"Bagus-baguslah anak kau Ji... Semuanya menjadi kan. Sulung, sekolah pondok. Nombor dua, masuk U. Nombor tiga masuk U. Nombor empat. Masuk U. Nombor lima, masuk U. Hah, ni nanti nombor enam aku rasa masuk U jugak. Baguslah Ji. Semua jadi orang kan. Hai... Anak aku entahlah...Entah jadi orang. Entah maling..."
"Setakat ni jadi orang kan?"
Begitulah Hj. Lias. Tak habis-habis memuji anank-anak Hj. Kur. Tiap menjelang Hari Raya Puasa mereka berkunjung-kunjungan. Cerita pasal anak-anak mereka.
Alahai... Hj. Lias rupa-rupanya jadikan rakannya itu benchmark dalam segala tindak-tanduknya.
"Semalam aku mimpi kereta JS 474 eksiden. Langgar van Pak Deris JBV 2746. Nombor plet patah. Keluar nombor 4746. Sekali tengok keputusan 4D. First Prize 4746, rugi betul la tak tikam."
"Ji selalu ke mimpi nombor sport TOTO?"
"Ermm....Tak jugak. Kan dosa."
6 comments:
tidur tak basuh kaki, tu mimpi bukan2
boleh mimpi bg dapat no telepon sapa2 x?
jawapan exam boleh dapat dalam mimpi tak??.. :)
lawatan balas
mistik sungguh mimpi tersebut :D
wawawa..mimpi mainan tidur~
dug,
kaki cagu, takleh basuh
wan,
boleh boleh..
tasik,
baca buku sblm tidur
hanna,
ermmm...
rai,
ye, tidur mainan mimpi.
Post a Comment