Pagi itu, saya agak berat mahu pergi kerja seperti hari-hari biasa. Bukan kerana saya terpaksa memikul beras sekampit untuk ke tempat kerja. Bukan! Selalunya saya bergegas mahu datang awal ke pejabat. Sebab saya pekerja yang rajin. Dan pekerja yang ikhlas. Untuk info tualng saya ringan. Dalam kotak fikiran mahu saja MC pada hari tersebut. Tapi, luar kotak fikiran saya, tiada siapa yang tahu. Tekak yang perit sedari semalam juga mengacau saya menelan sesuatu termasuk menelan air liur sendiri. Gulp!
Namun, saya mengubah fikiran di saat akhir untuk ke pejabat. Meninggalkan rumah lewat jam 9 pagi. Sedangkan isteri saya sudah bergegas ke pejabatnya awal pagi meninggalkan saya dengan memandu kenderaan sendiri muatan lebih dua belas orang. Untuk info, pejabat isteri saya dan pejabat saya adalah tidak berapa jauhlah. Kami selalu berurusan bersama. Dan kalau ada masa, kami berfoya-foya bersama. Haha!
Kemudian, saya menuju ke pejabat dengan badan yang tak berapa sedap. Panas dalam. Maklumlah, macam nak demam pun ada. Diringkaskan cerita, sekembali saya dari pejabat kira-kira jam 6 petang. Saya pulang agak lewat kerana saya datang lewat. Ini peraturan saya sendiri. Sayugia saya keluar dari perut kereta saya, merasa kehairanan mengapa pintu pagar depan terkuak sedikit. Tak seperti selalu. Ia tertutup rapat. Saya nak menyumpah tapi saya tahan. Saya mula syak sesuatu yang bukan-bukan. Hati dah tak sedap. Terus saya menuju mahu naik ke atas. Maklumlah saya tinggal jenis rumah bandar fasa I type A. Lalu, saya melihat dari bawah anak tangga di kala kakai sebelah kanan sudah memijak satu anak tangga. Maka, saya lihat pintu pagar di penghujung tangga sudah terkuak. Besinya ada yang bengkok sedikit.
Kemudian. Kaki saya melangkah satu tangga ke satu tangga dengan lemah.
Whok oh! Mangga SOLEX pagar sudah dipotong beb. Manakala tingkap bilik juga ternganga tidak seperti selalu. Habis! Rumah dipecah masuk orang. Saya kata pada awek saya. Yang meengekori saya di kala itu.
Saya terus masuk ke dalam diekori oleh awek saya dan kuncu-kuncunya yang comel-comel tu. Memang sah. Keadaan sudah bergelandangan dalam rumah. Tinjau bilik utama habis kain baju dipunggah keluar dari dalam almari. Whoh, almari baju awek saya. Tidak pula almari baju saya. Laci-laci berisi kain baju anak-anak bertarabur macam tongkang pecah. Aduh... Sial punya pencuri! Celaka! Hidup bikin susah orang! Buat kerja semasa orang semua sedang sibuk bekerja mencari rezeki yang halal. Saya syak mereka bukan seorang. Dalam dua atau tiga orang membentuk geng. Macam geng gagak hitam. Cuma bezanya geng gagak hitam merompak orang kaya yang jahat. Tak bayar zakat misalnya, tak mahu sedekah misalnya, tak bayar cukai pendapatan misalnya dan sebagainya.
Dan lagi..
Saya syak juga, mereka melompat masuk melalui tingkap bilik. Dengan mengumpil dari luar sesendal tingkap kaca yang bingkainya aluminium tersangatlah lembut oi. Guna pemutar skru pun boleh. Alahai... Mudah sangat mereka buat kerja terkutuk ni. Macam dah pakar dalam selok-belok perkara ni. Dengan kerosakan yang sangat minimal pulak tu. Tanpa sebarang pemecahan berlaku. Sedikit cuma kesan bengkok yang membentuk ruang bagi membolehkan sesuatu benda dijolok untuk menolak telinga tingkap ke atas. Sialan! Babi betul pencuri ni. Betul babi! Babi pun masuk syurga tau.
"Apa yang hilang bang?" awek saya. Dia selalu membahasakan saya abang.
"Setakat ni abang tengok, semua tabung mabung menatang atas alamari tu dah lesap. Baik tabung bebiri ke, rimau ke. Semua lesap. Yang lain tak tau lagi."
Koma.
"Barang kemas awak letak mana?" Saya.
"Separuh ada dalam beg saya. Separuh lagi ada di luar negara (ayat ni menyedapkan laporan)." awek saya.
Diam.
"Ok. Kalian semua turun semula. Jangan sentuh apa-apa pun. Ayah (perkataan ayah digunakan di sini menunjukkan mangsa sangat berbahasa walau sudah hilang pertimbangan) nak tinjau apa yang hilang." Saya mengarahkan ibarat polis terlatih untuk awek dan kuncu-kuncunya.
Setelah mereka turun. Saya tinjau bilik utama sekali lagi. Sah almari baju digeledah isi perutnya si bangsat tu. Kain-kain dikirai-kirai sesuka hati mak bapak dia. Aksesori solek di atas meja solek habis bertaburan di lantai. Awek saya yang punya. Kotak sarat berisi kerongsang diterbalikkan dan dipilih si pencuri yang emas dan cantik-cantik saja. Kotak zink comel kecil yang sarat berisi cincin pusaka habis licin. Pergh! Menyirap darah saya. Tercalar hati ni. Bingkai gambar perkahwinan kami tertiarap menyembah bumi. Alahai... Saya hanya mampu melihat. Saya biarkan bukan saya suka. Saya tak mahu sentuh. Aku dapat kau, aku pijak kepala kau. Getus hati saya di kala itu. Buku akaun bank awek saya habis bersepah di penjuru birai katil atas tilam. Banyak juga bank dia. Semoga banyak juga wang simpanannya. Segala-galanya berteraburlah. Subhanallah!
Di ruang tamu juga sama. Laci meja console sudah berada di bawah. Rak TV, pintunya ternganga. Whoh! Kamera manual zaman kodak dalam rak TV lesap. Masuk bilik kedua (bilik bacaan). Tiga beg pejabat isi perutnya bertaburan. Beberapa dokumen penting juga dilihat ada di bawah. Haram jadah! Saya kata dalam hati. Bangsat betul! Meninjau keadaan di ruang dapur tidak terusik sedikit pun. kalau saya tahu, saya letak barang kemas dan wang simpanan dalam peti sejuk. Haha! Masuk bilik ketiga. Di belakang. Ada satu laci bawah TV kedua. Pap! Koleksi jam saya habis. Empat utas semuanya ada di simpan di situ. Kamera antik SLR pemberian pakcik dari Singapura juga lesap. Whoi! Ini pun kau ambil. Stroller bawah katil tak pula kau ambil. Kotaknya dah kau buka. Bajingan lu!
Saya keluar lalu duduk (terduduk sebenarnya) di meja makan. Ya Tuhan, jika ini dugaan dariMu aku terima dan hadapi dengan tabah. Ada hikmah di sebaliknya pasti. Oh pencuri lakhnat! Aku tak halalkan apa jua sebarang benda yang kau bawa keluar dari rumahku. Muntah darahlah kau. Tak selamat kau! Malapetakalah menimpa diri kalian hoi... Saya sumpah kalian jadi keldai tersangat hodoh lagi mandul.
"Jom kita buat report polis!" Saya menuju ke awek saya yang sugul sedari tadi.
Kemudian, kami menuju ke Balai Polis lah untuk buat report. Atau rumah Pasong sesetengah orang kata. Tak kan nak pergi Balai Bomba pula. Biasa kejadian pecah rumah lebih mudah rujuk ke IPD. Menurut firasat saya lah. Sebab saya pernah menemani rakan saya kes pecah rumah juga. Dirujuk ke sana.
"Encik, saya nak buat report polis kejadian pecah rumah." saya.
"Sila duduk dulu encik."
Dua kaunter dah penuh dengan urusan. Saya menunggu dengan sabar. Lamaaaaaa sangat! Encik, mari sini! Polis panggil Saya. Sila duduk. Terima kasih.
Encik tulis dulu atas kertas ni, macam mana kejadian tu boleh berlaku. Minta IC encik. Dengan sebatang pen dan sehelai kertas, saya mula mengarang kejadian tu berlaku. Macam nak tulis entri sebelum diterbitkan. Sementalahan saya menulis, polis itu mengisi data peribadi saya. Dia dah siap isi. Saya sedap mengarang lagi. Saya pun tulis laporan berkenaan lebih kurang begini:
Pada 12/5/08. Kira-kira antara jam 9 pagi hingga 5 petang. Ketika saya dan isteri saya bekerja dan tiada seorang pun berada di rumah. Satu kejadian pecah rumah telah berlaku di rumah sewa saya di alamat seperti berikut..... (alamat dirahsiakan di sini untuk tujuan keselamatan). Ketika pulang dari kerja kira-kira jam 6 petang, saya dapati mangga SOLEX pagar di tangga dipotong atau digergaji oleh pencuri. Kemudian, tingkap bilik utama terkuak luas. Saya mengesyaki pencuri masuk ikut tingkap. Apabila saya masuk ke dalam didapati semua barang berselerak dan keadaan seperti tunggang-langgang sedang berlaku. Setakat ini, dalam tempoh pemerhatian kasar saya. Benda-benda yang hilang adalah seperti 3 buah tabung syiling, 4 utas jam tangan, 1 anak kunci kereta kelisa dan beberapa buah buku akaun bank. Adalah dengan kehilangan disebutkan tadi. Anggaran kerugian lebih kurang RM3 ribu. Sekian. Laporan saya.
"Ok siap encik." Saya kata.
Polis itu pun ambil lalu dimasukkan dalam komputer. Dia taip semula apa yang saya tulis. Aduhai... Patutlah lambat. Dia menaip guna jari telunjuk saja ibarat burung belatok. Satu satu. Haha. Saya tunggu lah. Tak lama dia menegeluh. Aduh... Ada report masuk la pulak. Kacau je la... Jap ye encik. Report luar masuk. Apa alamat rumah encik tadi ye? Polis tanya. Aku beri semula. Ginilah kalau ada report masuk encik. Jap ye encik. Saya hubungi IO. Ok, saya kata. Hello Inspektor Nik ada? Bla bla bla takde. Hello Sarjan Teh ada? Jen, ni ada seorang pengadu Melayu datang buat report rumah dia kena pecah masuk pencuri. Bla bla bla bla...
Diringkaskan cerita, dia kata encik boleh duduk kejap. Sarjan Teh sedang mandi dan bersiap. Kena jumpa dia. Kalau saya balik dulu tak boleh. Saya kata. Tak boleh encik. Tunggu kejap Sarjan Teh nak jumpa nanti dia tanya susah saya. Saya pun tunggu la lagi dengan penuh kesabaran yang amat sangat.
Kemudian. Lamaaaaaaa sangat! Encik saya balik dulu lah ye. Eh nanti, dia kata. Report tak siap lagi. Tunggu Sarjan Teh. Tadi report saya taip hilang. Boleh dia hilang? Kena taip semula ni. Aduh doi doi... Camna boleh hilang hah! Dia mengadu kepada rakan sejawatnya di sebelah. Saya senyuum saja dan geleng kepala tanpa bicara. Tunggu ye.
Sudahnya, lama kemudian dia panggil saya untuk menandatangani laporan Polis yang dibuat tu. Dalam report tu bunyinya begini:
Pada 12/5/08 lebih kurang jam 1700 hrs, semasa saya pulang dari kerja di alamat di atas (rumah sewa) saya mendapati rumah saya, pintu pagar dipatah, mangga grill digergaji dan saya mensyaki pencuri masuk melalui tingkap atas bilik utama telah dibuka masuk oleh pencuri. Apabila saya masuk ke bilik semua barang-barang berselerak dan barang-barang yang hilang adalah 3 buah tabung syiling, 4 utas jam tangan, 1 anak kunci kereta jenis kelisa tuan rumah dan beberapa buku bank tuan rumah.
Bila masa pulak tuan rumah punya barang ada di situ. Salah fahamla ni. Huhu... Atau salah taip.
Kemudian.
Sarjan Teh datang mengajak saya ke biliknya di bahagian belakang tingkat dua. Saya ikut saja ke bilik pejabat kecilnya itu. Dia jemput masuk dan mempersilakan saya duduk.
"Rumah kena pecah masuk? Jen
"Ya, Jen. Siang tadi." Saya.
"Bagi IC encik." Jen.
Saya menghulurkan. Jen menaip sesuatu di komputernya yang sediakala dihidupkan.
Masa tu, awak bekerja? Tiada siapa di rumah la ye. Bla bla bla... Semua maklumat yang Jen tanya saya. Saya jawab. Dia masukkan dengan terperinci. Sampai dia tanya jenis tabung apa. Jam jenama apa. Ada nombor siri ke boleh dikenalpasti kalau jumpa. Kenapa ada kunci tuan rumah? Bukan. Saya kata Bukan! Tuan rumah tu saya lah. Salah fahamlah ni. Jen kata.
Dipendekkan cerita, setelah Polis datang ke rumah saya kira-kira jam 10.30 malam. Ambil gambar itu ini. Semak kesan jari. Buat pemeriksaan. Saya tanya, macamana? Ada jumpa kesan cap jari. Ada. Ada. Kesan cap jari penuh di bingkai gambar encik ini. Tepi bingkai gambar kami sekeluarga menjadi bahan bukti. Ada kesan cap jari penuh. Itu saya serahkan pada polis.
Setelah polis pulang, saya mengemas rumah (bersama awek saya). Dan didapati beberapa harta lain hilang. Disenaraikan seperti berikut:
Nama Harta Dicuri | Kuantiti | Anggaran Kerugian (RM) |
Tabung Bebiri penuh berisi wang syiling | 1 | 200.00 |
Tabung Bomba penuh berisi wang syiling | 1 | 150.00 |
Tabung Rimau penuh berisi wang syiling | 1 | 100.00 |
Jam Tangan TAG HEUVER | 2 | 1,000.00 |
Jam Tangan SWATCH | 1 | 530.00 |
Jam Tangan 25 Hours | 2 | 450.00 |
Topi Koboi & sepasang kasut kasual | 1 | 245.00 |
Kacamata hitam | 2 | 880.00 |
Kamera manual (filem) | 1 | 350.00 |
Kamera antik SLR | 1 | 650.00 |
Gelang magnetik kesihatan | 2 | 90.00 |
Beg Pejabat (Microsoft) | 1 | 120.00 |
Beg kulit | 1 | 45.00 |
Buku akaun CIMB | 2 | 1,020.00 |
Buku akaun Maybank | 1 | 520.00 |
Cincin pertunangan emas 916 | 1 | 500.00 |
Cincin harian emas 916 | 1 | *160.00 |
Butang baju Melayu (hadiah hari jadi tu!) | 1 | 60.00 |
Subang telinga emas | 1 | 250.00 |
Gelang tangan emas | 1 | 350.00 |
Anak kunci kereta KELISA | 1 | **85.00 |
Kerosakan mangga, tingkap dan pagar (lump-sump) | 1 | 700.00 |
JUMLAH | - | 8,455.00 |
* Nilai belian ** Nilai taruhan
Lain-lain kehilangan adalah hilang punca dan hilang kepercayaan. Saya bersyukur tiada apa-apa kehilangan nyawa dilaporkan. Sesungguhnya nyawa kami sekeluarga tidak ternilai berbanding nilai material yang hilang. Ok, saya beredar dulu untuk ke Balai Polis membuat laporan susulan kerana nilai kerugian dianggarkan RM8,455.00 setelah diteliti. Bukan RM3,000 seperti yang dilaporkan di awal tadi.
___
Soalan pemahaman.
1. Mangga jenis apa yang dipotong pencuri?
2. Agak-agak kau, anak kunci kereta penulis hilang. Dia tukar tombol kunci starternya saja. Atau tukar kereta terus?
1 comment:
Sabar ye atok,
ujian tuh...
haihhh kalo aku, geram sungguh dengan pencurik itu!!!
berkaitan kunci kelisa itu... ku rasa mu kena tukar keretanya sekali tu Atok... hhihihi
Post a Comment