13.5.08

Mengantuk dan terus mengantuk : prolog

Penangan stay up malam tadi. Lepas azan Subuh baru kami bersurai. Itupun susah handak mencari noktah perbualan. Tak putus-putus bual bicara kami. Kalau diam pun sebab malaikat lalu barangkali. Sudahnya, masing-masing beredar. Ke kamar masing-masing. Aku seperti biasa, kalau keluar akan bawa kunci bilik bersama. Pagi itu, mata aku berpinar-pinar. Kepala pening macam nak pitam. Penangan rokok Dunhill tak putus-putus disedut. Dan rehat yang tak cukup. Siapa suruh!

Aku hulurkan kunci ke tombol daun pintu. Masuk tu memang masuk. Tapi tak boleh bukak. Pulas kanan sangkut. Pulas kiri sangkut. Bunyi umpama tikus menebuk gubi beras. Uiks! Aku mula panik. Aku ketuk pintu. Orang di dalam tak bangun. Tidur mampos kot. Aku ketuk sekuat hati. Tok tok tok! Doa-doalah awek aku bangun. Tapi tak bangun juga. Sudah. Aku kata dalam hati. Pagi ni aku kena tidur kat lobby la gamaknya.

Sedang aku mencuba. Nak menitis air mata pun ada. Bukan! Bukan aku lelaki gembeng. Menangis selepas gagal mencuba. Menangis tak semena-mena. Tapi mata aku dicerobohi habuk entah datang dari mana. Namun, aku tak putus asa. Aku cuba punya cuba. Tak berjaya juga. Aku mendongak ke atas. Kalau-kalau mendapat petunjuk hidayah. Pap! Alahai, salah pintu bilik rupanya. Aku bilik Teratai 4 bukan Teratai 3. Adeh! Kepala dah weng...

Selepas solat Subuh. Terus aku melabuhkan badanku yang sasa atas tilam yang empuk kerana terlalu mengantuk. Esok mahu bergegas pulang ke tempat kediaman. Dan mahu singgah di rumah sahabat sebentar. Ya, sebentar cuma. Kerana ada tugas harian perlu diteruskan. Alahai... Letihnya mata dan badan memandu di kala sang suria memancarkan sinarnya.

Aku mengantuk dan terus mengantuk. Tak sudah-sudah.

bersambung...

No comments: