31.12.07

Transisi iltizam

Kalian bukan tak tahu. Aku suka lain dari yang lain. Aku tak senang kalau ikut gaya orang lain. Dalam hidup kita tak perlu serius memanjang. Atau sedih memanjang. Atau main-main memanjaaaangggggg. Hidup kan ibarat corak. Begitu juga halnya dalam berumah tangga. Sesekali kena ada ceria gurindam jiwa. Sesegar daun delima merah disapu minyak kelapa.

Malam ini, aku tak menjanjikan sebarang konsert untuk sambut tahun baru. Atau sebarang tahun transisi lama ke baru untuk sambut konsert. Atau kiraan menurun dari satu sampai sepuluh. Asal tahun baru je konsert. Asal tahun baru je konsert. Bodoh kan?! Kan bodoh?!

Dulu, semasa aku bercinta tak pernah pergi konsert-konsert begini. Bukanlah aku nak cakap aku baik. Tapi, aku tak sukalah! Sumpah! Aku tak pernah cakap pada awek aku, "jom kita pi konsert..." Kalau itu yang keluar dari mulut aku sekalipun. Bukan aku. Tapi Setan. Itu kerjanya. Awek aku pulak ada cakap "jom kita pi konsert pakaian lengkap Baju Melayu dan Baju Kurung masing-masing...Kita tak berfoya-foya" Aku percaya itu bukan dia. Itu jin Islam yang cakap.

Tapi, pada malam yang tak berapa sepi itu. Aku bikin konsert satu famili. Empat beranak. Bukan selalu aku dapat menyanyi pada malam-malam yang tak berapa sepi ini. Lagunya yang aku sampaikan lagu Nasyid. Sebagai vokalia, aku memulakannya dulu.

...Rukun Islam lima perkara... Wajiblah kita mengerjakannya... Taratatatatatat... taratatatatatat tarat tarat tarat...

Bahagiakan keluarga kami? Bagaimana keluarga anda? Bukan senang mahu bahagia dengan keluarga kita. Keluarga kita bukan senang mahu bahagia dengan kita.

Selamat tahun baru 2008 rakyat Malaysia!

Terima Kasih Pak Lah! Dan menter-menteri bersangkutan. Dari kad merah sudah tukar kepada kad biru. Huray! Saya boleh daftar mengundi. Ahirnya, surat yang saya hantar awal 2007 berbalas positif. Dan saya baru memegang kad biru tak sampai dua bulan. Bermula tahun 2008 dan seterusnya saya berazam dan beriltizam menjadi Warganegara yang berguna dan berjasa!

30.12.07

K4

:::: bukan mitos burung stoik dan cacing epikurian. Cepat beli buku ini. Hampir Sold-Out. RM15 senaskhah (termasuk harga pos/Malaysia sahaja) Hubungi: sinaganaga1547 AT yahoo DOT com dan katakan, "Hai Kate!" Ha ha.

Gwa blah dari kedai runcit. Nombor K3. Selepas Gwa membeli sedikit barang. Gwa masuk lagi satu kedai. Nombor K4. Ada tulis. Kedai Gunting Rambut. Maknanya tu Kedai Gunting Rambut la. Ada seorang pelanggan. Hampir selesai. Rambutnya digondol Ane. Gwa membelek-belek. Selak-selak sikit. Koran atas kerusi. Nampaknya, pelanggan itu dah nak hampir selesai.

Kemudian, gwa dengar pap-pup-pap-pup-pap-plop! Kuaaat sangat! Gwa pandang Ane sedang ketuk kepala pelanggan. Leher. Bahu. Dengan tangan. Pap-pup-pap-pup-pap-plop! Kuaaat sangat!

Gwa gerun beb! Ini bukan urut ni, ini nak bagi mampos!
"Okay siap!" kata Ane.

"Alamak, giliran gwa pulak kena ketuk lepas ni." Dalam hati.
Gwa duduk. Ane ambil mesin.
"Mau gunting macamana?" Ane
"Kasi potong sama itu budak hah. Botak."
"Okay. Tapak satu kalu." Ane.

Zreeet..zreeettt...Zreeet..zreeettt...

Siap! Tiba-tiba Ane sapu minyak atas kepala Gwa. Berangin beb! Dia ketuk kepala gwa guna belakang tapak tangan macam dia buat kat brader tadi. Pap-pup-pap-pup-pap-plop! Kuaaat sangat! Pukul keliling. Lepas tu Ane bedal leher. Lepas tu bedal bahu. Belikat. Bahu. Picit-tekan-picit-tekan.

"Woi! Sakitlah! Aaarghhh! Binawe..!"
"Tara sakitt.." Ane.

Ane pegang kepala gwa. Kanan pegang ubun-ubun, kiri pegang dagu.
"Dah makan belum?" Ane tanya.
"Dah. Praaaaak! kepala Gwa dipulas kiri. Aarrggh...
Ane tanya lagi " Dah makan belum?" Gwa malas nak jawab. Kalau Gwa jawab kena lagi nanti. Tapi Ane tanya dan tanya dan tanya lagi.

"Dah makan belum?" Ane tanya."Dah. Praaaaak! kepala Gwa dipulas. Aarrggh... Lepas tu Ane bedal bahu. Belikat. Leher. Picit-tekan-picit-tekan.
Sebelum aku belah Gwa bisik pada Ane.. "Psst lu jangan terlalu ikutin perasaan lu. Ikutlah fikiran yang waras!"

KOMA.

Gwa pulang. Bagi salam. Masuk rumah.
"Ayah botak! Ayah botak! Ayah botak! Hihihi..." sakat Fiqa sambil melompat-lompat macam monyet. Dia macam monyet. Tapi monyet tak macam dia! Maksud gwa, perangai lompat-lompat. Pertama kali dia nampak kepala gwa botak kot.

"Ayah botak! Ayah botak! Ayah botak! " Fiqah ulang lagi.

Selalunya, Fifah (anak bongsu kami setakat ini) tengok ayahnya sejurus sekembali ayahnya. Tetapi kali ni dia tak macam selalu. Agaknya dalam hati dia kata "Betul ke ni ayah aku,.."
Dia tengok kejap kemudian berpaling. Malu kucing dia. Kucing dia malu.

KOMA.

"Ayah.. Ayah, cubit ibu...Cubit ibu.."Fiqa menerpa Gwa.
"Ha' Iyelah. Nanti ayah cubit. Pukul 12 malam. Nanti."
"Eh, toloooooonglah! Hari Minggu cuti ye..."
"Erk eleh, apa pulak!"
"Takde..Takde.. Cuti eh..."
"Amendenya..."

Sebenarnya, wanita suka berfantasi yang menjangkaui dari minda laki-laki. Ya, mereka tak fikir kotor, tapi fikir sedikit bukan-bukan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri. Tergigit lidah sendiri sakit sungguh! Gigitlah lidah isteri/suami kita. Tak sakit beb! Hahaha...

28.12.07

Label

Biasanya, yang kemas, mudah kita nak cari. Sebaliknya, barang yang bersepah-sepah susah nak jumpa. Apabila kita bekerja di ruang yang dipanggil pejabat. Kita perlu tahu peralatan pejabat. Perlu!

Dipendekkan. Si Senna sibuk mencari-cari sesuatu. Barangkali terbuang ketika dia mengemas sebelum ini. Habis sampah-sarap kering di dalam plastik hitam digemburnya.

"Jumpa?" Hanni.

"Tak jumpaaaaa.." Senna geleng kepala.

"Kau cari apa?" Aku.

"Puncher... Tadi ada atas meja." Senna.

"Ini bukan?" Aku menunjukkan kepadanya.

"Bukan. Yang satu lagi. Kaler hitam." Senna.

"Ooo..." Aku.

Kedengaran Senna membebel di mejanya yang sudah dikemasnya itu. Pot-pet-pot-pet-pot-pet. Sesekali Hanni mencelah. Join sekali.

"Atok, puncher tu apa? Ini ke?" Ewann sambil mengajukan kepada aku. Senna menoleh.

"La... Kat kau rupanya. Kenapa dok senyap je. Dari tadi tak cakap! Pot-pet-pot-pet-pot-pet Aku cari dari tadi... Pot-pet-pot-pet-pot-pet." Tak pasal-pasal kena hamun carut.

"Lain kali di pejabat ini kita kena letak label untuk setiap barang. Ini stapler. Ini pencil. Ini pen. Ini paper clip. Ini computer.” Aku.

Hahaha... semua ketawa memenuhi ruang bilik pejabat yang sendat.

Alahai, setiap ketegangan menjadi kekenduran apabila ketawa. Selepas minum Tongkat Ali, kekenduran menjadi ketegangan.

KOMA.

"Bapak saya ituari datang rumah. Dia tanya. Mana dapat pen cantik ni?" sambil menunjukkan pen Hotel Holiday Inn yang dikebas. Senna memula cerita.

"Ermm... Bapak nak satu!"

Kemudian kau jawablah.."Bapak, itu bukan pen. Itu puncher..." Aku.

Bapak pun jawab "Oh ye ke... Sebenarnya bapak nak puncherlah..." Aku.

Hahahha, ruang pejabat sendat sekali lagi bergema hilai tawa.

Rakan ketawa senang dicari kan? Rakan menangis? Kena cari ke?...

27.12.07

artee


Saya sedang berfikir. Bagaimana mahu jadikan RT satu dokumen yang boleh diguna oleh PBT dan mesra pembaca. Persembahan pelan-pelan yang menarik dan cantik. Ya, saya berfikir. Berfikir merupakan satu kemahiran dan anugerah dari Ilahi. Gunakan sebaik-baiknya. Tapi setelah saya berfikir. Final output akhir RT terletak pada tangan 'end-user terakhir', maka ia tertakluk kepada kreativiti mereka. Lantiklah perunding grafik termasyhur di tanah air kita dan buatlah sesuka hati anda. Hahaha. Betul tak saya kata? Kan saya kata kita ada kemahiran berfikir. Kalian punya usul? Silalah.

26.12.07

Beku


Teknologi membolehkan saya berblog di mana saja saya berada. Saya bebas menghantar entri-entri yang saya tulis tak kira masa. Misalnya, dalam keadaan hujan yang lebat sekalipun saya boleh melakukannya. Di pejabat mahupun di rumah. Atau di mana-mana saya pergi bercuti sekalipun. Maklumlah tahun 2008 cuti di pejabat ini dibekukan.

Jadi, sekalipun saya pergi bercuti ke Cameron Highlands selama dua hari satu malam. Saya masih punya waktu untuk menghantar entri saya yang terbaru. Misalnya, untuk entri ini saya hantar melalui 'The HTC S710 Smartphones' yang belum saya miliki dari Tauke Kedai Henpon yang bukan berada di Cameron Highlands. Uiks! Cuaca sejuk di Cameron Highlands memaksa saya memakai seluar berlapis-lapis. Menjadi kesusahan bagi saya pada malam hari pula.

22.12.07

Perkataan

Sebanarnya...
Sebenarnya...
Sebenarnya...

Inilah perkataan baru dalam kamus Fiqah. Dapat dari Taskanya barangkali.

Walaupun...
Walaupun...
Walaupunkan...

Inilah perkataan lagi baru dalam perbendaharaan Fiqah. Dapat dari Taskanya barangkali.

"Ibu, seluar ayah koyak! Jahitlah bu..." Dia menjerit dari tangga atas melontarkan suara yang pelat ke bawah. Ibunya ada di bawah sedang menyidai jemuran. Hanya tersenyum megah.

Untuk pengetahuan kalian, umur Fiqah tiga tahun lebih. Manakala anak kami yang bongsu setakat ini, Fifah. Baru nak masuk sembilan bulan.
Klik sini

20.12.07

Qurban

Tahun ini Raya Qurban disambut di kampung sebelah awek aku. Apa yang kami korbankan?

Koma.

Sebelum tiba di kampung kami singgah di klinik kerana Fifah demam. Fifah adalah anak bongsu kami setakat ini. Badannya panas. Sebelah malamnya, badan Fifah bertambah-tambah panas sehingga suhunya mendadak tiga puluh sembilan darjah celcius. Dia batuk-batuk dan muntah-muntah. Badannya lemah dan lesu. Banyak air yang keluar dari mulut dan hidungnya. Aku syak dia dah banyak kehilangan air. Matanya yang bundar menjadi kuyu dan cengkung. Kasihan aku melihatnya.

Noktah.

Esok, kami pergi ke klinik semula untuk jumpa doktor semalam. Dr. Kiru namanya.

"Woit, kenapa awak datang lagi?" Dok kata.
"Badan anak kami semakin panas dok" (bunyinya macam anjing pulak! Tapi dia senyum tak marah).
"Okey takpe, Kasi bukak itu dia punya pampers," dok kata.

Sejurus selepas Fifah menonggeng dan pampers dibuka. Dia mengentutkan Dr. Kiru. Alahai, Dr. Kiru kena kentut dengan anak kami kerana nak sumbat ubat dalam punggungnya. Aku dan awek aku menahan gelak.

Noktah.

Masuk hari ketiga, kami bertambah risau kerana Fifah tak semakin sembuh. Kerap muntah apa yang dimakan. Badannya semakin tak bermaya.

Koma.

Kemudian, mak (kau sebut mak mertua) mencadangkan mandi air kelapa muda. Sapu daun kapal terbang yang dilumat dengan kunyit di bahagian dadanya. Banyak petua mak.

Kami ikut saja. Usaha itu kan tangga kejayaan.

Nampak ada kurang sikit. Tapi masih muntah-muntah dan keluar kahak yang banyak. Batuknya semakin kurang. Sudahnya, mak jemput Dukun datang ke rumah untuk dimandikan dengan air limau purut yang dijampi-jampi.

Koma.

Semakin kurang panasnya. Semakin bertambah seleranya. Tapi pagi-pagi dia batuk tahap kritikal. Sekembali dari kampung kami jumpa pakar kanak-kanak dan menanyakan masalah yang dihadapi oleh Fifah. Menurut doktor perempuan itu.

Aku rasa dia ada darah keturunan Jawa. Dr. Wong namanya. Tiada apa cuma batuk biasa yang mengakibatkan tekakknya sedikit bengkak. Jika tidak juga pulih, dikhuatiri asma. Kami diberi ubat selsema, buang kahak dan ubat batuk.

Semoga Fifah sembuh dengan kadar segara. Badannya semakin susut nampaknya. Inilah pengorbanan masa, waktu, tenaga dan wang ringgit yang kami lakukan untuk anak kami yang bongsu setakat ini.

17.12.07

OkayU

Tandas lelaki yang penuh memaksa aku bersabar seketika. Sabar, sabar juga. Perut dah tak boleh tahan. Rasa dah nak terkeluar pun ada. Silap-silap boleh terburai kat luar. Mampos! Blink! Aku dapat satu idea. Semasa masuk tandas lelaki tadi, aku nampak satu simbol lelaki juga, sedang duduk atas kerusi roda. Lalu aku buka pintu tandas menuju ke tandas yang satu lagi. Simbol lelaki duduk atas kerusi roda. Ah, legaa... Aku kata.

Tandas OKU bukan selalu digunapun. Luas sungguh tandas itu. Bersih pulak tu. Aku selesa hari itu. Lalu aku keluar setelah menunaikan hajat. Ada wanita di luar. Pandang aku semacam. Aku syak mungkin dia nak marah aku. Apa, dia ingat aku bukan OKU. Aku OKU juga tau! Lalu aku jalan di hadapan dia dalam keadaan tempang. Nasib baik dia tak panggil aku tempang. Kalau tidak, makan penampar dia... "U okay?" dia tanya. "okay U..." Aku jawab.

16.12.07

Umpan memancing

"Itu jam punya, saya selalu pergi mancing. Ada satu kali, saya duduk dekat dua jam mau pulang. Kawan kata dudok lagi satu jam. Saya dudok. Saya campak lagi jauh itu mata kail umpan katak. Lepas itu, saya dapat rasa ada berat. Dapat punya. Saya tarik itu kail. Saya tarik. Saya tarik lagi... Ada sangkut juga. Saya lepas, tarik lagi. Saya main itu joran. Saya lepas tarik lagi. Saya tarik. Dapat! Abang ingat ikan apa saya dapat?"

"Entah"

"Tangan orang bang! Tangan orang sekerat sudah kena potong. Terus saya dan kawan cabut itu jam kalu... Terus report polis. Tak mau datang lagi. Banyak takut woo...!"

"Pergh!"

"Saya kecik-kecik dulu biasa masuk itu estet kelapa sawit. Dulu pun ada duduk itu estet. Itu jam, saya dudok Ayer Molek, Alor Gajah, Melaka. Suka mancing itu jam. Biasala, budak-budak. Saya pasang itu umpan katak. Saya baling ta'da. Saya pasang lagi, saya baling ta'da lagi. Saya heran! Kawan saya toleh belakang dia nampak itu ular. Saya toleh, saya terkejut wo... Ular sawa berdiri kepala besar. Kembang wo. Ini macam. Nasib baik saya hidup lagi bang. Itu kawan saya baca semayang punya kalu. Ular lari. Saya demam wo. Gigil badan."

"Kenapa U demam?"

"Itu bapak saya, balik rumah tanya sama saya. Apa awak nampak sampai ini takut tak boleh cakap?"
"Besar punya"
"Apa awak nampak?"
"Besar pa."
"Apa?"
"Besar..!"
"Apa itu besar?"
"Besarrrr!!"

"Saya tak boleh cakap itu ular. Saya cakap nampak besar. Tiap kali saya jawab besar saya kena tampar. Saya demamlah!"

"O, U demam kena tampar bukan kerana badi ular. Hahaha..."

"Iyala..."

"Oi, itu U cerita tadi, ada buat itu wiring kan Boleh tengok itu lampu ada rosaklah. Kasi baiki.."

Aku terpaksa melayan India ini beberapa jam kerana menunggu kawannya yang membaiki rumah orang lain setelah habis rumah aku dibuat sepah dan habuk-habuk akibat kebocoran tandas. Binawe!

Umpan yang aku guna mengena juga. Walaupun India itu lebih pengalaman memancing dari aku. Dalam hati aku.

"Abang, itu air sejuk ada."
"Abang rokok sebatang... Sorry ar bang! Baru sedap bang itu borak-borak minum air isap rokok." sambung dia lagi.

Ceh! Rupanya aku kena akur, umpan dia lagi dahsyat. Umpon celup tepung!

14.12.07

Mesyuarat yang kita suka

Satu mesyuarat yang memakan sehari itu, saya kesejukan di bilik Ballroom. Dah memang jadi kebiasaan, kalau sejuk-sejuk begitu selalu sangat bocornya. Itu normal bagi lelaki dan abnormal bagi wanita. Kalian faham-faham ajelah, tandas di hotel kadang-kadang boleh tersilap masuk kerana simbol lelaki dan wanita yang direkabentuk hampir-hampir sama. Lagipun pintu masuk dibuat satu, kemudian baru berpecah haluan lelaki dan wanita. Nasib baik saya tak tersilap masuk ke tandas wanita hanya kerana tersilap tengok simbol. Kalaulah saya tersilap, rezeki bagi saya. Manalah tau terpandang wanita bukan Islam kencing berdiri. Hahaha...! Sebenarnya bukan ini saya mahu cerita.


Mesyuarat yang satu lagi juga memakan masa satu hari. Di tengah kota Bandaraya Kuala Lumpur yang kita cintai. Kali ini hanya dengar dan menumpukan perhatian saja. Tak payah nak buat apa-apa. Kalau makan kita pergilah makan, kalau minum kita pergilah minum. Kena pula Hari Jumaat, punya masa rehat yang singkat untuk makan tengahari. Nasib baik boleh sambung makan lepas solat Jumaat. Aduhai, sedapnya! Bos ajak balik awal takut terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Aku kata, kita bedal minum petang yang disediakan dululah. Dia kata, tokseh! Sudahnya, kawan Bos nak jumpa petang itu maka tak bolehlah dia balik awal. Huhu... Dan aku dapatlah minum petang dengan juadah yang disediakan. Isi ketam digoreng bersama tepung dengan penyepit ketam menjadi tempat pemegangnya, dicecah dengan sos. Itu yang aku dapat terjemahkan antara juadah yang disediakan. Aduh! Sepit ketam sangkut di bibir bahagian dalam. Khusyuk menikmati juadah.

12.12.07

Rumahku rumahmu jua

Hari itu, saya sengaja mengambil cuti. Melepaskan tekanan kerja. Tekanan kerja, saya ulangi. Strateginya, letak anak-anak kat taska. Saya dan dia pergi berfoya-foya. Huhuhu... Mulanya, dia mengugut saya untuk pergi menonton wayang. Maklumlah, hari Rabu kan ada diskaun harga. Lagipun selepas kami mendirikan rumahtangga tak pernah menonton wayang sehingga kini. Sumpah! Saya tak tipu. Alahai, bestnya menonton wayang dengan orang tercinta sambil memadu asmara. Hah! Fikir yang bukan-bukan la tu! Kami tak senggamalah sekalipun dalam gelap! Paling kuat kami gesel-gesel je.

Lepas jam sepuluh pagi, selesai mengemas rumah yang umpama kandang biawak. Kami pun berniatlah pergi ke mana-mana panggung yang berhampiran. 'Sahaja aku pergi menonton' Setelah rumah kami dikemas barulah nampak umpama istana kayangan.

Hari itu, tiba-tiba saya mengubah fikiran. Terus mengubah haluan.
"Nak ke mana ni?"
"Ikut sajalah..."

Nak tau kami ke mana. Taraaaaa... Kami berfoya-foya di IKEA. Jejak juga dalam 3-4 jam jalan-jalan. Keliling semua pelusuk. Kesian dia, kakinya penat minta diurut.

Yeay! Akhirnya kami berjaya bawa pulang lampu yang berharga RM38 satu set. Lihatlah! Cantik kan? Nak pergi lagilah. Nak beli kabinet kaca pulak. Harganya dalam RM129 je. Hari ini, rumah kami lebih hebat dari istana kayangan. Lebih terang dari semalam. Ya, rumah kami terang-benderang. Sebenarnya, saya minat bentuknya. Punggungnya besar! Wow!

10.12.07

Sampah


Hari ini, saya nak bercakap pasal sampah. Tapak pelupusan sampah di kawasan kajian yang kita suka dah nak penuh! Perlu kena ada satu tapak baru untuk menampung sampah-sampah yang baru dan yang semakin kian melambak-lambak di buang oleh masyarakat pada masa mendatang. Kerana tapak ini akan penuh dalam 2-3 tahun.

"Perlu ke kawasan kajian yang kita suka ada satu tapak pelupusan sampah yang baru? Dah lah kawasan kajian yang kita suka ni kecik!" tanya tuan haji.

"Tak boleh kita buang atau eksport ke tempat lain? ke Jepun ke, Indonesia ke, Singapore ke.." tambah tuan haji lagi.

Ahli mesyuarat tingkap takde respon. Diam membisu.

Dalam sembang-sembang pasukan kajian semasa makan tengahari. Ramai yang bersetuju untuk mengatasi masalah sampah ada dua alternatif saja selain jangan buang sampah. Satu : cadangkan incenarator. Dua : Program kitar semula. Siapa yang mahu terima sampah dari orang lain!

"Di Eropah, sampah-sampah dikutip mengikut kuantiti yang ditetapkan mengikut pengasingan sampah saja dan ada masa-masa tertentu untuk mengutip kertas, plastik, kaca dan sebagainya. Katakan satu orang satu beg. Maka satu beglah orang itu kena buang. Jika lebih sampah akan dipulangkan kembali. Dan jika pada hari itu adalah masa mengutip kertas dan sisa makanan. Buangan lain tidak akan dikutip. Itu di Eropah. Ya, Di Eropah.." terang Mr. IA

"Kalau kita buat di Malaya. Sampah akan dibuang ke rumah jiran pula. Lagi berat! Bukan boleh percaya. Lagipun di Malaya, sampah kita berbeza. Banyak yang basah dari yang kering. Meraka di sana, beli ikan, dah siap potong tinggal masak je. Lagipun singki rumah kita tak dilengkapi mesin 'grinder' untuk menghancurkan sisa." terang Mr. ETS.

"Jangan buang sampahlah!" tegas Mr. A

"Orang akan tetap buang sampah juga... Sebabnya, mentaliti..."

Perbualan kami tak habis-habis diselang-seli hilai tawa dan kepulan asap rokok. Sambil melihat view ke laut. Sudahnya jam pukul 2.30 petang. Woh! Mesyuarat dah mula. Kami meninggalkan meja bulat dengan beberapa helaian tisu dan puntung rokok. masuk ke bilik mesyuarat yang sejuk giler! Kami yakin semasa meninggalkan meja bulat tadi, kami tak tinggalkan sampah.

8.12.07

Blook U1 a gum soljah?

Siapa yang tak tahu blook, nampak sangat tak ikut peredaran masa.

Blook = Blog + Book.
Blood = Blog + Boot.
Bedog = Blog + Dog. Hahaha!

Panas! Blook ini baru saya diterima dari Encik Naga. Sangat efisien. Tahniah! Nanti saya ulas panjang! Tapi untuk pembacaan pertama saya suka mula dari belakang. Err.. maksud saya, muka surat akhir, BAB TUTUP GAM, entri terakhir berbunyi "Hidup ini macam gam. Didatangkan dalam pelbagai rupa bentuk dan fungsi. Want a gum, sol-jah? *Plop!*. Oh ya, lupa saya nak bagitau. Buku ini, maksud saya blook ini bukan menggunakan kata pengantar Bahasa Inggeris. Jangan risau. Tapi, ada beberapa ketul saja Bahasa Inggeris. Huhu...

Kalian boleh dapatkan blook ini dari sini >>> klik sini <<<

5.12.07

Sisa

Sebelum kalian baca. Kalian jangan telan air liur dulu. Foto yang dipaparkan adalah menu yang tinggal sisa. Saja bagi kalian cemburu. Syukurlah majikan saya baik hati. Beliau belanja makan yang sudah kian lama tertunda. Hari itu. Saya makan betul-betul. Betul-betul saya makan. Hari itu juga. Semua baca doa makan dalam hati. Saya tahu! Semua baca dalam hati.

4.12.07

Masak!

Kalau. Saya bilang kalau... Kalau perempuan tidak tahu memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita tak kata apa. Jangan diperbesarkan isu ini nanti mereka terasa hati pula.

"Apalah perempuan, tak pandai masak, siapa entah nak kahwin dengan dia!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran. Setelah duduk di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya, saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumah tangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk jemputan kenduri. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah handal boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak yakin menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

"Kau beli ke makanan ni?" tanya kawan saya.
"Eh, apa pulak. Isteri saya lah masak. Ermm.." saya menjawab.
"Untung awak dapat isteri pandai masak.."
"Kenapa?"
"Sebab isteri saya selalu cari helah untuk tidak masak."