5.10.06

Suatu hari dikejar binatang garang

Aku lari. Terus lari. Kencang dan laju. Binatang garang itu semakin hampir menggigit kakiku. Sesekali aku menoleh belakang kalau-kalau binatang garang itu dapat gigit kaki aku. Habislah... Aku rasa itulah larian aku yang paling laju setakat ini.


Binatang garang itu semakin hampir. Aku kaget. Mampuslah kali ni. Aku dibaham binatang garang itu.


Aku menoleh belakang. Aku toleh depan. Gedebum! Aku terlanggar sebuah Vespa buruk yang parking di situ. Aku jatuh tersungkur tergolek. Vespa tumbang dengan kuat. Binatang garang itu lari dari situ. Lalu beredar. Mujur Vespa tumbang berjaya menghalau binatang garang yang mengejar aku. Huh! Lega.

No comments: