14.10.06

Bukan Buli Balik

Teng Kok Wah (bukan nama sebenar) budak yang baik. Bapanya seorang pemandu bas. Syarikat Alec Bus. Bukan Alec yang kirim surat pada aku. Selalu pandu basri bas Nombor 48. Lebih sepuluh tahun dia bekerja dengan syarikat itu (sekadar tekaan). Di sini, aku bukan mahu cerita pasal bapa dia, tapi pasal Teng Kok Wah (TKW).

Matanya sepet amat.

Di sekolah, orang panggil dia 'Tengkuk'. TKW memang tak pernah berkomunikasi langsung dengan rakan-rakan yang lain. Tak bisu. Memang pendiam tahap Cipan! Cipan pun tak diam macam dia. Sehinggakan Cikgu bertanya pada dia sekalipun dia tak mahu jawab. Toleh kanan, toleh kiri. Pandang orang. Mulutnya terkatup jua. Eeeeh, boleh geram jika kau melihatnya. Comfirm ujian oral dia gagal!

Perkara ini menimbulkan rasa kehairanan di kalangan rakan-rakannya. Mereka tidak percaya. Ketidakpercayaan mula timbul termasuklah aku.

Manakala menurut adiknya yang mata sepet juga, di rumah, dia menjalani kehidupan seperti biasa. Seperti orang normal termasuklah berkata-kata. Sesekali tertawa. Maknanya dia tak gila. Lagipun, tiada surat doktor mengesahkan dia gila. Ya, dia waras.

Satu hari, aku ingin mendengar suara TKW. Bagaimana agaknya? Bukan sebab apa. Sekadar ingin tahu suaranya saja. Jadi, aku bersama rakan mengambil beberapa langkah drastik ke arah itu. Apadia? Ketuk kepalanya dengan buku (tak silap buku teks Bahasa Melayu). Moga-moga dia akan bercakap atau sekurang-kurangnya berkata “Aduh!”. Paling tidak, dia marah.

Tapi... Dia tak marah.

Budak perempuan cuba cubit dia. Cubit peha la, kaki la, tangan la. Jangan cubit ‘anunya’ sudah. Pun tak berjaya juga. Mukanya buat selamba aje. Entah ilmu apa dia guna.

Kami tak putus asa. Akhirnya, semua rakan sepakat untuk meletakkan paku payung (thumbnail) di kerusinya. Bila dia duduk nanti, tercucuklah di punggungnya. Harap-harap dia menjerit, maka dapatlah dengar suaranya. Apabila dia duduk, mukanya toye. Selambe dek je... Macam takde perasaan. Ini macam semua boleh sakit hati. Semua ingat dia pakai spender besi.

Uiks! Di manakah TKW sekarang? Hidup lagi ka TKW? Sekarang dia buat apa? Jika dia berterusan begitu, bolehkah dia mempertahankan dirinya apabila dia dirogol atau dicolek atau dirompak atau apa saja yang menimpa ke atas dirinya?

Aku yakin kau boleh cakap. Jika tidak, masakan kau boleh skor dalam karangan Bahasa Melayu. Markah kau lebih tinggi dari budak Melayu yang hanya pandai bercakap. Tapi, tak kan kau tak mahu cakap dengan masyarakat?

No comments: