5.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod iv)



Pada satu malam yang sunyi sepi, Sal mengejutkan Rom yang sedang nyenyak tidur. Erm.., tidurnya tidak berdengkur. Sopan pulak tu. Maklumlah makan beras berlabel hijau lima peratus hancur.

Sal : Bang, bangun bang... Bangun la cepat. Bang.
Rom : Hish apa ni kejutkan orang tengah-tengah malam buta ni. Ada hajat ke?
Sal : Ala abang ni... Abang lupa makan ubat la... Cepat la bangun.. Kan doktor dah pesan kena makan sebelum tidur.
Rom : Ubat apa?
Sal : Ubat tidur.
Rom : @#%^#^???? Hampehrizesme. Awak nak makan selipar saiz 9 tak? Dah dah! Abang nak tidur! Ada apa-apa lagi soalan?

Bukan ini soalnya.
Soalnya sekarang. Di tanah air api yang kita cintai dilaporkan mengalami kekurangan bekalan makanan. Saya sebagai orang yang bernama Mohd. Rakyat sangatlah pasrah! Dari dulu saya dah kata, cadangan saya tak nak pakai. Kan dah! Tu tu.., tanah-tanah terbiar gunalah semaksima mungkin. Kan dah lama isu ni kan? Jangan la tanah api biar begitu saja khazanah ni. Dengan semak-samun sana-sini. Lainlah kalau semak tu sengaja ditanam untuk makanan lembu misalnya. Iyela, masa tu saya baru Tahun 1 di Universiti tanah api. Siapalah saya kan? Tanah-tanah terbiar ini bukan saja boleh dimanfaatkan untuk pertanian. Malah, penternakan, akuakultur dan sebagainya. Dulu, kan dah ada Rancangan Buku Hijau. Kenapa tak dilaksana? Kenapa tanah api kita tak ada rancangan jangka panjang untuk keselamatan makanan?

Lagi, saya ada cadangkan agar landskap di kawasan perumahan. Masa tu saya di Tahun 3 di Universiti tanah api. Siapalah saya kan? Tepi-tepi jalan depan rumah tu, tanamlah buah-buahan yang boleh di makan misalnya. Rambutan ka, kelapa ka, betik ka, durian ka, magga ka, manggis ka. Argh! banyak la. Pasu-pasu dalam rumah tu, janganlah tanam pokok bunga saja. Tanamlah pokok-pokok yang boleh dimakan atau dimanfaatkan. Pokok herba ka, sayuran ka, buah-buahan ka, ubat-ubatan ka dan sebagainya. Siapalah saya kan...

Kemudian, saya di Tahun 4 di Universiti tanah api, juga ada mencadangkan kepada Kurajaan agar meminda Seksyen 204 dan 204A Kanun Tanah Negara (KTN) untuk membolehkan tanah bersaiz kurang daripada 0.4 hektar diberi hak milik sendiri tanpa perlu mendapat keizinan. Masa tu, siapalah saya kan? Dengan hanya CGPA 3.0 je. Siapa nak dengar cakap saya kan?

Bukan ini soalnya.
Soalnya, cuba kalian fikir eh. Makanan bagi sebuah bandar itu adalah sistem di dalamnya. Sistem di dalam bandar termasuklah manusia (penduduk) di dalamnya. Makanan ruji manusia di tanah api kita pula adalah nasi kan?

Hak ele! Malaslah saya nak cadangkan lagi. Walaupun saya tak sepandai mana. Saya juga kerap guna otak kiri. Bukan bermakna saya tak boleh menyumbang kepada tanah api kan? Saya kan Mohd. Rakyat. Saya... Saya kan abang! Kecik hati saya tau... Dah la dah la.

1 comment:

Anonymous said...

nak buat mcm mana kana...kalau namanya Mohd rakyat...pakai otak kanan pun tak laku..kalau nama Mohd Menteri, pakai otak lutut pun jalan juga...