22.3.07

Sarapan di Klinik Desa

Satu pagi, aku menghantar Maharaniku ke klinik yang dipanggil Klinik Desa. Di klinik itu, ada dua orang misi. Berpakaian serba putih kemas dan tidak seksi kelihatannya. Aku tak pasti pula pakaian dalamnya. Putih juga barangkali. Ahaks!

Sedang kami menunggu giliran, ada pelanggan perempuan sedang berurusan memakai seluar jeans ketat dan baju sendat. Duduk membelakangi kami. Pagi itu, aku belum sarapan, tapi mata aku cergas melihat lurah punggung gadis muda itu yang sengaja dipamerkan untuk santapan orang semua. Lagaknya seperti memang sengaja didedahkan tongkengnya.

"Cik adik, lurah punggung cik adik nampak sangat!. Cik adik pakai seluar dalam yang getahnya sudah melondeh ke?" Aku tulis ini di kertas lalu aku selitkannya di dalam kasutnya yang diletakkan di luar. Aku pasti itu kasutnya kerana tiada orang lain di situ selain kami dan misi.

Harapan aku, dia terjumpa kertas itu dan membacanya. Setidak-tidaknya dia membeli seluar dalam yang baru untuk menutup lurah punggungnya jika dia benar-benar mahu mempamerkannya juga. Jika tidak, pakai saja seluar dalam yang getahnya sudah londeh semata apabila berurusan lagi.

Kenapa aku tulis, tidak aku sound direct je gadis itu. Sebab aku malu dan takut dituduh melakukan gangguan seksual pula.

"Amboi, sukalah tu. mata tak berkerlip tengok pungkok pompuan" pesanan khidmat masyarakat dari perempuan yang satu lagi selain misi itu dan gadis muda bergetah tu.

1 comment:

Zm said...

betul juge pendapat saudara tu..sometimes pompuan begini cma sengaja nak tunjuk kononnya biar orang nampak...tapi agak2 ler skit tak malu ker bila org pandang,tak tahu ler klu sengaja nak tunjuk lurah dia yg tk pakai suar dalam.