19.7.06

Jalan-jalan cari gajah

Perakam masa 15 Julai 2006.

Perjalanan ke Kuala Gandah, Bukit Rengit. Tidaklah begitu jauh tapi cukup mencabar. Terpaksa mengharungi jalan tanah merah sebahagiannya. Jika hujan, alamat jalan penuh lumpur. Hari tu tak hujan. Kami mengharunginya dengan kereta dua gandar je. Buatan Malaysia. Santuari Gajah. Itulah tempat yang ingin kami tuju. Setibanya kami di sana kira-kira jam 2 petang memang kena pada masanya kerana jam 2.30 petang boleh berpengalaman menunggang dan mandi bersama gajah. Ya, mandi bersama gajah.

Penuh tempat letak kereta yang disediakan. Memang ramai orang yang datang berkunjung. Kebanyakan nombor plet dari luar negeri Pahang. Nampak seperti pelancong asing lebih ramai pada hari tersebut. Semua pengunjung dikehendaki mendaftarkan diri terlebih dahulu. Bagi tujuan keselamatan. Sebelum tiba di Pusat Pelawat dan Pendaftaran. Ada kedai cenderamata orang kampung tidak jauh dari situ. Kecil-kecilan saja.




Kak, ni berapa? Aku tanya sambil menunjukkan ukiran gajah kecil yang comel tu. Dua puluh hinggit je.
Yang ni. Aku tunjuk key chain
Lima hinggit.
Baju ni? Aku tunjuk baju yang digantung
Dua puluh lima hinggit saja.
Yang ni? Aku tunjuk beg kain
Sepuluh hinggit.



Aku senyum dan beredar. Penjaga kedai tak balas senyumanku. Dia hampa agaknya. Tanya lebih, beli tak mahu. Dalam hati aku cuma kata, harga barang situ mahal. Tak leh murah sikit ke untuk pengunjung macam aku. Pengunjung tempatan.

Bukan senang nak tengok gajah dari jarak dekat. Aku sudah. Aku dah pegang badannya. Kasar. Kesat. Kena pijak boleh mati ni. Kata orang gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak. Tapi kau nampak gajah tu jelas. Gajah di depan mata. Sempat juga bagi makan pisang pada gajah tu. Bagi makan buah-buahan. Sang gajah juga tahu makan buah-buahan import. Mana-mana pengunjung yang mahu mengikuti aktiviti menunggang dan mandi bersama gajah memang dibenarkan.




Ni gajah mana?
Ni gajah dari Burma.
Nama apa?
Nama dia Mawar.
Senang ke nak jaga?
Mmm. Boleh tahan.
Dah lama kerja sini?
Sejak pusat gajah ni dibuka.
Berapa lama?
Entah. Tak kira. Sambil senyum

Gajah yang masih kecil lagi diasingkan dalam satu kurungan. Ada dua ekor yang masih kecil. Umurnya dalam setahun lebih. Syawal dan Mados. Syawal dari Mersing, Johor manakala Mados dari Jeli, Kelantan. Memang teruja. Kau naik dan mandi dengan gajah. Tapi, aku dapat lihat gajah besar itu menitiskan air matanya. Agaknya keletihan kerana dipergunakan dan dieksploitasi manusia. Gajah juga ada hati dan perasaan. Lagi besar hatinya dari manusia.

_____
Lawatan tapak tangan : PASUKAN BERGAJAH

3 comments:

Lan Rambai said...

first time aku dengar santuari gajah ni. Bukir Rengit ni kat mana ek?

Anonymous said...

Bukit Rengit di Daerah Temerloh, Pahang.
Dari Pekan Lanchang masuk ke jalan menuju ke Bolok. Hehehehe

Anonymous said...

I'm impressed with your site, very nice graphics!
»