Kalian tahu siapa bapa Skaut Sedunia? Ya, Lord Robert Baden-Powell. Apa dia buat? Ada dia bagi pakaian seragam Skaut percuma kepada kau atau kepada budak fakir miskin papa kedana? Kalian jawablah sendiri. Tapi kalian tahu siapa pemberi seragam Skaut pertama secara percuma kepada saya? Apa kalian nak kisah! Ini kisahnya.
Dulu. Sekolah primari yang aku suka. Aku ingin sangat berpersatuan. Maksud aku, aktiviti ko-kurikulum (ko-Q). Bukan kerana apa. Hanya mahu campur dengan orang dan kawan-kawan. Dan bergiat aktif di sekolah. Tak mau jadi kera sumbang. Atau kera sumbing gigi susunya. Persatuan yang nak sangat aku join tu, Skaut. Atau Pengakap istilah modennya.
"Ini Ustazah bagi satu sut pakaian seragam Pengakap untuk kamu. Nah!"
Aku malu tertunduk dan tersipu-sipu menggaru-garu punggung yang tak gatal dan kulit kepala yang gatal. Rupa-rupanya Ustazah mengikuti perkembangan sosio-ekonomi keluarga aku. Sepanjang aku bersekolah di situ. Dalam erti kata yang lain, bukan keluarga tak mampu. Tapi keutamaan duit ketika itu adalah untuk beli buku-buku. Bukan untuk persatuan Skaut. Lagipun, Ustazah tahu sebab aku layak dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Maka automatiklah, aku tak mampu nak beli mende kejadah segala maung Skaut tu... Tak dapat juga aku sorokkan semua itu. Aku akui. Guru Besar pun akui.
"Ambil la. Dan sedikit wang untuk pendaftaran ni..."
"Tak payahlah Ustazah... Susah-susah je..." Aku.
"Alah, ambil aje la... Ambil lah..."
"Saya bilang tak payah-tak payahlah.."
Lalu aku menghulurkan tangan juga. Akhirnya. Menerima itu semua dari Ustazah dengan dada yang terbuka. Bukan membuka dada. Dada yang lapang. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Ya, lebih baik dan lebih mulus dan lebih halus!
"Terima kasih Ustazah. Jasamu tetap dikenang..."
Sepanjang saya turut serta Skaut, banyak ikatan yang saya belajar. Tapi. Semuanya dah hilang. Begitu saja! Dan dah lupa sebab banyak termakan semut.
Tapi ikatan Ustazah dengan saya tak akan luput dari ingatan saya. Lagipun saya hanya pegang satu ikatan iaitu ikatan ukhuwah antara kita. Walaupun Ustazah bukan bapa atau ibu Skaut Sedunia. Saya tabik spring. Toinkkkkkk.. pada Ustazah.
Ustazah yang dimaksudkan adalah Ustazah Mahaya. Urm... Dekat-dekat nama isteri saya yang pertama. Mahani. Itulah namanya jodoh kan? Supaya ikatan tak putus begitu saja. Puas juga saya cari nama Mahaya tu. Tak jumpa. Belum cuma saya 'google' kannya. Tapi ini saja yang terdekat saya jumpa. Semoga Ustazah sihat seadanya dan jemputlah datang ke rumah saya. Bolehlah saya tunjukkan hasil perkongsian hidup kami. Yang membuahkan hasil dua tahun sekali setakat ini. Amin.
Nota :
1. Tulisan font merah itu, penulis memandai-mandai menambah rencah. Bagi sedap cerita.
No comments:
Post a Comment