Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

5.10.06

Apabila raya bakal menjelma

Biasanya dalam dua tahun sekali aku dikerah untuk mengecat rumah. Dulu-dulu, akulah yang mengecat rumah. Ada satu kisah. Semasa itu, kami sekeluarga baru berpindah rumah baru. Mak memilih warna putih untuk dicat di bahagian dalam. Warna biru di bahagian luar. Kata mak nampak luas sikit walaupun rumah kita sempit. Aku angguk tanda setuju.

Maka bermulalah kerja cat-mengecat rumah yang berlangsung selama tiga hari. Puas hati betul dengan warna yang mak pilih. Datang bapak aku. Bagi komen. Itu ini, begitu begini.

Dua hari berikutnya, rumah kami bertukar warna kuning cerah. Sah, ayah punya kerja. Dia cat semula bahagian dalam. Katanya dia baru pulang dari Singapura, rumah kawannya. Dia tengok warna itu dia suka. Lalu, dia pun mengambil langkah yang sama. Itu tak apa. Masalahnya, bahagian luar dia cat kuning terang. Rangka pagar dan tiangnya dikekalkan biru muda. Rumah kami jadi Courth Mammoth punya warna. Oh ayah! Hari Raya tahun ini marilah kita tukar cat rumah kita. Takut ramai lagi yang datang hendak berhutang. Mungkin mereka sangka boleh buat bayaran ansuran secara kredit.

Katakan Taknak

Tahun 1990. Di kedai emak, aku sering melayan pelanggan membeli rokok. Lama-lama aku sendiri yang kepingin menghisap rokok. Agaknya macamana rasa rokok itu? Sungguh tinggi kehendak aku. Sunggh tinggi hajat aku.

Akhirnya, aku curi sebatang Gudang Garam. Wangi baunya. Mesti best rasanya. Di balik pintu kedai emak sebelah malam. Aku curi-curi menghisap rokok. Buat kali pertama. Mencuba-cuba. Sedang aku syok menghisap. Ada kelibat lalu.

Anak kau hisap rokok malam semalam. Aku nampak dengan mata kepala aku. Cis! Dia mengadu pada bapak aku. Aku kantol.

"Dah pandai kau hisap rokok! Lepas ni hisap dadah!"

Itulah bermulanya aku hisap rokok. Lepas tu tak hisap lagi. Lama juga. Kemudian, aku sambung semula menghisap rokok pada tahun 1995. Hasutan rakan-rakan. Kini, aku hisap rokok tapi jarang-jarang. Aku lebih suka hisap puting berbanding rokok. Lagi best! Sebab bukan puting botol dan bukan puting piring. Kau faham sendirilah. Ahaks...

Apa motif penebang

Kami berlima memang kalau takde kerja. Pergi mana-mana rumah yang ada pohon buah-buahan. Pergi panjat dan ambil sesuka hati. Kami tak curi, cuma kami ambil tanpa izin.
Satu hari, sedang kami syok memetik buah rambutan merah masak ranum. Tuan rumahnya keluar membawa parang.

"Hoi! Kau curi rambutan aku ye. Kalau nak mintaklah."

Mendengar jeritan itu, kami lompat dan terus lari lintang-pukang. Nak tunggu apa lagi. Nak kena sesah dengan tuan rumah. Esoknya, kami datang semula ke rumah yang sama. Membawa plastik dan karung guni.

"Pakcik. Mintak rambutan sikit boleh?"

Huhh! Habis buahnya yang masak ranum kami ambil. Bagi tuan rumah sikit. Selebihnya kami ambil. Kalau ada, kami datang lagi. Mintak lagi. Tahun berikutnya, pokok itu sudah ditebang. Tiada lagi buah rambutan. Kenapa pakcik itu menebang pokok rambutannya? Kami hairan. Soalan itu yang sering bermain di benak fikiran kami. Hari Raya nanti aku mahu berkunjung ke rumah pakcik itu untuk meminta maaf kepadanya.