17.10.06

Tayar getah, rim aloi


Isu mat rempit bukanlah satu isu baru di negara kita yang tercinta ni. Kini, isu ini kian menjadi-menjadi walau pelbagai kaedah digunakan untuk menyelesaikannya. Terdapat cadangan untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas mat rempit jika didapati sabit kesalahan. Padan muka! Cadangan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang positif. Ada yang negatif. Semenjak pemimpin negara berdamping-dampingan dengan kumpulan mat rempit, isu ini makin bertambah meruncing. Bagai kadok naik junjung.

Kalau isu ini dibiarkan menular begitu sahaja, maka mat rempit semakin berkembang-biak tanpa sebarang sekatan. Semakin ramai remaja kita yang suka masuk kelab ini selain daripada membela Hamster. Ini menggambarkan seolah-olah Kerajaan Malaya menyokong aktiviti ini. Jangan! Jangan sokong. Padahal, Kerajaan Malaya beriya-iya benar mengajak mereka menyertai Putera Umno. Hehehe... Satu pendekatan yang bijak perlu diambil untuk menangani gejala ini. Isu ini isu bersama.

Antara cadangan aku bagi menangani isu mat rempit ini adalah seperti di bawah:
Mengumpulkan mat rempit seantero Malaya untuk mencari bakat berlumba bagi didaftarkan dalam pemilihan pelumba motosikal profesional di Litar Sepang. Man tahu mereka boleh berjaya ke peringkat antarabangsa. Boleh kita tonton siapa lebih handal;

Mengumpulkan mat rempit yang berpotensi untuk membuat pertunjukan di mana-mana fun fair atau Royal London Circus atau Sarkis Jinak atau apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka;

Merampas motosikal mereka (jika didapati sabit kesalahan) dan menggantikannya dengan basikal copper. Biar mereka rasa pula naik basikal. Menyahut slogan, "Sebelum naik motor kena naik basikal dulu."

Jika berdegil juga, campakkan mereka ke dalam zoo yang ada di Malaysia untuk belajar berdisiplin. Sebab semua binatang di zoo diajar berdisiplin.

Cekup ketua mat rempit, paksa mereka membersihkan tanah perkuburan seluruh negara. Biar mereka ingat mati. Jika ketua dah buat, anak buahnya juga akan ikut sama. Pahala pun dapat.

Melabel motor mat rempit dan orangnya sekali dengan warna yang tertentu atau menandakannya untuk membolehkan orang-ramai mengambil langkah berjaga-jaga bila bertembung dengannya. Biar mereka ada rasa malu.

Kalian ada cadangan? Cadangan belum ditutup. Kemukakan sekarang!

No comments: