8.3.07

Percambahan minda sambil memakan jeruk

"Kau bidas bahawa sebarang unjuran yang dibuat oleh Perancang dalam kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan kurang tepat?" Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

"Ya kurang tepat, unjuran perumahan, kemudahan masyarakat, perindustrian misalnya tidak mengambilkira faktor migrasi. Jika faktor migrasi diambilkira sudah tentunya lebih tepat sedikit sebabnya migrasi menimbulkan kesan yang signifikan kepada sesuatu tempat." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Woh, saya mengharapkan benar ketepatan unjuran hasil awak yang mungkin satu hari nanti boleh digunapakai sebagai satu formula oleh Perancang dengan mengambilkira faktor migrasi" Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

"Daripada tak ambil peduli langsung, lebih baik dan lebih tepat jika diambilkira. Cuma kekangan kajian saya adalah dari segi data." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Kalau tak ada data bagaimana nak buat? Manipulate?" Pegawai Kerajaan berpengkalan di Alor Setar yang duduk di rumah mak mertuanya.

"Saya buat survey isi rumah." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Berapa saiz sampel yang diperlukan?" Pegawai Majlis yang tak punya akses kepada internet.

"30 isi rumah sudah cukup jika ikut statistik." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Uiks... Di mana kawasan kajian awak?" Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

"Errm. Lembah Klang." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Apa kaedah atau metod yang awak buat? Hati-hati, jika metod salah, hasil awak jadi salah." Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

"Apa hasil kajian ini?" Pegawai Kerajaan berpengkalan di Alor Setar yang duduk di rumah mak mertuanya.

"Kalau tengok tren gunatanah kan dah nampak?" Pegawai Majlis yang tak punya akses kepada internet.

"Janganlah nak cong saya yang awak kata guna GIS. Statistik saja sudah memadai kan?" Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

Sudahnya, pelajar PhD itu meminta undur diri kerana dah lewat malam katanya. Anak kecil di rumahnya sedang tidur. Itu saja alasan yang sering diberi. Padahal, kajiannya perlu diperbaiki dan dilihat semula setelah sesi hentam-menghentam malam itu.

Sambil menghentam kami dijamu jeruk-jeruk dan air mineral oleh Pegawai Majlis yang tak punya akses kepada internet. Sedap juga acara begitu. Lontaran pertanyaan itu masam-masam manis rasanya.

Nota : Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada pun, hanya kebetulan saja.

1 comment:

Anonymous said...

aku nak teka pelakon dalam cite ko ni bleh tak?? hehe..