29.2.08

Kiren Marcopolo


Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi diri sendiri dalam sesi temuduga yang dijalankan. Dalam erti kata lain, aku cuba berlakon. Aku bukan aku yang sebenarnya ketika itu. Aku cubalah. Sebab apa? Sebab aku tahu, mereka sebenarnya sedang mencari calon yang boleh menjiwai watak urban khususnya. Lagi pula, ramai yang kata, seboleh-bolehnya jadilah hipokrit. Entah, siapa punya idea entah.

Jadi, sebelum temuduga, aku mohon doa restu dari kedua orang tua, sahabat terdekat dan orang yang aku kenali. Ya, mereka merestuinya. Natijah aku, cuma satu. Mahu bersihkan hati sebelum menghadiri temuduga. Maklumlah, kau bukan tak tahu. Dalam sesi temuduga begini macam-macam boleh terjadi. Pernah terjadi, lidah kelu untuk berkata lalu terus menjadi panik. Bila dah panik, sepatah apa pun kau tak terucap dan tergagap-gagap.

Makanya, malam itu, sebelum temuduga aku mohon doa pada Tuhan. Doa banyaaaaaaak sangat. Bersujud di tengah malam misalnya. Bertahmid dan beristighfar misalnya. Membuat rujukan sekotak buku yang tebal-tebal belaka misalnya. Lantas, seawal pagi itu, aku terus meluncur ke Putrajaya dengan hati yang berdebar-debar. Oh ya, lupa pula aku nak beritahu. Pagi itu aku mandi bunga. Aku cuba menenangkan diri sendiri dengan mendengar lagu sebagai halwa telinga sambil menganguk-angguk kepala di dalam kereta.

Sampai di bilik menunggu aku lihat ramaaaiiiiiiiiiiii sangat. Maklumlah kat situ kan pusat temuduga. Hari itu saja mereka mencari untuk pengisian tiga jawatan yang berlainan di Malaya. Fuh! cantiknya, aku kata dalam hati setelah melihat sebaris wanita yang duduk di baris hadapan. Masing-masing menggayakan 'style'nya tersendiri. Woi woi, maksud aku, ruang bilik menunggu itu. Bukan sebaris wanita itu.

Sedang aku duduk-duduk menunggu giliran. Aku rasa lambaaaaaatt sangat. Seminit maca rasa sejam. Di situ, mereka yang resah gelisah, keluar-masuk-keluar-masuk tak tentu hala. Rata-rata yang duduk di situ adalalah wanita. Rata-rata juga ditemani oleh balak mereka untuk menghadiri temuduga. Alahai... Kalau aku tahu, aku bawa orang kampung bagi motivasi kat aku.

Sedang aku menunggu dengan sabar. Tahap yang paling sabar. Mata aku melilau-lilau melihat telatah manusia yang berada di situ. Sebaris tempat duduk aku itu. Jauh sedikit ke kanan, aku tertoleh betis dan peha wanita itu. Sedang duduk bersilang. Kau perhatikan perkataan tertoleh. Bukan sengaja tau. Kainnya terbelah hingga menaikkan nafsu kalau terpandangnya. Aku lontarkan pandangan aku jauh-jauh ke luar tingkap. Aku tak mahu aksi itu menjadi halwa mataku ketika ini. Sebenarnya, di bilik menunggu ini lebih besar dugaannya berbanding di bilik temuduga.

Kan aku dah kata, aku mahu membersihkan hati dan jiwa. Kan aku juga dah kata, aku tak mahu menjadi aku yang sebenanrnya di bilik temuduga nanti.

* * * *

"Saifuddin Marsuk ya?" panel dari eSPieA itu tanya di bilik temuduga yang hanya kami bertiga. Setelah aku menyerahkan resume.
"Ya saya,.." aku menjawab dengan penuh yakin.
Alahai, sepatutnya aku jawab, "Bukan. Itu bukan saya. Bukan! Nama saya ialah Kiren Marcopolo."

Tapi, nak buat macam mana? Di bilik itu, aku terpaksa juga menjadi aku. Merka tanya sepatah. Aku jawab berpatah-patah. Aku tak mahu berpatah arah atau berpatah balik.

No comments: