19.5.08

Mengantuk dan terus mengantuk (part II)

Mentari sedang memancarkan sinarnya yang terik itu. Penghawa dingin dalam kereta adalah pada tahap maksimum. Namun bahangnya masih terasa. Kesejukan adalah terlalu minimal menyentuh ke tubuh. Baru beberapa kilometer melepasi tol. Mata yang segar-bugar kembali layu. Aduh! Mengantuk datang lagi. Inilah penangan tak tidur semalaman. Nak membalasnya bukan boleh semalaman. mahu bermalam-malam. Allah menciptakan malam dan siang itu ada hikmahnya kan? Dalam kereta, bukan aku seorang. Malah awek aku duduk di belakang bersama dua anak kecil riuh-rendah di belakang. Pun boleh mengantuk juga. Kalau tak setan! Diri sendiri tak boleh tahan! Siapa suruh tak tidur. Dalam hati kecil aku.

Guna pelan A mengantuk. Aku tukar pelan B memandu laju-laju dengan membeliakkan mata. Pun mengantuk juga. Jadi, aku tukar pelan C, ikut jalan dalam. Maka, kami EXIT Tapah ikut jalan dalam. Mula-mula okey. Tengok pemandangan kedesaan dan kehijauan panorama di luar. Tak membosankan. Ingat lamalah boleh bertahan. Akhirnya, mengantuk juga. Aku tertewas dek kengantukan yang amat sangat. Aku terus menuju ke Teluk Intan, mencari rumah penginapan. Memakir kereta. Aku perlukan rehat seketika. kami bermalam di Teluk Intan.

[Bos, esok saya tak masuk opis. Ada kecemasan. Maklum.] Aku melalui SMS.

[Ok.] Bos jawab melalui SMS.

Dalam hati ada percikan bunga api yang tersangat memancar-mancar.
Dalam kepala ada bayangan bantal kerana kengantukan yang tidak tertahan.
Dalam perut ada bunyi keroncongan yang keriuk-keriuk. Yeay! kami makan malam di KFC cawangan Teluk Intan.

No comments: