14.12.06

Aku cakap: betul-betul tak guna!

Sekembalinya aku dari Putrajaya ada cerita boleh dikongsi.

Memandu pulang dalam keadaan cuaca yang amat panas cukup memanaskan cuping telinga. Tekak aku kering kehausan kerana dahagakan air berperisa anggur. Air dalam botol mineral di dalam kereta dah kekeringan ditelan dek sang mentari. Aku telan air liur sajalah jawabnya. Hati aku pun masih belum dingin dengan rentetan berurusan dengan Kura-kurajaan Kurajaan tadi.

"Saya datang nak ambil pelan yang dah sign tu oleh Pengarah" Aku dengan senyum.

"Oh, ya. Tadi ada awak telefon ya. Projek mana tu ya?" Dia.

"Ha'ah. Projek Pak Polisi punya di Bandar Hilir. BILUT (kau baca huruf konsonan saja)" Aku.

"Sekejap ya." Dia lalu beredar. Menggeledah apa yang patut.

Tidak lama kemudian.

"Encik, pelan tu pihak Pemaju BILUT dah ambil kesemuanya la". Dia datang dengan tangan kosong.

"Oh, ye ke. Encik pasti ke? Siapa yang ambil ye?" Aku dengan nada hampa.

"Saya tak pastilah siapa yang ambil, tapi Isnin lepas orang dia ada datang dan ambil." Dia dengan yakin.

"Encik betul-betul pasti. Muktamad?" Aku ingin kepastian kerana kekeliruan mula timbul.

"Ya, saya pasti". Dia.

Pap! Aku berdiri sekejap. Bateri henpon dah kong. Maka, aku beredar.

Lalu akau beredar terus ke Pejabat Pemaju BILUT untuk mengambil pelan yang dimaksudkan. Dalam hati ada panas! Tadi dia tak kata pula pemaju dah ambil. Sekarang dia kata pemaju dah ambil.

Sampai di pejabat pemaju BILUT aku menanyakan pelan itu. Jawapan sungguh mengecewakan. Tiada ambil katanya, sebab dari hari Isnin orang yang incharge projek ni pergi outstation. Lalu aku menelefon orang yang incharge itu dengan menggunakan telefon pejabatnya. Padan muka dia sebab bateri handphone aku dah kong. Mati-mati dia kata dia tak ada ambil. Dia kata dia tak bersalah. Aku mula naik angin satu badan. Mana satu yang betul. Pelan itu berada di mana sekarang ni? BILUT pun bingung juga.

Jadi, sudahnya aku membuat keputusan untuk berpatah-balik ke pejabat Kurajaan tadi. Sebab dalam hati aku berkata, kalau Pemaju BILUT ambil pasti dia maklum pada aku. Telinga aku mula berasap. Hati juga mula menggelegak. Tapi, aku kewl saja.

"Encik, tadi saya ke pejabat pemaju BILUT, dia kata tak ada ambil pelan itu" Aku tidak menghentak meja. Tidak membaling kerusi. Tiada sebarang caci-maki.

"Ya, ada orang dia datang ambil, tapi saya tak pasti yang mana." Dia cuba menegakkan kebenaran lagi.

"Mungkin Encik tersilap kot? Sebab pihak BILUT memang banyak projek. Semua jalan serentak. Ada lebih kurang 14 ratus ribu di Malaysia." Aku menambah hujah dan fakta sambil menunjukkan muka yang bengis.

"Ya, saya pasti. Saya yakin." Dia hanya berkata itu berulang-kali.

Aku terdiam seketika, pelan itu ada di mana sebenarnya? Siapa yang mengambilnya? Wo, ini sudah jadi misteri.

"Tak kan saya mahu berpatah-balik ke opis pemaju BILUT dan tanya sekali lagi. Matilah saya! Mana satu yang betul ni! Biar betul!". Aku berkata lagi. Kali ini dengan nada tegas dalam kesedihan.

Dia berfikir dengan kepala otaknya.

"Okey, kejap saya check dulu, betul ke pelan itu. Bandar Hilir ya?" Dia.

Sejuk sikit hati aku bila dia kata begitu. Dari tadi kenapa kau tak semak dulu.

Selang beberapa minit kemudian dia keluar membawa segulungan pelan yang dimaksudkan. Aku senyum. Tapi dalam hati aku f**k u! Kau memperkotak-katakkan aku. Celaka. S**t la. Sedap mulut kau aja. Aku penat ni tau...!

Dia meminta maaf banyak-banyak di atas kesilapannya tadi. Menyusahkan aku. Hampir-hampir dia mahu melutut menyembah dan mencium kaki aku yang bau busuk tapi aku halang. Adakah aku memaafkannya? Ya, aku maafkannya. Lain kali jangan buat lagi tau!

Habis. Aku beredar.

Moral : Dia juga adalah manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

P/s: Hati aku sejuk kembali kerana ada yang membeli MASUK BARISAN sejurus selepas urusan itu selesai. Lebih-lebih lagi bila terkena penghawa dingin. Terima kasih Amyz


.

No comments: