Sekembalinya aku dari perbincangan dengan ketua kampung, tok batin dan beberapa orang penduduk kampung sedikit rasa lega kerana apa yang diimpikan hampir tercapai. Walaupun dalam hati aku kata ia tak berapa nak tercapai. Hasrat dan matlamat perbincangan ini adalah untuk membuat perancangan bagi penduduk di kawasan mereka. Perancangan ini menggunapakai pendekatan 'dari bawah ke atas'. Atau istilahnya 'bottom-up approach'. Iaitu segala cadangan datang dari penduduk kampung itu sendiri. Dan untuk kebaikan penduduk kampung itu sendiri. Lalu diajukan kepada pihak atasan untuk mendapatkan peruntukan dan pelaksanaannya. Jangan pulak kau nak mengajar aku hah!
"Saya cadangkan penduduk kampung sini ditempatkan semula. Penduduk belah sana tak ada masalah sebab dikelolakan oleh JHEOA" kata tok ketua kampung yang malas bekerja tapi rajin mengambil cucunya apabila pulang dari sekolah.
"Tapi tok, 39 keluarga boleh ditempatkan di Taman Mahkota (Penempatan Orang Asli), ia tak jadi masalah. Masalahnya, ada 200 buah keluarga lagi yang memohon untuk ditempatkan di sini. Jadinya, saya dah berbincang dengan pegawai JHEOA dan tuan senator bercadang untuk membesarkan kawasan sedia ada dengan membeli tanah di sebelah." kata tok batin yang petah bercakap dan suka membuat kerja-kerja sambilan berkaitan dengan perikanan.
"Mana datang lagi 200 tu" kata tok ketua kampung yang malas bekerja tapi rajin mengambil cucunya apabila pulang dari sekolah.
Hah... Kami semua kehairanan. Betul juga soalan tu. Sedangkan kawasan itu hanya ada 39 buah keluarga saja.
"Mereka ada di merata di dalam mukim ini. Tapi semuanya di bawah jagaan saya. Jadi, kalau dapat dikelompokkan semuanya dalam satu tempat memudahkan saya untuk memantau anak buah saya." kata tok batin yang petah bercakap dan suka membuat kerja-kerja sambilan berkaitan dengan perikanan.
"Mana buleh gitu. Orang-orang luar kau nak masukkan dalam taman tu. Perancangan kita, hanya sesiapa yang ada di situ saja. Kalau gitu, semua nak pindah ke situ. Peninglah jabatan." kata tok ketua kampung yang malas bekerja tapi rajin mengambil cucunya apabila pulang dari sekolah.
"Bukan gitu tok. Saya fikirkan jangka panjang anak-anak buah saya. Kalau mereka duduk sekelompok senang saya nak urus dan jaga. Bukanlah niat saya untuk mengetepikan atau menggunakan kuasa yang ada. Lagipun saya dah berbincang dengan senator untuk memohon tanah itu. Tak salah kan? Sekurang-kurangnya saya menjalankan tugas saya. Walaupun elaun saya kecil. Saya taklah dituduh tidur aja dan selalu bersenggama." kata tok batin yang petah bercakap dan suka membuat kerja-kerja sambilan berkaitan dengan perikanan.
"Bukan aku kata kau tak buat kerja. Aku juga buat kerja siang dan malam. Siang kerja lain, malam kerja lain. Siang sedut minyak. Malam tuang minyak." kata tok ketua kampung yang malas bekerja tapi rajin mengambil cucunya apabila pulang dari sekolah.
"Kalau gitu bukan saya soranglah yang kuat sedut-menyedut ni. Tok pun samalah dua kali lima. Tak guna!" kata tok batin yang petah bercakap dan suka membuat kerja-kerja sambilan berkaitan dengan perikanan.
"Sudah! Sudah! Jangan melalut. Mari kita bincang pulak bagaimana cara nak menubuhkan (dia sebut menyetubuhi) nelayan." kata salah seorang penduduk tempatan yang tiba-tiba bersuara dari belakang.
Kah kah kah. Bilik hingar dengan tawa semua.
1 comment:
peluang terbaik bagi yang selalu guna search engine
macam yahoo google msn baik guna SlashMySearch
register free lepas tu set buat engine carian dan homepage
anda . setiap kali search anda dapat komisen
sebulan boleh dapat usd 180 kalau hanya guna sendiri
pay out boleh guna paypal egold atau check
hanya tukar search engine anda , dapat komisen
jangan lepaskan
http://slashmysearch2u.blogspot.com
Post a Comment