25.7.08

Kami baru pulang dari lawatan tapak

Kami baru pulang dari lawatan tapak. Lama juga di sana. Jauuuuuuhhhh sangat. Pergi naik bas. Balik pun naik bas. Motosikal kami tinggal di tempat parkir. Situlah tempat biasa kami letak.

Kami baru pulang dari lawatan tapak. Kami turun dari bas. Seorang demi seorang. Beratur. Kami tak terjun. Tak melompat. Sopaaaaaan sangat. Setelah turun bas, kami pandang sekeliling. Penatnya... Arghhh... Letih badan.

Kami baru pulang dari lawatan tapak. Mataku terpandang motor RXZ Abe. Ada tersadai elok di tempat parkir. Aku merenung tajam. Sangat janggal kerana motornya umpama Harley Davidson dari kejauhan. Maka, aku garu kepala. Uiks! Apa yang tak kena motor kau Be? Kami tanya.

Kami baru pulang dari lawatan tapak. Kami menghampiri motor RXZ Abe.

"Pap! Adoi! Absorber gua kena kebas daa... Sepasang plak tu..."

"Patutla..." Kami kata. Motor kau lowered semacam je. Dia tenggek batu-bata sebagai alas.

Ekekekekeke... Kami gelak.
Waktu-waktu begini, ramai yang gelak dari yang simpati.

Absorber batik RXZ Abe dikebas. Ini jam musim absorber batik.

"Dugaan.." kata Abe.

"Takpe. Di padang nanti kau jumpalah orangnya..." Aku menyedapkan hati Abe yang runsing lagi nampak gelisahnya.

Kami baru pulang dari lawatan tapak.

15 comments:

OP Zaharin said...

absorber batik macammana rupanya atokz?

Anonymous said...

Fancy sgt absorber tu,
tu psl kene cilok.

Tp ayt penyedap ati ko tu mmg cool ah.

err, aku bkn nak mntak duit tau.

kamar hati said...

absorber pun batik ka...perghhh...dasyat tu...

cian kawan awak ye...bukannya dpt simpati...tp dpt gelak plak....

tasekM said...

neraka esok nk kena baham dgn ulor sawa batik tuh...

cikgooden said...

kah..kah..kah..absober batik...tak penah jumpa lagi..Aku juga ada kenangan pahik,, karburetor motor rxz aku kena kebas!..buret betuiii...(akan aku cerita nanti...)

Anonymous said...

hai..salam menjengah blog.sian kawan awak tu yer.

Anonymous said...

Op,
mmm, tak dapat dibayangkan di sini.

Chak,
Aku tak tuduh! Saya juga tak buat laporan polis.

Ti,
Kesian kat orang belum tentu orang kesin kat kite kan. Hehe

Rah,
balasan yang setimpal tu...

Den,
Karberator lebih mahal dari absorber tu...

Moi,
Respon yg sama dengn Ti, (atas)

S.YanaZ said...

Ah Tok,
dugaannnnnnnnnnn...

Anonymous said...

lawatan tapak ape nie? ko dgn abe? tapak? hmm..musykil aku.hehe

garb_ina said...

ah tok,
ako pon x pnh tgk absorber batik. rxz adik aku absorbernya 1 kaler je ako nengok. Hhehehe...apa2 pun mmg kita suma akan berkumpul di padang. Ahakzzz...

Danielle_Corleone said...

kalo nak suruh sabar pun mesti payah jugak ni.

Amiene Rev said...

Kalau buat sembahyang hajat, doakan lubang hidung si pencuri seperti ekzos dan asbestos. Nanti mudah menangkapnya.

Masy said...

absorber batik? jgn smpi PM kita tahu pulak... nanti dia mintak komisyen (sbb idea batik kan dr arwah isterinya) heheh.

ahh pandai2 je sy buat cite. lupekan hehe~

A t i Q a h said...

Alahai. Kesian Abe. Cam ne Abe balik?

jagoan said...

Yanaz,
Bukan dugaan. Cobaan!

Penyubiru,
Sblm ni aku tak musykil. Bila ko tanya jadi musykil balik.

Ina,
Nanti di padang kita dapat tengok.

Leone,
Ermm..

Rev,
Cadangan ok gak tu.

Masy,
Jgn bagitahu beliau...

Atiqah,
Nanti saya tanya Abe ye. Camne dia balik. :D