28.1.08

Lempang

Mana ada dalam dunia yang fana ini, orang nak berhenti kerja hantar notis kurang 24 jam. Ada. Ada. Siapa kata tak ada? Kemudian, dalam surat notis itu pula ada tulis "Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan kenaikan gaji saya. Dan bonus tahunan saya. Saya memang berharap benar." Lebih kurang begitu bunyinya.

Ada. Ada. Siapa kata tak ada? Dalam pejabat saya. Kalau saya jumpa orang itu, saya lempang pipinya. Saya tendang telurnya. Bagi dia supaya tak ada telur lagi. Dia tak tahu erti syukur ka? Kau masuk cara baik, patut juga kau keluar cara baik. Elok sebelum kau keluar, langsaikan kerja apa yang patut. Bukan tinggalkan kerja terbengkalai. Kalau kau masuk kau bising-bising, adakah kau keluar dengan senyap-senyap?

Kau mahu sangat duit bertimbun-timbun kan? Kau tak mahu juga kerja yang terbeban. Nah, sekarang kau dah dapat apa yang kau mahu. Pergilah.., pergilah.., pergilah. Pemergianmu bukan satu kehilangan tapi sesuatu yang patut. Jika tidak, telinga kami bingit mendengar keluhan kau yang berkata "aku banyak kerja tapi gaji tak naik." Kalau penduduk Indonesia berkabung selama tujuh hari di atas pemergian Pak Harto. Kami, kami kami di pejabat ini akan berparti makan-makan seolah-olah suka di atas pemergian kau. Ha ha ha.., itupun bos yang belanja. Bukan kau.

____

Belasungkawa : H. MUHAMMAD SOEHARTO

5 comments:

Anonymous said...

emmm...dalam dunia pekerjaan ni macam2 boleh berlaku... bagus bos awak tu yerk...kalu bos yang lain siap boleh naik turun mahkamah lagi...dalam aggrement perlantikan staff selalunya ada dinyatakan bile notis berhenti kerja boleh dilakukan... sepatutnya kawan awak tu tak patut tuntut yang bukan-bukan dari bos awak..sepatutnya bos awak pulak yang patut minta macam2 dari kawan awak tu...misalnya tak perlu bayo gaji...kena bagi balik duit dia double...heheheheh..tapi saya rasa bos awak tentu seorang yang baik hati...

Anonymous said...

Aduss!!!...dunie ni penuh pancaroba....ade yg fkir dgn mudah tentang hidup.....katanya org berkahwin gaji skit lebih cukup berbanding org bujang....hinggakan sgup mencemar ke bawah duli utk dinaikkan gaji.......sian aku fkir nasib bos ko...yg terpaksa mancari job lebih....tp sesetengah yang tak bersyukur tu patut....ditendang dan dihalau keluar dari pintu ofc.......nampak semak walaupun berlagak segak....

Anonymous said...

Aku memang semak............prasaan sama mcm ko rasa....di kantor aku....ade juga simuka tempe yang tdk kurang hebatnya....bukan mintak naik gaji & bonus sebab berhenti keje...tetapi diadu kpd bos...katanya duit gaji yg diterima tak cukup utk menampung dirinya sehingga tdk makan...aduh aku terkesima!!!!! gaji bukan lagi 3 angka ttpi sudah masuk 4 angka....n sgt mencukupi bg org yg belum berkluarga.....bos yg budiman ini memberikan kata putus utk menaikan gaji + partime (dibayor berasingan)...sedangkan kerja itu.....tidak memerlukan bantuan.....semoga allah panjangkan usia bos aku yg baik hati itu..........!!!!!!!!

Anonymous said...

sukahatiawakar,
bos saya bekas majisteret

8636_wji,
dah. dah. Dah tendang. Tapi masuk balik barangkali sebab ada kepentingan lain. Nak bercuti misalnya. Hahaha.

anonymous,
mereka sering bertanya apa yang opis sumbangkan. tapi mereka tak tanya apa yang mereka sumbangkan untuk opis.

Anonymous said...

kawan ko tu dapat keje kat rafar planning ke? ahaks..