13.10.06

Ranjau tak terjangkau

Ajal maut ketentuan dariNya. Kita tak tahu bila akan pergi. Semua ketentuanNya. Aku ingin buat persediaan sebelum mati. Err... Maksud aku amalan. Mana tahu esok lusa aku mati. Kalian maafkan aku ye? Segala dosa yang lalu. Mana yang termakan, terminum, terlajak bicara, terlajak perbuatan. Kalian maafkan aku ye? Aku hidup mungkin tak tak lama ni. Kajian menunjukkan orang Malaysia boleh bertahan dalam lingkungan 60-an. Menurut doktor, aku cuma ada masa yang singkat. Sakit? Ya, aku dah kronik ni, tak lama dah. Aku akan pergi selamanya. Serius ni. Malam 12 Oktober 2006, selepas berbuka aku ke klinik berjumpa doktor. Uhuks.. uhukss... Aku terbatuk. Sedang bidadariku ada di sisi. Di kesempatan ini aku ingin mohon maaf. Aku banyak buat salah ni. Banyak buat orang. Buat orang yang macam-macam. Susah aku nak menerangkannya di sini. Aku rasa aku tak pergi jauh. Kalian antara orang terawal jika kalian membaca ini. Hhmm... Maafkan aku.

Taaraaa..!

"Awak dah empat bulan begini. Teruskan buat rawatan sehingga awak selamat segala-galanya."

"Dijangka bila semua ini akan berakhir Doktor"

"Kalau ikut jangkaan imbasan ini semuanya akan berakhir pada pertengahan bulan tiga 2007"

"Mmmph... Macam mana keadaan kesihatan saya sekarang?"

"Semuanya okey. Normal seperti biasa. Selepas ni, teruskan rutin ke klinik yang disarankan."


Hoooray! Aku melompat kegembiraan. Ingin menggapai bintang di awan. Menjangkau cekrawala di angkasa. Melompat lebih tinggi.

baik-baik membelah buluh
dalam buluh ada ulat
baik-baik mengenal tubuh
dalam tubuh ada sifat

"Ummph... Biasalah. Pembawakan budak. Awak keluar sekarang! Bayar di kaunter depan."

Aku diusir tanpa belas ehsan.

No comments: