28.12.06

Buku, anak atau keduanya sekali

Kata orang, buat buku sama macam buat anak. Itu orang kata, ada betulnya juga sebab buat buku bila dah terbit, kau rasa puas dan kau rasa bangga. Tapi, kau jangan riak! Begitu juga buat anak, bila dah lahir, kau juga rasa puas yang infiniti dan kau rasa bangga bergelar ayah. Ini menunjukkan kau adalah lelaki terhebat kerana pancutan kau menghasilkan zuriat yang sah atau waris kau sendiri. Aku tak mahu ulas kaedah kau buat. Teknik harimau merengek ke, menunggang kuda ke, ketam bangkang ke atau apa saja. Maaf, jika mesej ini berbaur lucah yang melampau. Tapi, itulah hakikatnya. Apa yang aku nak cerita sini adalah perbezaan buat anak dan buat buku. Jika kau mahu anak ada identiti diri yang sah, kau hanya daftarkannya untuk dapatkan surat beranak dan MYKID. Begitu juga buku. Kau dapatkannya nombor ISBN untuk dikata buku itu sah di sisi undang-undang dan diluluskan. Buku itu kan warisan kita. Warisan bangsa kita juga. Akan datang mereka akan baca. Lambakkanlah buku bahasa kita!


Tapi, buat anak tak sama dengan buat buku. Kenapa aku kata tak sama? Kau perhatikan betul-betul frasa di perenggan satu dan perenggan kedua. Sesungguhnya buat anak memerlukan dua orang. Satu di atas satu di bawah (kau mula berfantasilah tu). Atau apa cara yang kau pilih sekalipun namun ia memerlukan berpasangan dengan jantina yang berlainan. Kau fahamkan? Tak perlulah aku ulas lanjut. Berbeza dengan kau buat buku. Seorang diri pun boleh kan? Ramai-ramai pun boleh. Buat anak biasanya waktu malam (mungkin ada yang buat waktu siang juga. Ha ha ha.) Maknanya di sini, ada hari-hari tertentu yang kau perlu pilih untuk menghasilkan kualiti benih yang baik. Jangan kau tala ikut suka saja. Ada juga waktu-waktu yang haram kau tala. Mentang-mentanglah kau produktif dalam menghasilkan cecair itu. Manakala, buat buku waktu bila-bila pun boleh, misalnya aku buat ketika selatan tanah air kita dilanda bah besar. Ketika orang lain mengerjakan haji juga kau boleh. Sambil korek hidung pun kau boleh buat buku. Tapi percayalah, buat anak lebih nikmat berbanding buat buku. Nikmat yang sungguh tak terhingga. Aduh! Aku mula berfantasi berada di atas awangan. Sebaliknya, buat buku taklah senikmat buat anak. Tapi kau rasa puas dengan hasil tangan kau dan kau rasa mahu buat lagi dan lagi. Bukankah anak itu pewaris kita? Anak itu juga kesinambungan bangsa. Banyakkanlah bangsa kita!



Jadi, kau buat buku ATAU buat anak? atau
Buat anak DAN buat buku? atau
Buat anak SAMBIL buat buku? atau
Buat buku SAMBIL buat anak? atau
Kau tak buat apa-apa langsung?
Maknanya kau buat bodoh! Kah kah kah...
Kau boleh juga buat lain. Buat rumah, buat kuih misalnya la kan. Atau apa saja kau nak buat.

p/s: Maharaniku dah masuk 7 purnama (bakal zuriat yang ke-2). Doakan saja. Semoga semuanya selamat. Kenduri doa selamat atau istilahnya lenggang perut akan dibuat di Johor Bahru secara sederhana. Datanglah!
Pesanan : Kau akan lebih puas + nikmat bila kau buat buku sesekali sambil buat anak. Kan rezeki namanya. Tak percaya, cubalah. Pesanan ringkas ini bagi mereka yang sudah berumahtangga saja. bagi yang belum, buatlah apa yang patut. Sekian.

3 comments:

Azhar Ahmad said...

Attoch, nak tempah satu zine juring

Kemat said...

saya juga. berapa harganya. mahal macam harga tol jugak ker

Anonymous said...

aku booking 1..