9.10.06

Pelan kontigensi

Antara topik yang dibualkan semasa rakan berkunjung ke rumah adalah mengenai insurans.
Ada macam-macam jenis insurans kat dalam dunia ini. Untuk perlindungan keselamatan di dunia bila berlaku apa-apa malapetaka ke atas diri kita. Tafakul termasuk juga (maksud aku Takaful).

Selain insurans kereta, motor dan sewaktu dengannya. Aku tak terbuka hati lagi untuk menyertai mana-mana insurans lain di dunia yang fana ini. Ada kawan menawarkan pelbagai nama dan jenis insurans tapi entahlah. Belum mahu lagi. Memang bagus insurans ni. Aku tak nafikan. Bukan tak bagus. Cuma pendapatan boleh guna aku belum mencukupi untuk semua itu. Tolak belanja. Tolak hutang. Ada seciput.

Satu hari, ada pegawai bank menghampiri aku. Lalu dia bercerita mengenai skim pelaburan dan terangkum di dalamnya pakej insurans sekali. Tanpa banyak bicara aku isi borang dan masuk skim yang diperkenalkan walaupun pendapatan boleh guna aku cukup-cukup makan. Dia kata skim ini hanya dikhususkan untuk warga Bumiputera. Sedang yang bukan Bumiputera senantiasa menunggu dan menanti saat dan detiknya. Berpusu-pusu untuk merebut peluang ini. Hujah dia memang bernas. Ada fakta. Aku yakin. Akhirnya, aku turut serta.

Wahai kaum Bumiputera yang lain. Sekalipun kau tak mahu menabung kau lakukanlah sesuatu untuk kemudahan dan kesenangan masa depan generasi akan datang. Terutamanya untuk anak-cucu kita. Kau fikirlah jangka panjang. Jangan kau fikir untuk esok saja. Sebaliknya, janganlah kau menabung di kedai 4-D. Kau tak dapat apa. kau dapat dosa! Mari kita berpesan-pesan. Di bulan Ramadhan juga ada orang kita berkunjung ke kedai nombor.

1 comment:

Unknown said...

skim apa tu attoch?