11.1.07

Jiran

80-an dulu,

Belakang rumah kami. Keluarganya besar. Anaknya ramai. Dari yang tua sampai yang bongsu aku kenal anak-anak mereka. Along, Ijat, Is, Senget, Ketot, Shima, Didi & Nana. Riuh-rendah keluarganya. Namanya Pak Idris. Baik orangnya. Pernah menolong bapak aku meminjamkan vannya. Pernah menolong bapak menjemput adik di asramanya. Pak Deris tak kisah orangnya. Kuat betul hisap rokok Lucky Strike tanpa filter. Batuk memanjang. Tapi, panjang umurnya. Dia minat gusti. Pita video penuh satu gerobok di rumahnya. Perabot kayu patah-riuk dikerjakannya apabila menonton gusti. Berapa kali dia tukar sofa. Entah. Itulah Pak Idris.

Sebelah kanan rumah Pak Deris keluarga Pak Ayob. Muka garang, misai tebal. Pun kaki gusti juga. Ada anak dara cantik-cantik. Ina, Ita, Shida. Tapi, jarang keluar rumah. Anak bujang Pak Ayob rock-rock belaka. Satu, namanya Man. Bikin rambut petak. Belakang kepala ada ukir guntingan rambut tulisan Metallica. Dahsyat. Satu hari, dia lintas jalan lalu dirempuh bas. Dia tercampak. Orang berkerumun bukan mahu menolong. Jakun tengok ukiran pada rambutnya. Dia bangkit dan beredar dengan selamba. Masuk Metro. Hu hu... Man dah arwah. Al-fatihah... Dua, Ali. Rambut panjang. Badan kurus. Tengok dari sisi macam Amy Search. Banyak koleksi kaset rock heavy metal. Ali banyak beli syampoo Rejoice paket dari kedai mak. Rajin dia mencuci rambut. Patutlah rambutnya harum. Rajin juga trim misainya. Tiga, Rashid. Pun kaki rock juga. Layan Guns N Roses. Gaya sederhana. Tapi dia ada join budak fit. Tak payah aku ulas. Malas sikit nak bekerja. Kekadang gi jamming. Takde duit jammming pukul drum kat rumah neneknya di sebelah kiri rumah kami. Pekak telinga dibuatnya.

Itulah Pak Deris dan Pak Ayob. Oh ya, lupa pula nak bagitahu nama bini mereka. Bini Pak Deris namanya Mak Ani. Bini Pak Ayob namanya Mak Nah. Ramai lagi jiran kami. kami kenang jasa mereka. Memang mereka baik-baik belaka. Macamana jiran kau?

3 comments:

Azhar Ahmad said...

Huhuhuh, neh dah kre mengumpat nehhh, hihihihihi. Apapun attoch, setiap org banyak ragamnya, tapi kannn, kalola, aku buat rambut panjang camtu, alamatnya, memang aku akan dibelasah separuh pengsan dengan mak aku.....

Attoch buku sabotaj 2, ngan zine nativiti nak cekau kat ner ek?

jagoan said...

Bukan umpat beb! Catatan kenang jasa jiran.

Sabotaj 2 : Kau tanya encik naga. Aku pun tgh cari. entah ada lagi entah tidak. Kalau ada banyak, maklum kat aku. Aku pun mahu juga. Ha ha

Nativiti : Aku ada. Baru semalam sampai. Panas. Tapi itu aku punya. Kau cuba tanya Miss D(http://gurisanintaglio.blogspot.com/) atau geng-geng penulis. Tak silap kedai buku di Silverfish barangkali ada.

Juring : Aku ada. Boleh dapatkan dari aku. eh,kau tak tany yang ini erk?

Anonymous said...

teringat jugak kisah kisah dulu. Rasanya dengan jiran kita belajar bersosial... kalau sekarang duduk apartmen..susah nak dpt suasana dulu...