8.12.06

Aku duduk mendengar sambil memejamkan mata


Negeri Selangor memang mendahului negeri-negeri lain dalam segala segi di Malaya. Tak payahlah aku senaraikan apa yang Negeri Selangor dahului. Banyak sangat.

Kalau kau dapat solat Jumaat di
Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kau harus bangga dan sedikit riak. Kenapa? Kerana Masjid itu gah tersergam indah. Aku kurang periksa pula berapa tiangnya.

Ia menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama
Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah. Lain-lain kau boleh rujuk di wikipedia.

Aku solat Jumaat memang di situ kalau tidak ada kerja-kerja luar. Aku selalu datang awal. Selalu aku datang awal. Aku duduk di sof depan tapi di tingkat bawah. Duduk dengan sopan. Mendengar dengan khusyuq. Pejam mata.

Di sini, tak payahlah aku ulas apa intipati khutbah tu. Nanti kau boring pula. Dipendekkan cerita, aku pulang dari solat Jumaat. Apa intipati khutbah Jumaat. Ya, aku tanya diri aku.

Oh ya! Tajuknya Jangan Lena Ketika Khutbah Sedang Dibaca. Tak guna!


.

3 comments:

Anonymous said...

oh begitu ye intipati khutbah kat masjid Selangor...hhehehehe..kat Putrajaya katanya...datang awal untuk dptkan khutbah pertama..hahah

Azhar Ahmad said...

Wahhhh, menarik!

~inilah saya~ said...

11 Mac tuh birthday aku tuh....huhuhuhu