nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
28.10.06
Masa menentukan
Siang tidak boleh mengejar malam.
Masing-masing beredar mengikut masa di atas paksinya.
Renung-renungkanlah...
27.10.06
Negara Polis
Malaysia negara polis! Police State!
Malaysia Negara Polis! Dia laung-laungkan.
Setahu aku dalam Malaya memang ada banyak polis.
Tak percaya cuba tanya pak polis di Soviet Union.
Bukankah baik setiap anggota polis ditempatkan dalam satu-satu unit kejiranan atau taman perumahan. Daripada dok saje kat kuarters di Balai Polis tu. Fikirkanlah...
Nota: Collin Cobuld English Dictionary : Negara polis ialah negara yang kerjaannya mengawal kebebasan rakyat dengan menggunakan polis terutamanya polis rahsia.
26.10.06
Iklan Raya
"Itulah... Dah Raya baru cari songkok"
"Takdepun..."
"Dah jual pada orang lain."
"Hah! Songkok itu baru lagi..."
***
"Mana butang baju Melayu?"
"Tiap kali pagi raya inilah dia..."
"Setahun sekali kan?"
"Lain kali abang pakailah baju Melayu kolar V"
25.10.06
Dam dam dum
Contohnya mercun papan atau mercun cina tuh yang kaler merah atau warna-warni. Kalau Cina, dia main mercun tu secara lump sum atau pukal je. Bakar sekaligus. Meletup sekaliharung. Kaboom! (sound effect). Sebaliknya budak Melayu dia cerakinkan satu-persatu mercun tersebut dan dibakar secara berasingan. Bakar guna ubat nyamuklah, masuk dalam tempurunglah. Campak dalam air lah. Sumbat dalam d***r binatanglah. Macam-macam kaedah. Sudahnya, makan diri sendiri. Lagi contoh, mercun roket (atau apa saja kau gelar asal bila dibakar naik ke atas). Dipatahkan batangnya kemudian ditunu. Masih dalam tangan ditunu sumbunya. Bila dah hampir, baru dicampakkannya ke atas (mahu tunjuk hero konon!). Lain pula dengan budak Cina. Dia tak terdedah dengan perkara-perkara ini. Mereka lebih terdedah untuk menghasilkan mercun dan dijual demi mendapat keuntungan. Banyak lagi contoh perbandingan yang aku tak mahu sebut di sini. Kau fikir sendirilah. Ini semua berkisar tentang sikap dan mentaliti. Ummphh... Semua itu tanggapan aku saja. Dalam setandan pisang tak semuanya elok. Begitu juga sepangsa durian D42. Seluruhnya sedap di makan. Apa pula tanggapan kau?
SMS Raya tak terjawab
"Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin".
Frm hadi, maria, arina & baby
Dlm krendahan HaTi, ada ktinggian BUDI, dlm kmiskinan HARTA, ada kkayaan JIWA, dlm gurau senda ada khilaf & dosa, $elamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin
hisyam
Atok, selamat hari raya, balik jb ke?
Nizam n azie
JamBangan indah lagi Berseri, mejadi hiasan di aidilfitri, smsdikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati. SELAMAT HARI RAYA, MZB.
dr ATK
Walaupn tangan xsempat dihulur, maaf tetap dipinta.. apa jua salah harap diampun sesama manusia. slm aidlfitri dr kami sekeluarga.
kamal, leen & Aleeya Qistina
SELAMAT AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.
FROM: MOHD. FADZIL, MUZANA & MIRZA DAMIA
SelamAT HarI RaYA AidilFitri n MaaF ZaHiR BatiN
Foza
Slamat hari raya dan maaf zahir batin
drpada sani.ani.nurul & wawa
Selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap dari kami sekeluarga.
rosmawati
Walau Langkah Tak Bertemu, Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar, Tapi Izinkan Hati, Memohon Maaf Zahir & Batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri
-nazri & ina-
Yong godok kupat nang ngisor ondo.. Godong nipah thigawe atep... Salah silapkunjaluk ngapuro.. Ketemu meneh bulan ngarep. SELAMET THINO ROYO... MAAFZAHIR DAN BATIN.
DARI KAMU: BASRI & YATI.
TaqabALLAH waminkum massiyamanakum - EI'DIL FITR al mubarak minal aidin wal-faizin fikullu'am wa'antum bikhair
Syed Zain-al-abidin Idid & famili
Tiada ucapan seindah zikir. Tiada qamariah seindh ramadhan. Izinkan kedua tangan bertangkup memohon maaf atas lisan yg tak ditepati, hati yang burok sangka dan semua sikap yg menyakitkn hati. Maaf zahir Batin dari sy sempena Syawal yg menjelang tiba. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Mr. Ng Tiong Seng
Bunga mawar si bunga tiruan, dihias oleh anak pak atan, kami disini mohon kemaafan, jemputlah ke rumah bila ada kesempatan.
dr azlan, azura dan antasya raedah.
Ampun dan maaf andainya di dlm memikul tgjwb tgs yg diamanahkan, namun ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan persahabatan yg perlu djaga. mogadimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin
Fazliana
Kambing ranggi naik LRT, katak pisang tcekik tulang, walaupun sms sja yg diberi, itu tandanya ingatan xhilang... SELAMAT HARI RAYA A!D!LF!TR! MAAF ZAH!R n BAT!N
aliep, jaja & ainul mardiah.
***
Terima kasih kepada kalian yang mengirim. Akan kubalas satu hari nanti. Di Hari Raya juga. Bukan! Bukan aku lupa. Bukan aku senghaja. Sesungguhnya Syarikat Telekomunikasi itu jahat. Sungguh jahat! Dia block panggilan aku. Mmmmphh...
24.10.06
Satu Hari Di Hari Raya
Tanpa membuang masa, kami berkonvoi ke kubur tempat nenek disemadikan. Liang lahad arwah nenek berhampiran dengan tempat laluan orang ramai. Banyak orang lalu-lalang di situ. Itu tak menghalang kami untuk berdoa. Kami sekeluarga duduk. Mengelilingi kubur arwah nenek untuk disedekahkan bacaan surah Yaasin dan doa. Bapak mengepalai bacaan tersebut. Kami mengikut saja. Suasana diselubungi kesedihan dan kesayuan. Ada dua tiga lagi kubur pun melakukan perkara yang sama. Maksud aku orang yang hidup mendoakan si mati. Sayu amat! Tangkap insaf.
Kira-kira dua pertiga bacaan Yaasin, ada dua orang lanjut usia melalui jalan tanah merah yang penuh berliku. Agak cerun jalan itu, di sebelah kubur nenek. Lagaknya seperti suami-isteri. Hampir juga dengan tempat kami duduk. Suaminya berjalan di depan. Isterinya mengekori di belakang. Entah macam mana, kakinya tersandung batu kerana leka melihat kami membaca doa di kubur arwah nenek.
"Aduuh!.. Bang! Tunggulah saya.." Perempuan itu jatuh duduk tersembam ke bumi sambil mengurut pinggangnya. Dengan mukanya yang berkerut menahan kesakitan.
"Ishh... Kenapa dengan awak ni? Jalan tak tengok bawah ke?" Lelaki itu cuba menoleh (takut-takut kalau ada orang nampak) dan mendapatkan isterinya untuk mengangkatnya bangun semula.
"Ni hah! Batu ni hah duk tengah jalan.Siapa letak entah..." Perempuan itu menyalahkan batu yang tidak tahu apa-apa di jalan itu.
Pada awalnya, kami saling berpandangan untuk menahan ketawa kerana telatah wanita itu yang menyalahkan batu ketika dia jatuh. Walhal, dia sendiri berjalan dalam keadaan yang tidak berhati-hati. Aku tengok muka bapak. Bapak tengok muka emak. Emak tengok muka adik-adik. Masing-masing menutup muka dengan kedua belah tapak tangan. Entah bagaimana, semua sudah tidak tertahan. Akhirnya semua tertawa terbahak-bahak pecah perut ekoran dari kejadian itu. Mujur mereka dah beredar. Bapak pun turut ketawa besar. Bila bapak dah ketawa besar, secara automatik semua ikut ketawa. Ekekekek..
Akhirnya, doa dibacakan semula untuk arwah nenek kerana gelagat lawak wanita itu yang menyalahkan batu yang duduk di tengah laluan. (Batu juga makhluk Tuhan. Dia tidak bersalah dalam kes ini)
20.10.06
Hari-hari terakhir di bulan Ramadhan
"Anak, amik lah bubur lambok ni.." Pakcik
Aku senyum. Diam. Duduk seketika.
"Bubur ni masak sini ke?" Aku tanya memulakan perbualan sambil berjalan.
"Ha'ah, banyak ni. Anak amik arr.." Pakcik
Aku menghampiri meja tersebut. Meninjau-ninjau longgokan bubur lambok dalam bungkusan. Sepanjang bulan Ramadhan ni, aku belum merasa lagi mana-mana bubur lambok percuma.
Kebetulan bos juga baru selesai solat. Bos duduk mengenakan sepatunya.
"Bos, bos nak bubur lambok?" Aku tanya.
"Tak moh arr... Mu amik arr kalu nak." Bos macam malu-malu kucing kepala menggeleng-geleng.
"Betul ke tak mau? Amik arr satu. Amik eh?" Aku usik bos.
"Amik arr dua. Untuk kawan tu.." Pakcik.
Aku amik dua bungkus. Ucap terima kasih. Meninggalkan meja bubur.
Bos menyeluk sakunya mengeluarkan dompet lalu mengeluarkan beberapa keping syiling untuk didermakan ke tabung yang berada di meja tersebut. Aku tak pasti berapa.
"Amik arr lagi. Sedekah kat kawan-kawan. Ni tak habis ni.. Orang sini tak amik sangat. Tempat lain pun ada buat jugak" Pakcik cakap bersungguh.
Bos menoleh belakang lalu bertanya. "Nak lagi, kau nak lagi tak?"
"Kalau bos nak, bos amik arr.." Aku provok.
Bos amik lagi satu bungkus. Ucap terima kasih. Beredar.
Keharuman tiga bungkus bubur lambok memenuhi ruang udara dalam kereta bos. Aroma wangiannya sungguh menyelerakan dan membuka selera. Sungguh teruja aku. Tak sabar nak jamah. Kesemuanya masih hangat lagi. Menyesal tak ambil banyak tadi.
Bos dapat dua bungkus. Aku ambil sebungkus.
Tadi bos kata tak mau. Sekarang, bos ambil pula dua bungkus. Bos mau tapi malu. (Dalam hati aku).
Pulang ke rumah, aku berikan sebungkus bubur itu pada awek aku. Selaku ole-ole juadah berbuka. Bubur di tuang ke dalam pinggan. Disuapkan ke mulut puteri kecil. Suapan yang ketiga, puteri kecil kepedasan. Meronta-ronta meminta air.
Bubur lambok itu memang sangat pedas bagi puteri kecil. Aku berkata setelah aku menjamahnya ketika berbuka. Tak menyesal aku tak ambil banyak!
19.10.06
satu sembilan satu sifar sifar enam
Ini hadiah sempena dua tahun.
Dua pasang baju baru. Baru baju pasang dua.
Dua pasang kasut baru. Baru kasut pasang dua.
Kalau tiga tahun? Tolak dua.
Pengganti diri
18.10.06
Mencari malam itu...
Ahad atau Rabu
Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan;
Isnin
Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan;
Selasa atau Jumaat
Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan;
Khamis
Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan;
Sabtu
Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan;
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 22 hb Oktober 2006. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam Qadar ialah :
*Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
*Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
*Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah S.W.T dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
P/s: Malam tadi cukup tenang. Tidak berapa sejuk. Maka jam 10 malam aku dah lena. Di paginya aku tak nampak sinar mentari langsung kerana lebih jerebu dari kabus pagi. Kalaulah malam tadi malam Qadar. Aku rugi...
17.10.06
Zakat ajar simpati
Zakat fitrah merupakan salah satu rukun Islam, yang diwajibkan pada semua orang Islam (berlatar belakangkan lagu Rukun Islam). Zakat fitrah elok dibayar sebelum seseorang menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal. Bagaimanapun untuk mengelakkan kekecohan dan kesesakan pada pagi berkenaan, aku mengambil langkah pro-aktif untuk membayar awal (walaupun aku bukan orang terawal).
Rukun ini diwajibkan pada semua orang Islam daripada kanak-kanak sehingga orang tua. Bagi kanak-kanak, zakat oleh ibu-bapa, sementara wanita bujang yang bekerjaya dan mampu menanggung diri sendiri, mereka boleh membayar zakat untuk diri sendiri. Cepat! Sebelum kaunter ditutup.
Lebih afdal jika laki yang membayarkan zakat untuk bini. Di negara kita yang tercinta, ulama' bersetuju dengan pembayaran wang tunai untuk elakkan penimbunan makanan. Pemberian wang juga dianggap lebih praktikal pada zaman sekarang. Seelok-eloknya zakat dibayar di tempat (negeri) seseorang bekerja dan dibayar pada Amil yang dilantik pihak berkuasa. Jika dibayar pada orang miskin tertentu, dibimbangi akan berlaku ketidakadilan pada orang miskin yang lain. Ada yang dah dapat bantuan dari program Bersamamu TV3.
Tayar getah, rim aloi
Isu mat rempit bukanlah satu isu baru di negara kita yang tercinta ni. Kini, isu ini kian menjadi-menjadi walau pelbagai kaedah digunakan untuk menyelesaikannya. Terdapat cadangan untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas mat rempit jika didapati sabit kesalahan. Padan muka! Cadangan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang positif. Ada yang negatif. Semenjak pemimpin negara berdamping-dampingan dengan kumpulan mat rempit, isu ini makin bertambah meruncing. Bagai kadok naik junjung.
Kalau isu ini dibiarkan menular begitu sahaja, maka mat rempit semakin berkembang-biak tanpa sebarang sekatan. Semakin ramai remaja kita yang suka masuk kelab ini selain daripada membela Hamster. Ini menggambarkan seolah-olah Kerajaan Malaya menyokong aktiviti ini. Jangan! Jangan sokong. Padahal, Kerajaan Malaya beriya-iya benar mengajak mereka menyertai Putera Umno. Hehehe... Satu pendekatan yang bijak perlu diambil untuk menangani gejala ini. Isu ini isu bersama.
Antara cadangan aku bagi menangani isu mat rempit ini adalah seperti di bawah:
Mengumpulkan mat rempit seantero Malaya untuk mencari bakat berlumba bagi didaftarkan dalam pemilihan pelumba motosikal profesional di Litar Sepang. Man tahu mereka boleh berjaya ke peringkat antarabangsa. Boleh kita tonton siapa lebih handal;
Mengumpulkan mat rempit yang berpotensi untuk membuat pertunjukan di mana-mana fun fair atau Royal London Circus atau Sarkis Jinak atau apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka;
Merampas motosikal mereka (jika didapati sabit kesalahan) dan menggantikannya dengan basikal copper. Biar mereka rasa pula naik basikal. Menyahut slogan, "Sebelum naik motor kena naik basikal dulu."
Jika berdegil juga, campakkan mereka ke dalam zoo yang ada di Malaysia untuk belajar berdisiplin. Sebab semua binatang di zoo diajar berdisiplin.
Cekup ketua mat rempit, paksa mereka membersihkan tanah perkuburan seluruh negara. Biar mereka ingat mati. Jika ketua dah buat, anak buahnya juga akan ikut sama. Pahala pun dapat.
Melabel motor mat rempit dan orangnya sekali dengan warna yang tertentu atau menandakannya untuk membolehkan orang-ramai mengambil langkah berjaga-jaga bila bertembung dengannya. Biar mereka ada rasa malu.
Kalian ada cadangan? Cadangan belum ditutup. Kemukakan sekarang!
16.10.06
Aneka ragam bulan Ramadhan
Sudahnya selepas waktu pejabat, aku terus ke pasar Ramadhan yang berhampiran.
Membeli kuih yang patut-patut. Hajat di hati nak beli
Sejurus selepas itu. Aku pusing
Tiba di rumah, awek aku kehairanan mengapa kuih banyak sangat dibeli sedangkan dia pun menggoreng popiah petang itu. Intinya sardin. Kami berbuka kuih berpinggan-pinggan beraneka jenis hari itu. Berselang pula dengan air tebu manis sekole besar.
Penghujungnya, kuih habis disapu tak sempat diunjur ke sahur. Mujur aku simpan sekole kecil air tebu untuk hari berikutnya. Impaknya, anak-beranak terbungkang kekenyangan dek penangan kuih berpinggan-pinggan. Ayah dan ibu lena di pembaringan, anak bermain hairan keseorangan.
***
Esoknya, tiada aneka kuih di tangan. Tiada aktiviti menggoreng kuih di dapur. Tiada kuih langsung. Errmm... lepas berbuka, perut ringan tidak berat macam semalam. Mata tak kuyu lagi. Anak kegirangan, hati kami keriangan.
14.10.06
Bukan Buli Balik
Matanya sepet amat.
Di sekolah, orang panggil dia 'Tengkuk'. TKW memang tak pernah berkomunikasi langsung dengan rakan-rakan yang lain. Tak bisu. Memang pendiam tahap Cipan! Cipan pun tak diam macam dia. Sehinggakan Cikgu bertanya pada dia sekalipun dia tak mahu jawab. Toleh kanan, toleh kiri. Pandang orang. Mulutnya terkatup jua. Eeeeh, boleh geram jika kau melihatnya. Comfirm ujian oral dia gagal!
Perkara ini menimbulkan rasa kehairanan di kalangan rakan-rakannya. Mereka tidak percaya. Ketidakpercayaan mula timbul termasuklah aku.
Manakala menurut adiknya yang mata sepet juga, di rumah, dia menjalani kehidupan seperti biasa. Seperti orang normal termasuklah berkata-kata. Sesekali tertawa. Maknanya dia tak gila. Lagipun, tiada surat doktor mengesahkan dia gila. Ya, dia waras.
Satu hari, aku ingin mendengar suara TKW. Bagaimana agaknya? Bukan sebab apa. Sekadar ingin tahu suaranya saja. Jadi, aku bersama rakan mengambil beberapa langkah drastik ke arah itu. Apadia? Ketuk kepalanya dengan buku (tak silap buku teks Bahasa Melayu). Moga-moga dia akan bercakap atau sekurang-kurangnya berkata “Aduh!”. Paling tidak, dia marah.
Tapi... Dia tak marah.
Budak perempuan cuba cubit dia. Cubit peha la, kaki la, tangan la. Jangan cubit ‘anunya’ sudah. Pun tak berjaya juga. Mukanya buat selamba aje. Entah ilmu apa dia guna.
Kami tak putus asa. Akhirnya, semua rakan sepakat untuk meletakkan paku payung (thumbnail) di kerusinya. Bila dia duduk nanti, tercucuklah di punggungnya. Harap-harap dia menjerit, maka dapatlah dengar suaranya. Apabila dia duduk, mukanya toye. Selambe dek je... Macam takde perasaan. Ini macam semua boleh sakit hati. Semua ingat dia pakai spender besi.
Uiks! Di manakah TKW sekarang? Hidup lagi ka TKW? Sekarang dia buat apa? Jika dia berterusan begitu, bolehkah dia mempertahankan dirinya apabila dia dirogol atau dicolek atau dirompak atau apa saja yang menimpa ke atas dirinya?
Aku yakin kau boleh cakap. Jika tidak, masakan kau boleh skor dalam karangan Bahasa Melayu. Markah kau lebih tinggi dari budak Melayu yang hanya pandai bercakap. Tapi, tak kan kau tak mahu cakap dengan masyarakat?
13.10.06
Ranjau tak terjangkau
Taaraaa..!
"Awak dah empat bulan begini. Teruskan buat rawatan sehingga awak selamat segala-galanya."
"Dijangka bila semua ini akan berakhir Doktor"
"Kalau ikut jangkaan imbasan ini semuanya akan berakhir pada pertengahan bulan tiga 2007"
"Mmmph... Macam mana keadaan kesihatan saya sekarang?"
"Semuanya okey. Normal seperti biasa. Selepas ni, teruskan rutin ke klinik yang disarankan."
Hoooray! Aku melompat kegembiraan. Ingin menggapai bintang di awan. Menjangkau cekrawala di angkasa. Melompat lebih tinggi.
baik-baik membelah buluh
dalam buluh ada ulat
baik-baik mengenal tubuh
dalam tubuh ada sifat
"Ummph... Biasalah. Pembawakan budak. Awak keluar sekarang! Bayar di kaunter depan."
Aku diusir tanpa belas ehsan.
12.10.06
Ledakan segala
kau berleter membuat aku kegerunan
sudah tahu begitu aku membiarkan
entah kenapa agaknya aku melakukan
di luar kawalanku
suara-suara hingar
memang kau marah betul
memang betul kau marah
memang kau tertekan tak tertanggung
sudahnya ledakan yang kuat berlaku
tingginya suaraku
terbelahak si kecil
kuatnya dentuman pintu
menambahkan jerebu debu
danau di luar sana
titis-titis air mata wanitamu
mengeruhkan keadaan
menjernihakan jerebu debu
aku harus menginsafi
aku harus menyesal
malam itu
tak berniat aku mahu menyinggung
tak terfikir aku mahu memujuk
sebaliknya aku harus berpsikologi
bukan memarahi si anak kecil
dia tak mengerti
aku memang bersalah
aku mengaku aku yang salah
maafkanlah kesalahan aku
Tidak! Aku bukan seorang ayah
seorang ayah yang tak tahu erti karenah
lebih baik aku mati
puteri kecil pun tak dapat dikawal
sesungguhnya sepanjang masa ini
aku akan belajar menjadi ayah
ayah yang berguna
bukan pemarah
kau isteri yang aku sanjung
Puncak Perdana
12 Oktober 2006
___
Lawatan:
Sajak yang satu lagi kau isteri yang aku sanjung <--- klik sini
Belasungkawa: al-Fatihah untuk Tn. Hj. Hassan Baseri (bekas pengarah JPBD Johor)
Seunggun Bara Dalam Genggaman
Sepanjang zaman aku budak-budak. Dari aku belum baligh sampailah aku dah baligh. Aku tak pernah kena letupan bunga api modifikasi ini. (Cakap dengan nada berlagak sebab belum kena). Satu hari, di tengahari penghujung bulan Ramadhan aku mulakan operasi dengan rakan untuk membuat mercun buatan sendiri seperti yang diceritakan di atas. Dipendekkan cerita, rakan aku jarinya terkena letupan mercun yang kami memandai-mandai reka sendiri. Padan muka kawan aku! Aku kata mampatkan dengan penuh hati-hati. Dia mampatkan sekuat jati. Sudahnya, belerang itu bertindak balas lalu meletup terkena jarinya. Kabooom!
Yeay! Padan muka dia. Tak nak dengar kata. Lain kali, nak buat mercun sendiri belajar sampai khatam. Ibu jarinya kudung, tangannya parah melecur. Dikejarkan ke hospital. Dia beraya di hospital bersama budak-budak Melayu yang terkena mercun juga. Sesetengahnya ada juga masuk berita dan ruangan akhbar muka depan. Selepas kejadian, kulit tangannya belang. Membilang dengan jari hanya sampai sembilan. Aduh kasihan!
11.10.06
Dua kereta membelah jalan
WNC 9144 - Honda
Huh! Dua kereta ini mujur-mujur aku tak langgar pagi tadi. Mujur juga aku tak marah-marah. Kalau kau nak memotong jangan pintas saaat-saat akhir. Kalau kau nak keluar simpang, sila bagi isyarat. Mentang-mentang aku tak pakai kereta sehebat kau. kau tunjuk lagak dengan kereta Kelisa aku. Nanti kau! Kita jumpa di simpang! Simpang JPJ.
Lapan 0-0
Tuan rumah suruh masuk rumah, kami masuk. Makan-makan kuih. Salam-salam. Bagi duit raya. Ada yang bagi seposen. Lima posen. Seringgit dan kekadang lima ringgit. Jarang sekali bagi lima puluh ringgit. Sebab bagi bebanyak nanti, pasti bebudak datang banyak kali. Pakai baju yang lain pulak. Sampai pada satu tahap, tuan rumah ajak masuk, kami taknak masuk. Tak nak makan kuih. Bukan sebab apa? Sebab perut dah kenyang kembung.
"Nak kuih ke nak duit?" Tuan rumah.
"Duuuiiit...." kami jawab ramai-ramai.
Bayangkanlah dari rumah ke rumah. Naik buntal perut dibuatnya. Kuih lah-air lah-kuih lagi lah-air berkarbonat lah-ketupat lah-rendang lah. Sehari suntuk tak balik rumah buat collection. Poket penuh dengan duit syiling. Silap haribulan boleh bocor poket!
Satu Hari Raya, paling tinggi aku capai lapan ratus Ringgit Malaysia. Belum masuk dua Hari Raya. Tiga. Empat dan seterusnya. Sekembalinya ke rumah, hasil pendapatan kesemuanya bagi pada emak.
"Meh, bagi mak semua duit tu. Untuk belanja sekolah kau"
"Ummpph... Ha’ah yelah mak. Beli baju sekolah, kasut, beg... Lebih boleh simpan kat tabung"
Bila masuk je sesi persekolahan baru. Mak belikan seperti yang dijanjikan. Sekurang-kurangnya ada gunanya juga duit tu. Dapat mengurangkan beban mak. Duit belanja sekolah mak bagi. Duit jajan mak bagi. Duit beli buku bagi juga. Duit perubatan kalau sakit mak tanggung. Cukup lengkap semuanya.
Kini, mak tak pernah meminta-minta anaknya duit raya itu lagi. Mak tak pernah cakap kekurangan duit untuk buat belanja dapur seharian. Mak tak pernah suruh kirim duit setiap bulan kepadanya. Walaupun gaji anaknya sudah melebihi lapan ratus Ringgit Malaysia sebulan. Mak cuma minta kirimkan sampul di dalamnya doa. Jenguknya di Hari Raya untuk berkumpul bersama. Mak mahukan saat yang cukup bernilai dan bermakna dalam dirinya. Setahun sekali cuma. Itupun tak boleh kau penuhi?
9.10.06
Kukirimkan Buatmu
Sibuk nak beli langsir baru lah, baju baru lah, kasut baru lah, buat kuih lah, mengecat rumah lah dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga, awek aku yang dah bertanyakan bila nak beli baju baru, kasut baru untuk dia dan anak-anak. Selalunya macam tu lah setiap kali Ramadhan dan Syawal menjelma. Tahun ni poket aku berjerebu sikit. Bukan saja kawasan tempat tinggal aku berjerebu malah tempiasnya turut masuk ke dalam poket aku.
Dulu, kalau ada arwah nenek, dia pasti buat kuih tradisional. Kuih turun-temurun katanya. Kuih bahulu, kuih gulung, kuih goyang, kuih tumpi dan seumpamanya. Guna dapur kayu dan arang. Mata pedih berair untuk menghidupkan api. Kalau nak selamat guna batang paip berongga untuk meniup. Lagi sedap rasanya dan lebih tahan lama kalau guna dapur kayu. Sekarang, arwah nenek dah tak ada. Memanglah tak ada. Sebab dah arwah. Apalah kau! Jadi, kuih tradisi tiada galang-gantinya. Tiada siapa nak buat lagi. Lagipun, banyak dah kuih ada di pasaran sekarang. Tinggal tunjuk aja. Asal ada duitnya. Tapi, itu semua tak sama dengan kuih yang arwah nenek bikin. Nenek, aku merindui kuih buatanmu. Sempena menjelangnya Syawal, nenek tak payah kirim kuih pada kami. Menyusahkan nenek saja. Anak-anak dan cucu-cucu nenek akan mengirimkan bingkisan doa dan sedekah al-Fatihah untuk nenek.
Al-Fatihah...
Setitis embun di daun pisang
Dalam menuju ke rumah Pak Dollah, ada pokok pisang. Tumbuh membiak berkelompok. Waktu malam di daun pisang itu ada embun. Biasanya, kami pulang mengaji setelah selesai solat Isya’. Budak perempuan kalau balik dari mengaji memang tak tanggal telekung. Entah kenapa, aku pun tak paham. Budak lelaki pula lepas selesai aje akan lambung-lambung songkok. Bagi yang berkain pelekat, ditanggal kain itu untuk diselimpang di badan. Pakai seluarlah! Itu saja.
Aku belajar mengenal huruf dari muqaddam sampai al-Quran dengan Pak Dollah juga. Mujur ada pakcik sebegitu rupa. Mahu juga dia sukarela mengajar mengaji budak-budak kampung. Selain mengajar mengaji, dia juga mengajar asas-asas beribadat seperti sembahyang, puasa dan sebagainya. Anak muridnya adalah dalam lingkungan empat puluh orang. Kini, ada yang jadi orang. Ada juga yang jadi orang-orangan. Ada juga yang jadi bintang. Ada juga yang jadi binatang. Ada juga yang menjadi setitis embun di daun pisang.
Pelan kontigensi
Ada macam-macam jenis insurans kat dalam dunia ini. Untuk perlindungan keselamatan di dunia bila berlaku apa-apa malapetaka ke atas diri kita. Tafakul termasuk juga (maksud aku Takaful).
Selain insurans kereta, motor dan sewaktu dengannya. Aku tak terbuka hati lagi untuk menyertai mana-mana insurans lain di dunia yang fana ini. Ada kawan menawarkan pelbagai nama dan jenis insurans tapi entahlah. Belum mahu lagi. Memang bagus insurans ni. Aku tak nafikan. Bukan tak bagus. Cuma pendapatan boleh guna aku belum mencukupi untuk semua itu. Tolak belanja. Tolak hutang. Ada seciput.
Satu hari, ada pegawai bank menghampiri aku. Lalu dia bercerita mengenai skim pelaburan dan terangkum di dalamnya pakej insurans sekali. Tanpa banyak bicara aku isi borang dan masuk skim yang diperkenalkan walaupun pendapatan boleh guna aku cukup-cukup makan. Dia kata skim ini hanya dikhususkan untuk warga Bumiputera. Sedang yang bukan Bumiputera senantiasa menunggu dan menanti saat dan detiknya. Berpusu-pusu untuk merebut peluang ini. Hujah dia memang bernas. Ada fakta. Aku yakin. Akhirnya, aku turut serta.
Wahai kaum Bumiputera yang lain. Sekalipun kau tak mahu menabung kau lakukanlah sesuatu untuk kemudahan dan kesenangan masa depan generasi akan datang. Terutamanya untuk anak-cucu kita. Kau fikirlah jangka panjang. Jangan kau fikir untuk esok saja. Sebaliknya, janganlah kau menabung di kedai 4-D. Kau tak dapat apa. kau dapat dosa! Mari kita berpesan-pesan. Di bulan Ramadhan juga ada orang kita berkunjung ke kedai nombor.
Berat mata memandang, berat lagi perut yang menanggung
Keesokan harinya, memang aku tak pernah sangka dan duga. Perut aku memulas-mulas rasa senak. Dalam perut bergendang macam orang berpesta bersuka-ria. Bermula jam lapan pagi boleh dikatakan sejam sekali aku keluar-masuk tandas. Apa yang dimakan sebelum ini keluar semula. Kalau keluar semua sekaligus tak apa. Senang cerita. Ini keluar secara uncit sikit demi sedikit. Masuk tengahari, badan aku naik lemah kerana banyak kehilangan air. Tak tertahan perut yang masih meragam. Huh! Pedih dan perit rasa di perut. Tapi, awek aku tak kena plak. Malah, dia ketawakan aku adalah. Dia kata aku main-main. Dikatanya alasan tak nak puasa hari ini. Tergamak sungguh dia.
"Perut dah kosong ni..."
"Tipulah. Mana boleh kosong. Usus ada lagi kan."
Jadi, dalam sehari menjalani ibadah berpuasa tu aku lemah-longlai. Namun puasa perlu diteruskan kerana ini semua cabaran dan dugaan kata aku. Walaupun awek aku ada offer air mineral dan menyuruh aku berbuka. Sebaliknya, aku tolak mentah-mentah. Bukan apa. Dia simpati melihat aku yang sudah tidak bermaya lagi pada ketika itu. Kemuncaknya, jam enam petang aku nyaris-nyaris hendak berbuka. Tapi, iman masih kuat di dada walaupun perut dah tak kuat menanggung semuanya.
Hari itu, aku rasa perut aku semakin lama semakin kempis. Lubang dubur dah rasa macam nak terkoyak. Perit dan sakit tidak terkira. Aduh! Hanya aku saja yang menanggung. Ketika waktu berbuka, aku hanya menjamah dua tiga suap nasi dan secawan air. Aku ingat selepas berbuka dah okey, rupanya makin memulas dibuatnya. Berlarutan sehingga jam sembilan malam. Cari pil Chi Ket Teck On, tak jumpa. Sapu minyak panas dah berkali-kali di perut aku yang semakin kempis ni. Adoi... Sehari suntuk aku berperang dengan perut aku sendiri. Inilah penangan air tangan kalian di bulan Ramadhan al-Mubarak. Benar-benar perut aku diservis.
6.10.06
Sebelum menjelang syawal
Tak pernah ada dalam sejarah orang bayar zakat jadi papa kedana miskin.
Tapi ada dalam sejarah, orang tak bayar zakat ditimpa bencana dan kemarau panjang melanda.
Maka, dirikanlah solat. Tunaikanlah zakat.
Dulu-dulu, bapak aku bayarkan zakat. Ya, bapak aku bayar. Sebab dia tunjuk resit pada aku selepas dia bayar.
Kini, aku kena bayar zakat termasuk berapa orang yang aku tanggung. Setakat ni aku tanggung dua orang. Jadi, tiga oranglah termasuk aku. Dua dewasa, satu kanak-kanak.
Eh! Ada diskaun ke untuk kanak-kanak? (aku kata dalam hati..) Sebelum aku nak bayar zakat nanti.
Hidup ini perlumbaan
Tolong print satu lagi.
Tolong boldkan perkataan ni.
Tolong besarkan tajuk ni.
Tolong buat surat.
Boleh...
Boleh...
(sambil angguk)
Tolong diam boleh? Banyak sangat nak tolong. (aku cakap dalam hati. Setakat ni tak pernah cakap luar hati. Tapi aku nak cuba juga cakap. Maksud aku keluarkan dari hati). Nanti aku cuba.
Fuh! Lega sudah. Laporan CTK dah hantar. Demi menambahkan duit poket kompeni dan duit poket aku. Aku kena dapat projek ni. Kompeni kami lawan empat kompeni yang lain. Kompeni Hindia Timur Inggeris tak termasuk. Kompeni yang berlumba Kompeni Z, Kompeni Y (kompeni aku), Kompeni R, Kompeni J dan Kompeni Q. Siling projek bawah RM satu juta. Apa? satu juta? Talak untung! Huh. Bos beriya mahu. Bos kerah aku. Bos paksa-desak aku. Aku rela. Aku ikhlas. Bos, kalau dapat projek ni... Bos kena belanja saya. Saya tak nak naik pangkat. Nak kena beli tangga. Saya tak nak kereta Merc. Besar sangat! Saya cuma mahu kesenangan. Mmm Kesenangan DUNIA & AKHIRAT. Faham-faham sudah ye.
5.10.06
Air tangan juadahmu
Aku memang tak suka beli juadah berbuaka puasa di mana-mana bazaar Ramadhan. Aku lebih sukan (salah ni... Suka) makan masakan awek aku. Pandai dia masak juadah untuk berbuka. Tak macam masak kejadah! Dia juga pandai buat kuih. Tak sia-sia aku tinggal sebumbung dengannya. Tapi, semalam dia tak masak sebab ada baki lauk hari sebelumnya. Selain pandai masak dia juga pandai menjahit. Dia pandai mengemas. Dia pandai mengaji.
Ada banyak lagi kepandaian dia yang aku tak mahu berlagakkan. Berkat air tangan dia, aku sering berbuka masakan dia di rumah. Tak boleh tidak. Tapi, hari ini aku nak belilah sikit kuih-muih yang ada jual kat bazaar Ramadhan tu. Cuba nak rasa juga apa yang sedap. Nak tahu juga orang kata, makanan yang dijual di Bazaar Ramadhan tak sedap. Aku nak cuba air tangan penjual di Bazaar Ramdhan yang sebulan berniaga dalam setahun (sekali cuma di bulan Ramadhan)
Nota bulu kaki: Nak rasa air tangan aku . Sila tengok mukasurat 15 dan 32. Tengok!
Apabila raya bakal menjelma
Maka bermulalah kerja cat-mengecat rumah yang berlangsung selama tiga hari. Puas hati betul dengan warna yang mak pilih. Datang bapak aku. Bagi komen. Itu ini, begitu begini.
Dua hari berikutnya, rumah kami bertukar warna kuning cerah. Sah, ayah punya kerja. Dia cat semula bahagian dalam. Katanya dia baru pulang dari Singapura, rumah kawannya. Dia tengok warna itu dia suka. Lalu, dia pun mengambil langkah yang sama. Itu tak apa. Masalahnya, bahagian luar dia cat kuning terang. Rangka pagar dan tiangnya dikekalkan biru muda. Rumah kami jadi Courth Mammoth punya warna. Oh ayah! Hari Raya tahun ini marilah kita tukar cat rumah kita. Takut ramai lagi yang datang hendak berhutang. Mungkin mereka sangka boleh buat bayaran ansuran secara kredit.
Katakan Taknak
Akhirnya, aku curi sebatang Gudang Garam. Wangi baunya. Mesti best rasanya. Di balik pintu kedai emak sebelah malam. Aku curi-curi menghisap rokok. Buat kali pertama. Mencuba-cuba. Sedang aku syok menghisap. Ada kelibat lalu.
Anak kau hisap rokok malam semalam. Aku nampak dengan mata kepala aku. Cis! Dia mengadu pada bapak aku. Aku kantol.
"Dah pandai kau hisap rokok! Lepas ni hisap dadah!"
Itulah bermulanya aku hisap rokok. Lepas tu tak hisap lagi. Lama juga. Kemudian, aku sambung semula menghisap rokok pada tahun 1995. Hasutan rakan-rakan. Kini, aku hisap rokok tapi jarang-jarang. Aku lebih suka hisap puting berbanding rokok. Lagi best! Sebab bukan puting botol dan bukan puting piring. Kau faham sendirilah. Ahaks...
Apa motif penebang
Satu hari, sedang kami syok memetik buah rambutan merah masak ranum. Tuan rumahnya keluar membawa parang.
"Hoi! Kau curi rambutan aku ye. Kalau nak mintaklah."
Mendengar jeritan itu, kami lompat dan terus lari lintang-pukang. Nak tunggu apa lagi. Nak kena sesah dengan tuan rumah. Esoknya, kami datang semula ke rumah yang sama. Membawa plastik dan karung guni.
"Pakcik. Mintak rambutan sikit boleh?"
Huhh! Habis buahnya yang masak ranum kami ambil. Bagi tuan rumah sikit. Selebihnya kami ambil. Kalau ada, kami datang lagi. Mintak lagi. Tahun berikutnya, pokok itu sudah ditebang. Tiada lagi buah rambutan. Kenapa pakcik itu menebang pokok rambutannya? Kami hairan. Soalan itu yang sering bermain di benak fikiran kami. Hari Raya nanti aku mahu berkunjung ke rumah pakcik itu untuk meminta maaf kepadanya.
Suatu hari dikejar binatang garang
Binatang garang itu semakin hampir. Aku kaget. Mampuslah kali ni. Aku dibaham binatang garang itu.
Aku menoleh belakang. Aku toleh depan. Gedebum! Aku terlanggar sebuah Vespa buruk yang parking di situ. Aku jatuh tersungkur tergolek. Vespa tumbang dengan kuat. Binatang garang itu lari dari situ. Lalu beredar. Mujur Vespa tumbang berjaya menghalau binatang garang yang mengejar aku. Huh! Lega.