5.10.06

Apabila raya bakal menjelma

Biasanya dalam dua tahun sekali aku dikerah untuk mengecat rumah. Dulu-dulu, akulah yang mengecat rumah. Ada satu kisah. Semasa itu, kami sekeluarga baru berpindah rumah baru. Mak memilih warna putih untuk dicat di bahagian dalam. Warna biru di bahagian luar. Kata mak nampak luas sikit walaupun rumah kita sempit. Aku angguk tanda setuju.

Maka bermulalah kerja cat-mengecat rumah yang berlangsung selama tiga hari. Puas hati betul dengan warna yang mak pilih. Datang bapak aku. Bagi komen. Itu ini, begitu begini.

Dua hari berikutnya, rumah kami bertukar warna kuning cerah. Sah, ayah punya kerja. Dia cat semula bahagian dalam. Katanya dia baru pulang dari Singapura, rumah kawannya. Dia tengok warna itu dia suka. Lalu, dia pun mengambil langkah yang sama. Itu tak apa. Masalahnya, bahagian luar dia cat kuning terang. Rangka pagar dan tiangnya dikekalkan biru muda. Rumah kami jadi Courth Mammoth punya warna. Oh ayah! Hari Raya tahun ini marilah kita tukar cat rumah kita. Takut ramai lagi yang datang hendak berhutang. Mungkin mereka sangka boleh buat bayaran ansuran secara kredit.

No comments: