9.10.06

Berat mata memandang, berat lagi perut yang menanggung

Hari sabtu yang lalu memang banyak juadah berbuka di atas meja. Maklumlah, kawan-kawan datang bertandang membawa juadah yang pelbagai rasa dan rupa. Untuk berbuka bersama. Hari-hari sebelumnya, sudah menjadi kebiasaan makan masakan air tangan awek aku. Kali ni, entah air tangan siapa aku pun tak tahu. Tak dapat dipastikan. Aku tak lalu nak makan seperti hari-hari biasa. Entah kenapa selera masih belum terbuka dan ternganga luas. Jadi, apa yang aku makan cuma kuih bom, karipap, satey dua cucuk, roti jala dua keping, murtabak 2-3 kerat, mee goreng sikit dan kepak ayam goreng. Itu saja. Kalu tidak, memang aku dah pulun apa yang ada.

Keesokan harinya, memang aku tak pernah sangka dan duga. Perut aku memulas-mulas rasa senak. Dalam perut bergendang macam orang berpesta bersuka-ria. Bermula jam lapan pagi boleh dikatakan sejam sekali aku keluar-masuk tandas. Apa yang dimakan sebelum ini keluar semula. Kalau keluar semua sekaligus tak apa. Senang cerita. Ini keluar secara uncit sikit demi sedikit. Masuk tengahari, badan aku naik lemah kerana banyak kehilangan air. Tak tertahan perut yang masih meragam. Huh! Pedih dan perit rasa di perut. Tapi, awek aku tak kena plak. Malah, dia ketawakan aku adalah. Dia kata aku main-main. Dikatanya alasan tak nak puasa hari ini. Tergamak sungguh dia.


"Perut dah kosong ni..."
"Tipulah. Mana boleh kosong. Usus ada lagi kan."

Jadi, dalam sehari menjalani ibadah berpuasa tu aku lemah-longlai. Namun puasa perlu diteruskan kerana ini semua cabaran dan dugaan kata aku. Walaupun awek aku ada offer air mineral dan menyuruh aku berbuka. Sebaliknya, aku tolak mentah-mentah. Bukan apa. Dia simpati melihat aku yang sudah tidak bermaya lagi pada ketika itu. Kemuncaknya, jam enam petang aku nyaris-nyaris hendak berbuka. Tapi, iman masih kuat di dada walaupun perut dah tak kuat menanggung semuanya.

Hari itu, aku rasa perut aku semakin lama semakin kempis. Lubang dubur dah rasa macam nak terkoyak. Perit dan sakit tidak terkira. Aduh! Hanya aku saja yang menanggung. Ketika waktu berbuka, aku hanya menjamah dua tiga suap nasi dan secawan air. Aku ingat selepas berbuka dah okey, rupanya makin memulas dibuatnya. Berlarutan sehingga jam sembilan malam. Cari pil Chi Ket Teck On, tak jumpa. Sapu minyak panas dah berkali-kali di perut aku yang semakin kempis ni. Adoi... Sehari suntuk aku berperang dengan perut aku sendiri. Inilah penangan air tangan kalian di bulan Ramadhan al-Mubarak. Benar-benar perut aku diservis.

1 comment:

Anonymous said...

lor...sian ko toq. aku tak kena pun. kalo disebabkan juadah tu sure kitorang yg ramai2 datang umah ko pun kena cirit birit tu kan...huhu..tapi aku rasa lepas peristiwa tu sure ko rasa perut ko ringan n kempis sket. tak le nampak boroi sangat. hehe :)