2.12.06

Bukan Kupinta (part VI)


Akhirnya bola deras tadi terlepas dan tiada siapa yang menahan. Sayang! Peluang bagi kami terlepas. Pasukan lawan cuba mengatur untuk menyerang. Jurulatih di luar menjerit-jerit. Stick down! Stick Down! Kami faham arahan itu la mangkuk! Kau jangan angkat stick. Pastikan stick di tanah. Tunduk dan pandang hadapan. Sentiasa bersedia. Aku tengok mereka lebih teratur mengatur serangan. Ada persefahaman yang kuat. Komunikasi yang bagus. Maklumlah juara bertahan. Mengapa mereka ada? Mengapa kita tidak? Detik hati kecil aku. Separuh masa pertama tiada sebarang jaringan. Kedua-dua pasukan masih terikat 0-0.

Semasa rehat. Cikgu Rahman sempat memberi beberapa tips kepada kami untuk mengatur serangan dengan lebih pantas dan teratur. Lebih terancang. Semua berhak untuk menjaringkan gol. Kerja sepasukan. Dah berbuih mulut cikgu Rahman mengulangi perkataan tu. Kekadang budak-budak ni degil juga. Macam tengah adang tu dia seorang yang bermain. Main tamak istilah teknikalnya. Istilah lain tamak haloba.

Goooooollll. Seorang rakan berlari ke tepi padang. Rakan ain datang menghampiranya dan mengerumuninya untuk meraikan kejayaan kami membolosi gawang pihak lawan. Hasil dari pukulan sudut pendek (short corner). Sepuluh minit selepas separuh masa kedua dimulakan. Gembira memang tak terkata. Memang saat itu sudah terbayang naik pentas. Menjadi johan. Sebelah kaki sudah berada di puncak kegemilangan. Pihak lawan tidak putus asa. Asakan demi asakan dibuat. Semua pemain diminta bantu pertahanan. Pertahanan kami agak goyah ketika itu. Memang. Kegembiraan kami tidak berpanjangan. Sebelum babak perlawanan berakhir, gawang kami dibolosi saat-saat akhir akibat kecuaian pertahanan. Inilah padahnya. Rasakan kau. Tak mahu dengar nasihat dan arahan. Kalau arahan kata guna pensil 2B. Kau gunalah. Jangan guna pensil lain. Kiasannya lebih kurang begitu.

Perlawanan akhirnya ditentukan melalui pukulan penalti setelah masa tambahan tidak menemui juga sebarang jaringan. Ada lima orang perlu disenaraikan untuk mengambil pukulan. Aku terpilih. Cikgu Rahman menyusun siap yang patut pukul dulu. Aku disusun orang ketiga. Ya, aku mengambil pukulan ketiga. Yang pastinya pukula aku menewaskan penjaga gol lawan. Menguis dan songket sedikit di sudut kiri gawang gol. Hurrray. Namun, penjaga gol menghampakan kami kerana bola leret yang begitu mudah tak berupaya ditahannya lalu bergolek perlahan untuk meraikan kemenangan pihak lawan. Apa nak buat. Dah cuba sehabis baik. Takdir penentu segala. Kami hanya sekadar menyandang naib johan bagi zon Johor Bahru dalam Daerah Johor Bahru. Kalah kepada juara bertahan.

No comments: