21.5.08

Bank tema kuning dan bank tema merah pulasan tak sama!

"Saya punya buku bank hilang. Nak buat yang baru." Aku.

"Encik buka di mana?" Perempuan di kaunter yang punya lesung pipit di pipi. Tak sempat aku mahu melihat dadanya. Bukan buahnya. Tanda namanya.

"JB." Aku. Ringkas.

"Sila isi borang. Kami fakskan ke cawangan sana. Esok cik datang semula." Perempuan di kaunter yang punya lesung pipit di pipi.

"Ok terima kasih." Aku. Senyum.

***
"Saya punya buku bank hilang. Saya nak buat buku baru la." Aku.

"Woh. Buka akaun di mana dulu ye?" Perempuan di kaunter satu setelah lama aku menunggu. Tiada sekuntum senyum diberi.

"Tak silap saya di JB." Aku. Melihat dia mundar-mandir melayan pelanggan yang satu lagi. Sempat aku melihat tag nama di bawah dadanya. Muhaini.

"Wo oh. Kena buat di home branch tu." Perempuan itu. Masih sempat bersembang-sembang dengan rakannya yang satu lagi.

"Takleh urusan di sini ke. Atau bantu saya secara online. Kan Bank ni canggih". Aku

"Takleh cik." Perempuan itu. Namanya Muhaini.

"Ishk.. Apsal takleh. Bank satu lagi boleh je." Aku.

"Kena ke sana juga encik." Perempuan itu. Namanya Muhaini.

Hak ptui... Aku ludah. Nantilah di luar bank. Nak mampos ludah kat dalam. Ada guard tengok aku.

"Hah, akaun ni boleh. Sebeb buat di sini. Yang ni kena caj RM20 ya." Perempuan itu. Namanya Muhaini.

Hak hak ptui… Aku ludah. Nantilah di luar bank. Nak mampos ludah kat dalam. Ada pelanggan lain kiri dan kanan aku.

No comments: