3.7.08

Kita : apa yang kita main (part v)

Aku mahu mencetak beberapa helai muka surat. Maka, aku setkan seperti selalu aku mahu lakukan cetakanlah. Haik! apa fasal tak kuar plak ni.

Maka, aku hantar lagi. Tak berjaya. Dan aku hantar lagi. Tak berjaya juga. Aku tak pernah putus asa. Aku hanta lagi. Tapi tak berjaya juga. Ini dugaan ni. Sahut hati kecil aku.

Kenapa? Tak boleh cetak ke? Kawan aku menyampuk.

Entah aku kata. Dari tadi saya cuba tak boleh. Ada virus kot fail ni. Fail ni ada virus kot. Aku sambung sambil membalas dan mengulang fail ada virus.

Hah patutlah. Kau setkan muka surat berapa?! Kau print muka surat berapa? Cenggini sampai kiamat pun tak boleh kawan.

Owh tak boleh ye.

Mana boleh! dia marah aku.

Maknanya lepas kiamat boleh lah.

Kawan aku diam.

Belajar dari kesilapan itu lebih bagus daripada membuat kesilapan tanpa belajar apa-apa kan? Aku cuba memujuk diri sendiri. Uhuks! Orang yang pandai dalam belajar tak semestinya bijak di alam pekerjaan. Aku ulangi tak semestinya! Contohnya kawan punya kawan aku CGPA dia 3.52. Dia dah jadi Timbalan Pengarah pun sekarang. Pandai kan dia? Itu bukan kawan aku... Ha ha ha!

Oh ya, aku nak cabut gigi lah. Gigi aku sakit. Makanya aku kena jumpa pegawai bank yang bernama Mohaini. Sebab cek aku kena tendang. Haha! Oleh itu, aku kena ambil cuti lah. Mana-mana bank pun boleh asalkan jangan bank cawangan Melaka. Murekekekkekke... Taklah! Aku main-main aje.

5 comments:

Masy said...

kenapa bukan bank cawangan Melaka?

tasekM said...

sakit gigi... kena jumpa pegawai bank...

sakit perut... jumpa konduktor bas boleh ke bang?

:p

Danielle_Corleone said...

haha! saya stuju bro! org yg bijak time belajar tak semestinya power! hehehe :P

Yana Ismail said...

btol.blajar dari kesilapan:)

jagoan said...

masy,
Sebab Melawat Melaka bererti melawat Malaysia. haha!

tas,
Boleh! yakin boleh! Huhuhu...

danielle,
Bukan Semua! Sebahagian besar. Haha!

Princess,
Kesilapan cikgu yang terbaik. Kesalahan tok dopek den nak nolong! Haha!