Aku bercuti tiga hari menghadiri majlis kahwin di Johor Bahru. Dapat juga pulang ke kampung menjenguk orang tua. Bermula 17, 18 & 19 Ogos 2007.
Kami mengikuti Lebuhraya. Baru aku perasaan, duit dalam purse tak cukup untuk aku bayar tol apabila tiba di Tol Skudai. Tinggal RM20. Ah, kat mana-mana R&R nanti boleh berhenti cucuk duit. Dalam hati. Sepanjang kami berhenti di R&R semua mesin 'out of service'. Begitu juga di stesen minyak yang kami singgah. AGaknya sepanjang lebuhraya semua mesin tak boleh guna.
Sudahnya, kami mengambil keputusan exit Seremban. Cari mesin ATM di bandar Seremban. Tiba di stesen minyak aku pandu masuk. Bukan untuk isi minyak tapi untuk bertanya.
"Bang, mana tempat cucuk?" aku
"Hah, cucuk apa bang?" dia kebingungan kelihatan mukanya pucat dan panik.
"Cucuk duit. Hehehe" aku
"Woh, cucuk duit depan sanalah bang... Ingatkan cucuk apa."
Kami beredar meninggalkan pembantu pam minyak itu. Hajat murni kami ke bank berhampiran akhirnya tercapai.
Tiba di R&R Pagoh, kami diekori dengan motosikal yang membawa longgokan buah duku di motosikalnya. Kami parkir, kedengaran dia berkata, "Bang, buah bang. Buah bang." Aku mengangkat tangan tanda isyarat tidak mahu buah duku yang ditawarkan. Lagipun kami sekeluarga tak berapa sihat. Bukannya tak suka buahan tempatan. Selesai makan, mentol keluar dari kotak pemikiran aku. Sambil memimpin anak, awek jalan di belakang. Kami menuruni anak tangga. Orang jual buah dah bersedia untuk mempromosi longgokan buah duku dan langsatnya.
"Bang buah bang?! Manis manis..." abang buah menghampiri aku.
"Dah ada la bang!"
"Kah kah kah.." Abang itu ketawa
"Hih Hik Hih..." Makcik cun ketawa juga.
Awek aku tak ketawa. Tapi tiba dalam kereta dia ketawa mengekek-ekek mengenangkan jawapan aku. Entah apa yang kelakar aku pun tak tahu. Hanya soalan beserta jawapan.
1 comment:
salam encik attochman
entry 17 ogos 2007
cuti 24, 25 & 26 ogos 2007
wahhhhh! dah dapat baca masa depan ek???
ampunnnnn tuan tanah!
Post a Comment