5.12.06

Payahnya, sepayah mahu cerita.

"Budak sekarang mewah-mewah. Apa diminta semuanya dapat. Order saja! Mak dulu, hidup susah tau. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. membanting tulang buat kerja kampung."

"Buat apa mak susah-susah kais. Mak kaut je la" Hah hah hah.


"Dengar sini! Jangan nak gelak-gelak eh. Fahami kesesusahan orang dulu-dulu. Barulah kau boleh maju. Orang yang senang tu bukan senang nak senang tau. Cuba kau tanya dia, dulu hidup dia susah ke senang. Dia melalui zaman susah dulu, baru boleh hidup senang. Kau tengok yu anak orang sebelah, bapak dia cukup kaya. Tapi belum tentu anak dia kaya sebab tu harta bapak dia. Bukan harta dia."


"Tajuk cerita ni susah dan senang ke mak? Atau ada tajuk lain?"


"Tengok tu! Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. hah, itu tajuknya"


"Tapi kan, kalau bapak dia kaya, dah tentu lah anak dia akan mewarisi harta bapak dia kan?"


"Ya betul, tapi lama-lama harta itu akan habis kan? Sebab anak dia takde ilmu untuk mengurus harta tu dengan betul."


"Jadi, ilmu itu lebih penting dari harta la ye?"


"Kau fikir la sendiri, mak ada kerja kat dapur ni"


Dalam situasi yang lain pula.


"Nak ambil lah jam tangan pakcik cap TAG HEUVER ni, telefon bimbit cap NOKIA ni sebagai mengenang jasa baik anak. Kalu tak cukup ambil lah harta-benda pakcik yang anak mahu"


"Takpe lah pakcik, harta tak penting sangat. Ilmu lagi penting. Kan?"


(sambil beredar meninggalakan pakcik yang terpinga-pinga memikirkan jawapan antara kepentingan ilmu dan harta mana yang lebih penting)



Nota:
Jika kita tidak berharta, bagaimana kita mahu menuntut ilmu.
Jika kita tidak berilmu, bagaimana kita mahu menjaga harta dengan baik.
Ingat! Anak kita adalah harta kita. Disebabkan dia harta kita, kita berilah ilmu kepadanya sebagai satu tuntutan fardhu ain.

No comments: