25.1.07

Takluk

Sekali-sekala kita balik ke rumah dari pejabat, dengan sifat kita yang sentiasa sibuk ni, masuk ke rumah dan lihat ada perubahan pada susunan kerusi, TV, rak buku dan gubahan bunga palsu yang nampak tersusun cantik.
Kita senyum sedikit dan terus masuk ke bilik tidur untuk menanggalkan pakaian. Mandi, solat dan terus ke dapur untuk minum petang. Masa minum petang itu, isteri kita duduk berhadapan melayani kita. Dia seolah-olah menantikan sesuatu dari kita. Apabila selesai minum, kita pun terus ke hadapan dan duduk di atas kerusi susunan baru itu.
Kedudukan baru itu menghala ke TV dan TV pula menghadap ke tingkap. Apabila kita switch on TV, maka jelas cahaya dari tingkap melantun di atas kaca TV. Ini mengganggu pandangan kita terhadap gambar dalam TV itu. Maka kita pun terus komen, yang TV itu tak sesuai kedudukannya dan diminta pindah semula ke tempat asalnya.
Bila isteri kita dengar sahaja komen dari kita, dia terus bangun meninggalkan kita tanpa sepatah kata. Mana-mana isteri yang 'daring' sikit, akan berkata sambil bangun, "Abang sendirilah buat". Kita pun terpinga-pinga. Apa salah kita?

Cakap sikit sudah merajuk! Maka, dari keadaan yang sepatutnya riang gembira suami-isteri menikmati kebahagian 'rumah itu syurga ku' telah menjadi 'rumah itu kembali menjadi cuka ku'

Mengapa boleh terjadi demikian? Anda punya jawapan?
Tunggu jawapannya entri akan datang.
__

4 comments:

Anonymous said...

Dah tentu dia bengang sebab dia penat2 dia decor bersama eric (casa impian)...kita senag2 sengang komen... dia mengharapkan pujian tue...paham benor pompuan nie

Anonymous said...

Salam,

Saya seorang full-time bloghopper. Saya nak jawap.

1. Seharusnya anda awal2 lagi puji dia tentang perubahan yg telah beliau lakukan. Jika anda tidak setuju, beritahu dia dengan cara yang diplomasi bukan komen terus begitu. Orang perempuan ni sensitif. Bagi orang lelaki, ini perkara remeh tetapi bagi orang perempuan tidak. Ini pandangan saya sahaja, tidak ada niat nak condemn.

Satu contoh:-

Ada sepasang suami-isteri menghadiri jamuan makan. Si suami mempelawa para tamu yg duduk semeja dgn mereka buah pisang yang terhidang di atas meja dan tidak mempelawa isteri beliau. Bagi si suami biasa aje tapi bila pulang dari majlis isteri berkata, kenapa awak pelawa orang lain dan lupakan saya. Si suami terdiam. Ini cerita betul.

2. Mengenai artikel nak dapat anak lelaki atau perempuan, yang saya tahu dan pasti jika hendak anak lelaki haruslah bersama isteri waktu dia paling subur. Anda boleh cuba, jika gagal jangan salahkan saya. :))

Anonymous said...

pembetulan

jawab bukan jawap *typo*

Romantis Selatan said...

mari kita takluki hati masing-masing supaya tidak dibelenggu kedukaan lama.