Lainlah kalau kami tuan rumah. Tak timbul soal pindah. Sebagai penyewa baik budi kami kena akur lah. Itu bukan soalnya di sini.
Soalnya, kami kena angkat katil. Rak dapur. Dapur jenama Khind. Buku. Rak buku. Berkotak-kotak itu. Berkotak-kotak ini. Tilam. Bantal. Kain cadar. Pakaian harian. Pakaian dalam. Pakaian kotor. Pakaian sukan. Pakaian kuliah. Pakaian solat. Rak kasut. Kasut kasual. Kasut kulit. Kasut sukan. Rak TV. TV jenama Sony.
Habis dalam lima trip. Guna tiga buah kenderaan.
Jauhnya ibarat dari Taman Universiti ke Taman Sri Pulai kira-kira misalannya begitulah. Atau dari Penjara Sungi Buloh ke Mahkamah Tinggi Shah Alam lah.
Malam-malam. Kami angkut.
Kami pindah angkut naik motosikal tau. Kalian ingat kami ada duit nak sewa lori?
Hahaha.. Cuba kalian bayangkan... Tak mustahil apa?! Analoginya begini :
Sedangkan sang semut boleh mengangkat sang kumbang kelapa seberat satuSeharusnya kita keluar dari zon selesa kita. Dikhuatiri kita terlalu manja. Manja biasa takpe. Takut manja yang bergesel-gesel sampai kita sendiri naik rimas. Parah kita! Itu bukan soalnya.
perpuluhan tiga gram yang jauhnya tujuh puluh kaki atau dua puluh satu meter.
Walaupun sang kumbang lebih berat darinya.
Inikan pula kita hanya seratus kali ganda dari tujuh puluh kaki jauhnya. Yang jauhnya kira-kira dua perpuluhan satu tiga kilometer. Katalah berat purata kita enam puluh kilogram. Berat barang-barang itu pula enam ratus kilogram. Tidakkah kita seharusnya malu dengan sang semut? Dia dah lama bersatu. Kita?
Soalnya, dalam hati kalian selalu terdetik ke? Buat apa kerja rajin-rajin, bukan naik gaji pun.. Bukan dapat anugerah pun. Ye tak? Iye lah tu...
Atau, buat apa belajar rajin-rajin. Belum tentu dapat kerja. Ye tak? Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Nak kena pakai kabel.
Persoalannya pula, dalam hati kalian ada ke pernah rasa sesuatu. Oh, gaji aku dah naik. Aku kena kerja rajin-rajin lebih dari biasa dan pertingkatkan prestasi dari sebelumnya. Ada? Kalau ada, baguslah! Jika sebaliknya, pergilah mampos!
Maka, suatu hari kamu pun berkata. "Bos, prestasi saya tidak meningkat la.., bos ambil lah balik tambahan kenaikan gaji saya." Ada ke? Ada? Hah!
Jarang kita dengar buaya yang menolak bangkai kan? Jika ada, tolong tinggal jejak di sini. Saya ingin berkenalan dengannya.
Itu bukan soalnya lah!
____
Belasungkawa :
SN S. Othman Kelantan
telah pulang ke Rahmatullah
al-Fatihah.