25.10.06

Dam dam dum

Dalam cerita yang lain pula timbul persoalan mengapa kebanyakan (lebih dari seribu sejak tahun 1950) kejadian kena mercun di kalangan budak Melayu? Sebab apa seringkali Hari Raya banyak budak Melayu yang terkena mercun manakala Tahun Baru Cina, jarang sekali budak Cina terkena mercun. Jawapannya mudah saja. Sebab budak Melayu suka main mercun secara uncit. Menggunakan kreativiti mindanya untuk memusnahkan diri sendiri. Hahha... Setakat ini, tiada satu kajian khusus mengenainya. Tapi, jika ditinjau secara rambang. Ramai budak Melayu yang suka modifikasi atau ubahsuai atau mencerakinkan atau menginovasikan mercun yang ada di pasaran terbuka dan pasaran gelap. Maka, tidak hairanlah satu hari nanti, orang Melayu menjadi pembuat bom yang terkemuka di dunia. Pensyarah universiti aku pun pandai buat bom tau.

Contohnya mercun papan atau mercun cina tuh yang kaler merah atau warna-warni. Kalau Cina, dia main mercun tu secara lump sum atau pukal je. Bakar sekaligus. Meletup sekaliharung. Kaboom! (sound effect). Sebaliknya budak Melayu dia cerakinkan satu-persatu mercun tersebut dan dibakar secara berasingan. Bakar guna ubat nyamuklah, masuk dalam tempurunglah. Campak dalam air lah. Sumbat dalam d***r binatanglah. Macam-macam kaedah. Sudahnya, makan diri sendiri. Lagi contoh, mercun roket (atau apa saja kau gelar asal bila dibakar naik ke atas). Dipatahkan batangnya kemudian ditunu. Masih dalam tangan ditunu sumbunya. Bila dah hampir, baru dicampakkannya ke atas (mahu tunjuk hero konon!). Lain pula dengan budak Cina. Dia tak terdedah dengan perkara-perkara ini. Mereka lebih terdedah untuk menghasilkan mercun dan dijual demi mendapat keuntungan. Banyak lagi contoh perbandingan yang aku tak mahu sebut di sini. Kau fikir sendirilah. Ini semua berkisar tentang sikap dan mentaliti. Ummphh... Semua itu tanggapan aku saja. Dalam setandan pisang tak semuanya elok. Begitu juga sepangsa durian D42. Seluruhnya sedap di makan. Apa pula tanggapan kau?

3 comments:

Anonymous said...

Tak lama lagi ada lah pakar bom nuklear Malaysia sebab semuanya dah dilatih berkreatif sejak kecil. Tapi nampak gaya semua tak menjadi sebab ujikaji semua gagal...

sinaganaga said...

>>>Sumbat dalam d***r?

Muarkakakakakakkaakakakaka...

Anonymous said...

cam biasa buat je...