Aku menuju ke kedai kereta. Meninjau-ninjau set penggera kenderaan. Maklumlah, nak dekat raya. Banyak pencuri nak dekat raya ni.
"Tauke, ini berapa?"
"Ini hah! Ini bagus punya wo. Taiwan mali."
"Taiwan bagus ka?"
"Wo, Taiwan tahan lama lo. Ala kualiti."
"Ini apa brand?"
"Plek Kopla"
"Apa tu?"
"Plek. Pelek Koplaaaa"
"Apa ntah. Jenama tak top langsung!" aku kata dalam hati.
Tauke membuka cermin. Mengambil set penggera kenderaan. Memberi kepada aku. Owh, Black Cobra jenama dia. Cakaplah.
.
5 comments:
negara majmuk. bahasa juga majmuk.
selamat hari raya tok. maaf zahir batin.
selamat ari raya...
Aku ketawa berdekah2 sorang2.
Siot punye apek.
cina malaysia mmg cam tuh!!!da lbh 100 thn duk m'sia tp stil x fasih berbicara....hampeh!!!
pelek koplaa =)) adoiiyaii
pelik sungguh bunyi nyaa :))
salam kunjung ;)
Post a Comment