17.10.06

Zakat ajar simpati



Zakat fitrah merupakan salah satu rukun Islam, yang diwajibkan pada semua orang Islam (berlatar belakangkan lagu Rukun Islam). Zakat fitrah elok dibayar sebelum seseorang menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal. Bagaimanapun untuk mengelakkan kekecohan dan kesesakan pada pagi berkenaan, aku mengambil langkah pro-aktif untuk membayar awal (walaupun aku bukan orang terawal).

Rukun ini diwajibkan pada semua orang Islam daripada kanak-kanak sehingga orang tua. Bagi kanak-kanak, zakat oleh ibu-bapa, sementara wanita bujang yang bekerjaya dan mampu menanggung diri sendiri, mereka boleh membayar zakat untuk diri sendiri. Cepat! Sebelum kaunter ditutup.

Lebih afdal jika laki yang membayarkan zakat untuk bini. Di negara kita yang tercinta, ulama' bersetuju dengan pembayaran wang tunai untuk elakkan penimbunan makanan. Pemberian wang juga dianggap lebih praktikal pada zaman sekarang. Seelok-eloknya zakat dibayar di tempat (negeri) seseorang bekerja dan dibayar pada Amil yang dilantik pihak berkuasa. Jika dibayar pada orang miskin tertentu, dibimbangi akan berlaku ketidakadilan pada orang miskin yang lain. Ada yang dah dapat bantuan dari program Bersamamu TV3.

Sedang aku berjalan-jalan tanpa berniat ingin membayar zakat. Aku ternampak tiga kaunter disusun memanjang. Tiga Amil yang dilantik duduk berasingan. Satu sedang mengetuk pen menunggu orang. Satu lagi sedang menyusun duit yang dapat sebentar tadi sejurus selepas kaunter dibuka. Satu lagi sedang beristighfar barangkali. Mulutnya terkumat-kamit tak henti-henti.

Aku menuju ke Amil yang sedang mengira duit. Mana tahu kalau-kalau ada diskaun diberi sebab duit dah banyak kan!(dalam hati aku).

"Tumpang tanya. Ni kaunter bayar zakat ke?" Aku saja bertanya ingin kepastian.

"Ya, sila duduk encik." Amil

Diam. Amil membuka resit.

"Berapa orang semuanya?" Amil

"Erm... Satu, dua tiga. Ya, tiga orang." Aku kira dengan jari. Congak akan lemah bila berdepan dengan Amil.

"Okey. Empat belas sepuluh sahaja." Cepat betul Amil mencongak. Dia dah pakar dalam hal ini. Dah hafal macam jadual sifir.

"Errr. Seorang berapa ya?" Aku banyak tanya

"Sorang empat tujuh." Amil jawab aku tanya

"Bukan dua tujuh?" Aku. Cuba menawar harga kalau-kalau boleh setelah terlihat ada tertera 2.70 di resit.

"Dua tujuh tu kalau beras. Dua point tujuh kilo. Ada bawak beras?" Amil

Aku geleng. Dengan cepat aku meghulurkan sekeping wang kertas merah, empat keping biru dan sekeping syiling sepuluh sen. Takut kena penampar dengan Amil.

"Sila baca nombor dua" Amil menghulurkan tangan. Aku baca lafaznya.

Aku menerima salam untuk berijab kerana Allah. Lalu beredar mengambil resit dan memberi salam ikhlas kepada Amil. Panjang umur jumpa lagi untuk bayar lagi. Kalau pendek, belum tentu lagi siapa pergi dulu.
Mungkin aku. Mungkin Amil

1 comment:

Anonymous said...

sapa yg pergi bayar zakat ni? ko ke atok?