Dah lama aku perasaan. Najis kucing dalam pasu bunga. Kering dan garing. Ini aku boleh sabar. Lagipun baunya tak merebak. Ini tak lain tak bukan, kucing jiran. Tahu bela kucing tapi tak tahu buang najis kucing! Cat shit! Jadinya aku biarkan saja. Boleh juga jadi baja kan? Getus hati aku.
Pagi yang dingin. Ketika umat manusia sibuk. Menghantar anak-anak masuk ke sesi persekolahan. Aku juga menjadi sibuk. Bau yang haring menerjah masuk ke lubang hidung. Dibawa sang angin menyelinap. Seluruh pelusuk kawasan. Pergh! Tak boleh tahan beb! Bau yang cukup membusukkan. Sialan! Aku kata. Kata itu kata carutlah! Sah, kucing jiran bertapa lagi dalam pasu tu. Rebakan baunya semakin menjadi-jadi. Busuk dan terus besuk.
Nak aja aku ketuk pintu rumah jiran. Dengan tukul besi misalnya. Bagitau dia suruh ajar kucingnya ke sekolah. Atau kucingnya ajar dia ke sekolah mengurus najis. Malangnya, jiran aku pagi-pagi buta dah keluar. Pergi berambus kerja. Balik pula menjelang senja. Tahu bela, tahulah buang najis. Orang lain punya kucing, orang lain yang bau najisnya. Apebende lah...
Tanpa berlengah, aku buang najis itu jauh-jauh. Tak mahu terbayang-bayang. Huh, memang pagi itu pagi yang membusukkan! Aku cukup bengang.! Kau cukup bangang! Ini boleh mendatangkan marah. Muka yang manis boleh bertukar menjadi masam wo! Sudahnya, masa aku terbuang kerana membuang najis kucing. Lewat ke tempat kerja.
Pagi itu. Singgah kedai. Beli kopi cap kucing. Nak tabur kat dalam pasu. Ini petua kawan aku yang rumahnya juga sering diberakkan kucing merata-merata. Kucing tu tak bersalah! Aku harus jumpa dengan tuannya. Kalau nak bela kucing, belalah dengan bersungguh. Kalau tak mau bela, tukar binatang peliharaan. Ikan mas ka, Hamster ka. Misalnya macam aku bela ikan puyu. Kan mudah.
2 comments:
Hmm..nasib baik awak tak berjiran ngan Kak Lily. Kut tak sah akak kena maki. Ee dek, tak baik ko maki2 haiwan kesayangan sahabat rasulallah(Abu Hurairah -perawi hadis). Kak cadangkan ko maki tuan die...ha..ha..ha. Tapi kucing kak Lily educated - dia "buang" dalam toilet. Cuma akak plak jadi tukang flush..(baca- kekadang akak menyumpah-nyumpah juga dalam hati ler..)
Kak WL,
Tak. Sumpah. Saya tak maki kuching.. Kucing akak tentu nama tompok kan? :D
Post a Comment