8.5.07

teknolojik

Dengan teknologi yang berkembang pesat, memungkinkan seseorang itu dapat membuat kerja dengan lebih efektif dan pantas. Kini, kau tak perlu beratur di mana-mana kaunter pembayaran bil kerana ada perkhidmatan secara online. Ianya sungguh cepat dan mudah! Tidak ketinggalan juga, teknologi SMS membolehkan kau memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain atau urusan transaksi dalam negeri.

Susah ada jentera perang yang direka khas dan boleh bergerak di darat, udara dan air. Apabila di darat dia umpama kereta kebal. Apabila di air dia umpama kapal. Dan apabila di udara dia umpama kapal terbang.

Dengan teknologi juga, memungkinkan kau tak perlu ke pejabat setiap hari kerana kau boleh buat kerja dari rumah. Di negara barat, benda ini dipanggil SOHO (Small Office Home Office). Jadi, dalam seminggu kau hanya datang satu atau dua kali ke pejabat. Atau tak perlu datang langsung sehingga kerja kau siap. Jadi, dengan alasan ini juga aku tak perlu datang ke pejabat sebab kepala ada pening-pening dan denyut-denyut. Lagipun di rumah boleh buat kerja kerana dibekalkan komputer riba dengan teknologi wi-fi berserta telefon bimbit dengan kemudahan 3G. Tapi, bila aku tak ada di pejabat bos pasti cari aku. Tak senang duduk dibuatnya.

Sekian, aku sibuk.

No comments: