5.2.08

Masa terhenti

Bandar ialah satu sistem yang dinamik. Bukan statik dan tidak progresif. Sistem dalam bandar boleh terhenti bila-bila masa saja. Bandar ibarat nyawa.

Semalam kawan yang aku kenali lama dulu, menelefon. Laaaaaamaaaaaaa..., dia tak telefon. Nada suaranya perlahan. Sayu dengarnya. Macam dalam kesusahan. Nak pinjam empat keping not ungu, dapat lepas pulang ke kampung katanya.

Diringkaskan cerita. Dia ambil keputusan untuk datang ke pejabat aku. Katanya mahu bertolak serta-merta. Sebab bapanya sakit tenat amat. Dapat panggilan kecemasan.

"Kalau nak datang. Bolehlah." Aku
"Opis di mana?" Dia.
"Depan stadium."

Sejurus itu. Aku ke bank terdekat.
Aku percayakan dia. Entahlah dia percayakan aku atau tidak. Bukan aku sangsi dengan dia. Lebih baik percaya diri sendiri. Aku yakin dia dalam kesusahan. Lagipun aku fikir bila lagi aku nak tolong kawan. Saudara jauuuuuh sangat. Kawanlah tempat mengadu. Inilah masanya kan! Hidup ini cuma tumpangan.

"Ada mana?" Dia.
"Opis." Aku
"Tak jumpa pun."
"Kau kat mana?"
"Dalam stadium."
"Lorr. Depan stadium dude! Bukan dalam. Keluar balik. Pergi deretan kedai pejabat depan tu..."
"Ooo. Situ..."

Aku mula turun ke bawah. Jenguk-jenguk kalau dia dah sampai.

Pap! Kereta meluncur keluar dari pintu utama stadium. Aku syak itu kereta dia. Memang benarlah dia masuk dalam stadium. Entah apa kejadah dia ke sana aku tak pasti.
Aku tunggu. Kemudian, aku lihat keretanya menyongsang arus trafik. Alahai, ini jalan sehala dude!

Aku tunggu dia.
Dia keluar dari kereta setelah memakir. Nampak tergesa-gesa.

"Jom minum dulu." Aku.
"Tok seh. Nak cepak ni." Dia.
"Nak berapa?"
"Macam aku cakap tadi."
"Cukup ke?"
"Cukup."

Dia ambil dengan tangan kanan. Lalu, salam dan beredar. Tangan kanan juga dengan not.

Alahaio, aku dah pesan minuman. Bersendirilah aku. Aku duduk memikir dia. Tadi, mukanya nampak resah. Air seri kejujuran mengallir lesu. Raut wajahnya nampak kusut. Tiga bulan lepas badannya berisi. Kini, aku lihat susut banyak. Susut betul. Fikirannya berserabut dan berkecamuk barangkali. Erm... Berat mata memandang. Aku terus memikir sambil menghirup teh tarik bersendiri.

Semoga selamat pulang menjenguk bapanya yang tenat. Aku kata dalam hati.

Sejurus selepas itu. Hampir sepuluh minit jam enam. Aku memandu pulang dari ke tempat kerja ke rumah. Aku terima SMS. Bapanya telah kembali ke Rahmatullah. Tidaaaaaaaaaaak! Hati aku menjerit. Aku tersentuh sebak. Dia apatahlagi retak.
Rakan sama-sama menangis susah dicari kan? Rakan sama-sama ketawa banyak sekali.

Dalam bandar ada manusia yang kompleks, dalam satu sistem berputar seperti roda dan bergerak berlegar-legar. Satu hari sistem ini akan berhenti. Sebab kita hanya menumpang di dunia yang fana ini. Insan kalau dah sampai ajal tak kira di bandar atau di desa boleh saja meninggal dunia.

Belasungkawa :
Abdul Rashid (bapa kepada Mohd. Fadzil). Al-fatihah.
Mak Onah (ibu kepada Siti Rohani a.k.a Roha zmd). Al-fatihah.
PanahArjuna. Al-fatihah.

No comments: