nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
30.5.08
Kita : apa yang kita makan (episod ii)
Saya bukan tak makan KFC. Saya makan. Ya, saya makan yang original. Saya sangat tak makan kalau bos yang belanja. Kemudian bos hanya menitip wang untuk membelinya. Sedangkan bos tiada di sisi untuk raikan bersama. Ia seperti tiada maknanya. Kosong.
Tambahan pula, tidak semua orang ada di pejabat. Bukan. Bukan saya boikot atau sabotaj. Tidak. Saya tidak sabotaj pun. Saya cuma pegang pada prinsip saya. Tidak mahu makan jamuan itu di hadapan dia. Tidak mahu dia sangka meraikan kejayaan dia. Walaupun itu bos yang belanja. Bukan saya cemburu dia mahu blah dari pejabat ini. Kerana memperolehi kejayaan. Sumpah saya tiada hasad. Saya cuma sedikit tak suka dan bengang dengan cara dia. Saya ulang. Bengang! Cara dia menyiapkan tugasan yang saya beri tak memberi apa-apa kejayaan sekalipun. Wujudnya dia, hanya memberi signifikan yang secebis cuma.
Walaupun dia berjaya saya cuma doakan agar sikap dia tak dibawa ke sana. Jika tidak, nahas dia! Dia tidak akan mencapai keberhasilan dalam kerjayanya. Saya ulang, tolonglah ubah sikap dan cara. Ingat! Walaupun orang itu score dalam studynya. Namun alam pekerjaan, ia bukan satu tiket yang sangat selesa. Untuk orang itu boleh diharap, dipercaya dan diyakini bukan pointernya. Tapi sikap dan komitednya terhadap tugas yang diberi.
Tapi, jika KFC itu berlebih-lebih saya rela membawanya pulang. Makan bersama anak-anak. Bukan menjamu kejayaan di hadapan dia. Saya ulang. makan bersama anak-anak di rumah. Lagi sedap rasanya! Makan kan satu proses.
Huh! Tak boleh harap langsung!
Harapkan pagar, pagar tak boleh harap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sama la kita. kalau dah xsuka kat org tu, mmg boikot abis². makanan ke ape yg dia bagi mmg tak amik.
*uuu..jahatnyer aku! :p
Saya tak makan KFC bukan boikot ke apa tapi sebab alergik dengan ayam. Tapi kalau ayam kampung ok :D
Sdr Ah Tok: Satira datang melawat dengan baris awal sebuah sajak:
hari minggu
duduk termangu
mengenangkan negeri
kehilangan batu.
Satira + Kacau
Mei 31, 2008
stuju bro! saya pun dulu time stady ada yg ckp bila saya kerja nanti mesti susahkan org sbb saya ni tak boleh harap. Tapi saya dah buktikan yang saya sangat berbeza dan lebih baik ketika di alam kerja.
cikin,
awak bukan manusia paling jahat.
bp,
ayam sekarang cepat peroi kan kan?
satira,
sajak batu.
danielle,
teruskan. kita tak tau berapa ramai yang suka kita.
Doulousty
[url=http://healthplusrx.com/influenza]influenza[/url]
Vapendamp
Post a Comment