku dah tentu ada hajat punya, kalau tidak masakan dia mahu telefon.

Aku perlukan sehari suntuk untuk submit dokumen ke semua jabatan taknikal yang berkaitan. Itupun kalau sempat. Kalau kau harapkan jabatan yang satu lagi memang lambat. Jadi, aku ambil keputusan untuk hantar sendiri satu-satu ke jabatan teknikal dengan tangan. Dalam perjalanan ke Melaka di lebuhraya, cuaca sungguh baik. Kusangka panas hingga ke petang rupanya, hujan turun dengan lebat apabila tiba di Seremban. Lebat sungguh. Dalam kotak fikiran aku berkira-kira, kalau begini perjalanan menghantar dokumen ada sedikit terganggu. Ada juga dokumen-dokumen yang basah terpaksa dihantar jawabnya.

Perut aku yang memulas, penuh air ini masih lagi senak. Bila-bila masa saja boleh meletup. Tak kira masa dan tempat. Hujan yang turun dari semalam di Melaka tak berhenti-henti. Hujan rahmat barangkali. Sungguh sejuk dan dingin pada hari itu. Kalau tidur di tilam yang empuk pasti nyenyak dibuatnya. Dah perut ini masih meragam. Hujan-hujan begini, lapar pula tapi perut tak lalu nak terima. Sudahnya, pagi itu aku hanya menjamah sedikit makanan sebagai mengalas perut. Pagi-pagi lagi aku sudah bertolak ke jabatan kerajaan untuk mengejar waktu hingga ke petang kerana ada banyak jabatan yang perlu aku pergi. Kau tahu sajalah, jabatan ini bukannya berkelompok satu tempat.

Jadi, di sini aku bukan mahu cerita tentang jambatan jabatan. Aku mahu cerita dan kongsi tentang kaunter di jabatan itu. Apabila kau hantar dokumen atau surat atau apa saja barang, kaunter depan (front desk) akan menerimanya. Kecuali jabatan itu tiada kaunter. Kaunter pertama yang aku pergi adalah kaunter Jabatan Perancangan di MBMB. Setibanya aku di sana, dalam keadaan kesejukan dan menggigil aku menyerahkan segala dokumen di kaunter tersebut. Sampul surat sedikit basah terkena air hujan di luar tadi, namun dokumen di dalamnya masih terlipat rapi dan bersih.

"Saya nak submit pelan la."

"Pelan apa tu..."

Lalu aku keluarkan dari sampul surat surat iringan bersama pelan.

"Akak, kalau nak submit macamana! Dia menejerit ke bilik yang satu lagi

"Kau tengok dan cop terima je la.." Dia jawab.

Huh! Naik pecah juga gegendang teling aku mendengar dia menjerit. Tak sangka pula perempuan seayu dia menjerit sekuat hati.
Dia cop, sign. Aku senyum. Dia senyum tawar. Aku beredar.
Aku bergegas keluar dari ruang jabatan dan turun melalui lif yang disediakan. Sampai di tingkat bawah. Ada air hujan turun di luar.
Payung aku tertinggal di tingkat atas. Pap! Aku naik atas semula. Ini semua gara-gara perempuan yang menjerit tadi. Hilang konsentrasi aku.
Ambil payung cap BONUS LINK lalu beredar.
Masa ini yang leceh, keluar-masuk kereta. Tutup-buka-tutup payung dan pintu kereta. Baru jabatan yang pertama baju aku dah basah. Macamana nanti kalau jabatan yang terakhir. Hujan di luar memang tak akan berhenti nampak gayanya. Sesekali kedengaran kilat sabung-menyabung.

Kereta meluncur laju ke Seri Negeri untuk jabatan seterusnya. Mulanya aku mahu ke Pajabat Tanah tapi, aku saja mahu ke Pejabat Tanah dan Galian dulu di tingkat 2. Sampai kaunter depan, tiada orang. Semua duduk di bahagian dalam membuat kerja dengan tekun (aku agak). Aku tekan loceng. Ting! Aku senyum.

"Saya nak hantar layout plan untuk permohonan baru.."

"Okey"
Aku hulur dokumen. Dia cop dan sign. Aku ambil dan beredar.

"Terima kasih" Aku kata. Dia beredar ke tempatnya dengan menjawab sama-sama dengan meninggalakan bau ketiak masam.

Sambung...

No comments: