9.6.06

Timbal balik

Sembahyang Jumaat
Berpasang-pasang kasut dan selipar baru dan lama. Tak muat rak agaknya.

Sembahyang Hari Raya
Berpasang-pasang selipar yang baru-baru belaka. Muat rak, kalau disusun.

Sembahyang Maghrib
Mungkin dua puluh pasang

Sembahyang Jenazah
Sepuluh pasang agaknya

Sembahyang Subuh
Dua pasang selipar saja

Kalu kau punya selipar kena curi, kau jangan ambil selipar orang lain. Nanti orang lain juga akan buat benda yang sama. Berangkai jadinya. Sudahnya orang yang terakhir ’berkaki ayam’ pulang dari masjid. Banyak orang yang hilang selipar.

Kalau kau jumpa sesuatu di jalanan atau di mana jua, kau jangan ambil nanti ada saja barang kau yang hilang. Sama ada barang yang sama atau barang yang lebih berharga. Pernah terjadi. Tuhan itu Maha Adil. Pasti dibalasNya. Terserah pada kau. Kau nak terima balasan di dunia atau kau nak pulangkan semula barang itu di Padang Mahsyar nanti. Lagi jauh kau nak pulangkan...

Kalau kau ada curi barang orang. Pulangkan segera kepadanya.

1 comment:

BooK said...

attoch:
ada orang pakai selipar murah. kata dia. nanti takde orang curik. pandangan ini diambil kerna. anggapan bahawa orang mencuri selipar mahal.

ada orang pakai selipar mahal. ini golongan kedua. kata dia. nanti takde orang ambik. pandangan ini diambil kerna. anggapan bahawa orang yang hilang selipar. tak sampai hati. tapi terpaksa amibik juga. jadi mereka pilih yang murah.

aku: golongan kedua.