Pada suatu hari. Hari Jumaat. Solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang empat ribu jemaah di Masjid Negeri. Tiba-tiba masuk sekumpulan lelaki. Entah dari mana entah. Khabarnya menyelinap melalui kubah masjid melalui helikopter. Berpakaian hitam legam. Macam Ninja lagaknya. Menutupi seluruh tubuhnya. Tak nampak apa kecuali dua biji mata. Aku syak, mereka bersenjatakan machine gun dan bom tangan. Lalu, salah seorang lelaki tu. Ketua turusnya barangkali. Bertempik,
"Whoi! Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH duduk sini. Siapa tak sanggup boleh blah sekarang! Cepat! Cepat!"
Woh! Orang Melayu rupanya Ninja ni. Maka bertempiaran lari para jemaah untuk menyelamatkan diri. Ada yang jatuh tergolek masa turun tangga. Ada yang kena pijak dek orang ramai. Ada yang lari terlucut kain sarung. Macam-macam lagi keadaan huru-hara yang timbul itu. Hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka sarung mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata,
"Erm.., Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit. Sekarang bolehlah Pak Imam mulakan Solat Jumaat dengan jemaah yang ada ni."
Lalu kesemua geng Ninja tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
"Whoap whoap..! Nanti dulu." Pak Imam.
"Apahal Pak Imam?" Ketua turus.
"Tinggal 20 orang je jemaah. Tak cukup jemaah beb." Pak Imam.
"Takpe, campur geng kami, dah ada lima puluh satu. Cukup tak Pak Imam?" Ketua turus.
"Ermm. Cukup." Pak Imam.
___
Generasi sekarang amat lemah kan? Baru kena ugut terus lari lintang-pukang tak jejak tanah. Lupa yang dia tak Solat Jumaat lagi. Dari empat ribu orang yang mengaku dia Islam hanya 20 orang yang betul-betul beriman. Berapa ramai manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya sebegini. Geng Ninja tadi hanya membawa machine gun. Dia tak kata pun nak bunuh.
Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila Solat Jumaat. Tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali je. Bila waktu Sembahyang Raya.
Ramai orang percaya kepada gosip liar dan apa yang ditulis oleh surat khabar berbanding apa yang tercatit dalam al-Quran. Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia? Lupa, ada hidup di kemudian hari.
Kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam lamanya tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup masa. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat. Tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama. Pelik kan? Kenapa gelak. Tu kan realiti. Tapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kepada orang lain? Berapa orang yang akan luangkan masa membaca? Berapa ramai orang yang respon dan komen entri ni? Berapa ramai?
Sumber : Fwd email with minor modification
Sepatutnya hari ini aku ulas mengenai khutbah Jumaat. Pap! Tertidur pulak masa dengar khutbah. Alahai, setan betul!
1 comment:
Ah Tok,
Terima kasih kak Lily uucapkan di atas sumbangan khutbah ini.
Post a Comment