Senario politik semasa memberi petanda Tan Sri akan bertanding lagi untuk penggal ini. Bukan. Bukan itu. Maksud Tan Sri, semenjak Tan Sri jadi YB ni Tan Sri agak sedikit sibuk dengan urusan duniawi. Sampai tak sempat Tan Sri nak berdoa untuk penduduk kawasan Tan Sri apatahlagi keluarga Tan Sri sendiri. Ditambah pula dengan anak-anak Tan Sri yang tidak sihat. Dan ada juga yang buat halnya sendiri.
Makanya, Tan Sri tak dapat melawat kawasan dan menunjukkan muka. Tapi, itu alasan yang Tan Sri cipta sendiri. Tan Sri kan YB bermusim. Hanya hangat-hangat tahi ayam. Kalau mahu menjelang pilihanraya, maka macam-macamlah Tan Sri tabur. Beras, gula, tepung, duit poket dan milo misalnya. Siapa yang undi Tan Sri penggal lalu, nasib merekalah. Siapa suruh!
Lantas, ramai yang datang mengadu dengan Tan Sri menyatakan lain kali jangan tabur beras, tepung, gula, duit poket dan milo sesuka hati. Tanpa usul periksa terlebih dahulu. Susah nak kutip. Lebih-lebih lagi bila ditabur atas tanah berlumpur. Kan susah!
"Tan Sri hanya pandai menabur...! Sudahlah!" jerit salah seorang penduduk situ. Kuat benar menusuk ke dalam gegendang telinga saya.
"Tan Sri hanya pandai menabur bur bur bur..!" sekali lagi terdengar. Kali ini semacam echo.
::: Aku ingat lepas je habis mengundi, peti undi tu aku nak mintak es pi ar. Nak buat akuarium. Dengar kata, peti tu transparent dan tahan lasak.
No comments:
Post a Comment