5.10.06

Apa motif penebang

Kami berlima memang kalau takde kerja. Pergi mana-mana rumah yang ada pohon buah-buahan. Pergi panjat dan ambil sesuka hati. Kami tak curi, cuma kami ambil tanpa izin.
Satu hari, sedang kami syok memetik buah rambutan merah masak ranum. Tuan rumahnya keluar membawa parang.

"Hoi! Kau curi rambutan aku ye. Kalau nak mintaklah."

Mendengar jeritan itu, kami lompat dan terus lari lintang-pukang. Nak tunggu apa lagi. Nak kena sesah dengan tuan rumah. Esoknya, kami datang semula ke rumah yang sama. Membawa plastik dan karung guni.

"Pakcik. Mintak rambutan sikit boleh?"

Huhh! Habis buahnya yang masak ranum kami ambil. Bagi tuan rumah sikit. Selebihnya kami ambil. Kalau ada, kami datang lagi. Mintak lagi. Tahun berikutnya, pokok itu sudah ditebang. Tiada lagi buah rambutan. Kenapa pakcik itu menebang pokok rambutannya? Kami hairan. Soalan itu yang sering bermain di benak fikiran kami. Hari Raya nanti aku mahu berkunjung ke rumah pakcik itu untuk meminta maaf kepadanya.

No comments: